Wednesday, February 2, 2011

.: Balik bercuti di Kota Bharu..raya cina 2011

Hi semua... apa kabar? kawan2 kat Sabah semua apa kabar? balik kampung ke?
Sekarang ni saya kat Kota Bharu, Kelantan. Cuti seminggu. Best la balik kali ni, sebab saya dapat bawak balik kereta saya sendiri..Cik Ina kesayangan suami saya yg hensem lagi macho, seperti yg anda semua sedia maklum tu.

Hari ni hari kedua ... baru rasa hilang sakit kepala. Sakit kepala juga perjalanan jauh dari Tg malim ke Kota Bharu. Si Maryam yg tak reti nak duduk diam tu telah memerah segala tenaga saya sepanjang perjalanan. Walaupun telah saya ikat maryam pada car seat beliau tu, tetap dia mau lolos.

Balik rumah tok umy dan tok ayah, semakin adventurous pula si maryam dengan aktiviti2 lasaknya.

Seperti biasa, keadaan rumah umy saya ni tak byk beza. Macam tu la jugak, Dan seperti biasa juga, akan ada gajet-gajet terkini dan terbaru di pasaran yg akan saya jumpai di rumah ini. Saya rasa, rumah ni dah sarat sgt dah dengan peralatan2 baru, serta bangkai2 peralatan lama yg dah selamat menjadi gajah putih.

Kali ni, tak dapat saya membuat aktiviti2 mengemas rumah dengan sepenuh hati saya. Keadaan kesihatan yg dah ala2 mokwo byk membataskan pergerakan saya. Tunggu tahun depan dah sehat, boleh la saya kembali meneruskan niat suci murni saya nak mengemaskan bahagian2 tertentu rumah yg tersayang ni. Ada byk benda yg saya nak buat, tp agak terbatas, kerana pertama sekali saya tak larat, keduanya sebab barang2 tersebut bukan saya punya. Nak buang kang org marah. Tp tuan punya barang tak pula nak jaga dgn baik. bagus juga kalu buleh dibuat jualan garaj di depan rumah ni.

Teringat pula rumah kuarters saya di Tg malim yg masih macam kapal pecah. tak sabar sgt nak balik kampung, sampai ditinggalkan saja rumah dengan kotak2 tak berbuka lagi.

Hmm...saya dapati saya banyak tertinggal isu2 semasa dan gosip2 panas yg melanda persekitaran kita skrg. Terbaru saya ada terbaca mastika, keluaran tahun lepas. Perihal Dato Sharifah Aini yg menyara sekolah tahfiz dgn hasil nyanyian beliau. Niat beliau suci murni.. tak habis2 beliau memuji2 anak beliau Aliff. Siapa sangka kan...mak penyanyi, tp anak beriman dan berilmu agama. Dan sebaliknya, anak org alim ugama, dugaan Allah pula mendapat anak yg mencabar kesabaran. Harapan saya, semua anak2 kita semua beriman dan beramal soleh hendaknya.

1 comment:

  1. haluuu org tg malim.. lamanya rasa tak menjenguh ke sini. cuti pjg la katakan hehe..tp kan i baca ayat u nih masa ada la bunyi ala2 sabah hahaha..

    ReplyDelete