Monday, January 17, 2011

.: Tempat baru, rumah baru, suasana baru..

Alhamdulillah, masuk minggu ke 2 kami sekeluarga di sini.

MInggu pertama di Behrang, Tg Malim, keadaan amat tidak terurus sekali. Termasuk emosi dan perasaan. Anak-anak yg masih lagi teringat rumah lama. Saya pun...

Keletihan
Seminggu sebelum berangkat pindah, kami dah berpulun mengemas barang-barang, samada di ofis dan rumah. Barang-barang mana yg masuk kontena, mana yg perlu bawa naik flight.

Hari Sabtu
Sesampai di KL, nasib baik di jemput oleh Kak Ita dari airport, dan dihantar ke rumah ayah saya di Putrajaya untuk istirehat. Ptg tu jumpa kawan-kawan, zah dan nida di sekitar Putrajaya. Malamnya kami tidur sgt nyenyak, tp tetap terjaga jam 4.30 pagi..alah..lambat pulak subuh sini.
Esoknya, keadaan diri yg amat penat telah tidak mengizinkan kami untuk ke Tg Malim. Tambahan pula baru hari Ahad. Apa-apa urusan pun kena tunggu Isnin.

Hari Ahad
Jadi, Ahad tu kami jalan-jalan cari makan ke Gombak. Pastu ke The Mines bawa wafiy bergumbira. Dia kelihatan agak stress dgn perpindahan ini.Di The MInes, babah bawa kami semua bersiar-siar naik Cruise. Wafiy sgt gembira! Dia buat gaya macam Jack dalam filem Titanic dengan mendepakan tangannya di hujung cruise tu. Maryam pula sedikit mengantuk. Tapi tersengih saja bila rambut dan pipi di sapa angin. Anak-anak nmpak sedikit gembira. Mama pun tumpang gembira..hehe. Thanx babah.

Hari Isnin
Kami memulakan meninggalkan Putrajaya dan berangkat ke Behrang, PSAS dengan kereta Atos yg dipinjamkan Kak Ita. Perjalanan sepatutnya ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Tapi babah agak berhati-hati kerana pakai kereta pinjam. Kami tiba juga setelah 2 jam memandu ikut highway NKVE. Sampai sana, kami terus tuju ke pejabat pentadbiran. Sepatutnya kami lapor diri pada hari Khamis, dan saya dan suami sedang bercuti rehat pada Isnin tersebut. Tujuan kami ke pejabat pentadbiran adalah untuk minta kebenaran menduduki kuarters. Kalau ikutkan prosedur, perlu lapor diri dulu, baru la dapat kuarters. Tapi saya minta kuarters awal, sebab kami belum ada tempat tinggal. Tambahan pula saya fikir, kuarters tersebut belum tentu lagi sedia untuk diduduki, perlu di bersihkan dahulu. Jadi, sempat lah dalam masa 2, 3 hari ni nak cuci dan rehat dulu. Alhamdulilllah, urusan memohon kuarters agak mudah. Kami dapat juga rumah tu walaupun belum lapor diri. Sempat meninjau keadaan sekeliling kuarters kami. Kami dapat kuarters staf sokongan. sebab kuarters pensyarah semua dah penuh. Tapi, kelebihannya pula, taska dan tadika anak-anak saya betul-betul kat bawah rumah saya. Jadi, saya pun tak byk cakap la. Ok lah tu. Senang sikit pagi-pagi nak gi kerja dan punch kad. Ye, sini pakai punch kad lagi. Hihi..maju lagi kat Sabah.
Saya juga daftarkan anak-anak kat taska pada Isnin tersebut. Wafiy kelihatan sedikit gusar melihat sekolah baru dia. Agaknya sebab tak ada Nasya kot? Maryam pula macam tak sabar-sabar nak masuk.
Suami saya naik tinjau rumah kami di tingkat 3. Menurut beliau, kuarters tersebut amat kotor sekali, dan perlu dibersihkan. Nasib baik seorang kawan lama babah di sana sanggup tolong carikan cleaner untuk bersihkan rumah tersebut. Babah ada menitipkan sedikit wang upah pada cleaner tersebut. Sementara menantikan rumah tersbut dibersihkan, petang tersebut kami berangkat ke Ipoh, rumah adik suami. Perjalanan ke Ipoh juga makan masa lebih kurang 2 jam juga. Jadi, hari Isnin tersebut, saya amat tertekan, keletihan dan kesakitan. Tapi, nasib baik tak ada apa-apa yg teruk juga terjadi.
Malam tu saya rasa sungguh nikmat sekali dapat makan nasi panas, berlaukkan ikan goreng, dimasak oleh biras saya. Itulah makan malam paling best saya rasa sejak seminggu yg lalu. Saya dah nak naik muntah dah asyik makan beli kedai. Di putrajaya pun tak ada apa nak dimasak, kami beli kat kedai juga, makan di restoran. Jadi, perjalanan yg jauh ke Ipoh sungguh berbaloi dapat makan nasi panas dan ikan goreng. Masa tu baru saya rasa betapa nikmatnya ikan kembung goreng hasil masakan di rumah. Thanx Na, my biras. Layanan yg diberikan sungguh mesra, walaupun rumah tak kelihatan mewah, tapi mewah dgn keharmonian. Sederhana, dan bahagia.

