Saturday, January 22, 2011

.: Weekend di Tg Malim

Alhamdulillah..weekend kali ni rilex sikit. Ini lah weekend yg pertama yg paling rilex sejak kami pindah sini. Sejak pindah, kami tak pernah rehat kat rumah pun lagi time weekend. Asyik atas kereta saja.
Dapat la pagi tadi saya tidur melayan kepala saya yg maasih sakit berdenyut-denyut akibat makan petai masa jamuan jabatan semalam. Sebiji saja pun saya ambil. Mungkin saya alah pada petai??

Petang nanti kalau anak-anak semua dah cukup tidur, nak bawa mereka main di playground kat bawah. Tapi sekarang masih duk layan Diego. Entah tidur ntah tidak kot diorg tengahari ni.

Tadi babah buka TV, ada cerita hindustan kat TV3. Cerita Shah Rukh Khan.tajuk..Dil Se kot? Ada adegan Shah Rukh Khan menari atas keretapi. Wafiy tanya, "kenapa dia menari atas kereta api? kenapa dia tak masuk dalam?" Nak je mama jawab "Saja dia cari pasal..." hehehe...
Lepas tu ada pula part Shah Rukh Khan menari bersama Manisha Koirala. Tukar-tukar kostum pula. Wafiy tanya lagi.. "Eh, kenapa tukar baju?" Jenuh nak layan soalan wafiy. Lagipun tak berapa nak sesuai pula cerita hindustan ni. Babah tukar cerita Diego, baru la kena dengan tema sikit.

Wafiy dan Maryam dah mula seronok tinggal sini, dah tak cakap dah pasal rumah kat Sabah. Cuma yg tak best, Wafiy ni pantang diajak ke pasar. Dia akan stop kat semua kedai, cek barang. kalau ada dia berkenan, pandai lah dia umpan kita membelinya. Ada sekali tu minta beli ultraman, babah beli la seekor. Pastu dia nampak sekor lagi ultraman yg pesen lain pula. Dia nak minta takut org tak bagi, lalu dia kata "Babah, kesian ultraman ni tak ada kawan.." heh heh heh...aku sudah membaca fikiran dia terlebih dahulu. Nasib baik babah jawab "wafiy la jadi kawan dia.." hah..pulak dah nak kena beli kostum ultraman pula kat dia. Beli dah la sepasang kostum ultraman, siap dgn topeng lagi. Lain kali kena lalu ikut kedai ayam ikan dan barang dapur je.

Sekarang ni, ayat faveret si Wafiy pada adik dia.."haaa..baguuss..macam tu la anak maaak...."
Dia tiru siapa ya??

1 comment:

  1. wah Farah..nampak gayanya pasni xpayahlah kau pindah2 lg..elok benar tu persekitaran tg malim dgn si Wafiy.

    ReplyDelete