Selasa
Sungguh nyaman istirehat di rumah adik ipar saya ni. Pagi tu saya makan bihun goreng, juga masak di rumah. Sungguh enak sekali. Adik ipar saya bawa kami jalan-jalan sekitar Ipoh sambil bawa kami membeli belah barang-barang keperluan kami. tengahari tersebut kami beli nasi ayam sebab saya amat lapar sekali, tak sempat nak tunggu lagi kalau nak masak. Tak sedapnya saya rasa makan nasi ayam beli tu.

Rabu
Kami gi tinjau barang-barang electrik di Panasonic Shop. Kami beli  peti sejuk, mesin basuh, dapur gas, pemanas air, periuk nasi dan juga kettle. Bos kedai itu kata nak hantar ke Behrang hari Jumaat. Hmm..ok la tu. Kami pun tak muat kereta nak angkut semua tu. Dah tak larat nak cari at Behrang dah nanti.
Petangnya, kami bertolah ke Behrang, sebab esoknya Khamis nak lapor diri dah.
Lepas asar kami bertolak. Sampai PSAS, Beharang dekat Magrib. Pertama kali masuk rumah, syukur. Dah bersih sikit. Tapi masih belum tip top. Tandas tak betul-betul bersih. Mangkuk tandas tu kena pejam mata je guna. Berus-berus tandas semua belum ada. Tak sabar nak beli berus tandas!!

Khamis
Pagi2 lagi hantar anak2 ke taska bawah. Anak-anak nangis. Mula-mula saja tu. Melapor diri. Jumpa Timbalan Pengarah Cik Wan yg sangat soft spoken. Dah nak pencen dah dia. Tapi she's so welcoming. Seronok bercakap dgn beliau. Pengarah tak ada. Belum berpeluang lagi jumpa pengarah. Tapi saya yakin, saya akan jumpa juga beliau nanti2.
Berkenalan dgn kawan-kawan baru di JKE PSAS. Semuanya baik-baik. Tapi, saya masih lagi susah nak ingat semuanya. Saya cuma ingat beberpaa yg direct berhubung dgn saya saja.
Penat turun naik tangga. Pejabat admin pun naik aras 1, pejabat HEP buat kad pekerja pun naik tangga. Haih..penat. Sini byk tangga la. Hehe..mcm la PKK tak ada tangga.
Jumpa ustazah rahimah yg jadi pegawai HEP di sini. Sempat pinjam brooch dari beliau sebab brooch saya tertinggal di putrajaya. Nasib baik saya tak gi kerja freehair je sebab tudung tak ada brooch. Heh heh heh.
Tengahari, keluar beli berus jamban. Argh, tak sabar nak sental jamban. Asyik menyumpah , siapa la tuan lama rumah tu? Kenapa menyusahkan orang tinggalkan rumah tak berkemas, tak bersih?? Ingatkan rumah tu tinggal nak buang habuk je, tp buang sampah sarap dan barang-barang yg dia tinggal pula. Pintu bilik air pun dah reput. Geli mak!

Khamis , malam Jumaat.
Keadaan yg sgt menyedihkan. Nak masak, tak ada dapur, Yg ada cuma periuk nasi dan beras. Ada ikan bilis sikit, bawang sikit. Garam pula tak ada. Tapi, nak gi cari kedai makan kat luar memang dh tak larat. Masak bubur... hmm..tawar..langsung tak lalu. Tapi dipaksa makan juga. Kesian anak-anak saya. Malam tu saya tidur berlapar. Makan biskut dan air milo saja. Esok saya nekad, saya nak gi cari pasar, dan saya mesti paksa bos kedai lektrik tu hantar secepatnya dapur saya tu. Saya nak masak....saya nak masaaakkkk...

Jumaat
Pergi kerja lagi, dlm keadaan kurang fit. Ada ura-ura menyatakan saya kena ajar subjek repair TV. Bukan bidang saya. Tapi saya kena tolong ajar juga. Nasib lah. Saya rasa macam mau cuti sakit. Tapi, esok dah nak cuti. Emosi saya semakin terganggu, dan saya tak sihat.
Tapi petang tu saya sedikit ceria kerana abang Govinda dan abang Abishek datang rumah, membawa peti ais, mesin basuh, dapur, dan pemanas air. Saya sgt gembira membayangan saya dapat memasak malam nanti, dan dapat basuh kain yg bertimbun, dan dapat mandi pancuran air panas. Sungguh bahgia. Allah dah tau saya dah tak boleh bertahan lagi, dia bagi saya nikmat dunia sekejap.Bukan itu saja, saya dapat berita baik lagi. Umy saya call, katanya mereka sedang on the way ke rumah saya. Weeeeehaaa.... saya mendapat suntikan semangat. Tiba-tiba kembali ceria dan hati berbunga ria. Memang setakat itu je saya dapat tahan dugaan agaknya. Petang lepas balik kerja, elok-elok abg Govinda dan Abishek siap pasaang pemanas air di bilik mandi, kami terus chow gi cari pasar. Cari sayur dan ikan. Malam tu saya memang nekad nak goreng ikan. Dengan sayur lemak, dan nasi panas. Wah..heaven.
Mak saya sampai betul-betul dekat Isya dah. Terus makan nasi. Tak leh makan sama-sama, sebab pinggan tak cukup. Ada 5 keping saja. Hehe... gilir-gilir la. Mlaam tu saya tidur dgn umy dan adik saya, bersama Maryam. yang lain-lain bentang tilam dan comfoter kat ruang tamu.

Sabtu
Kami semua ke KL. Umy dan keluarga saya bertolak dulu. Saya tinggal di rumah lagi kemas2 rumah dulu. Kemudian baru saya follow. Saya ke Putrajaya untuk ambil baki barang-barang yg tertinggal sebab tak muat kereta. Umy dan Walid serta kakak dan adik ke rumahAyah Zie. Kalau ikutkan, saya nak singgah Ikea di Damasara, tp Umy cakap Kak ita nak dtg putrajaya. Jadi saya terus ke putrajaya. Saya rehat sambil kemas2 rumah di Putrajaya. Saya tak larat pun nak kemas. Tapi saya kemas juga untuk keselesaan bersama. Tengahari makan nasi bungkus lagi. Cuma saya, suami dan anak-anak saja ada di rumah putrajaya tengahari tu. Umy, walid, kakak dan adik saya masih kat umah ayah zie. Diorg seronok makan kat rumah ayah zie. kami ni juga yg melangut tunggu kat rumah. Kalau tak, boleh gi cari langsir rumah. Rumah kami masih pakai langsir surat khabar. Petang baru diorg sampai.Sekejap saja jumpa mereka, tu pun diorg sibuk melayan tetamu, kak Ita datang rumah. Lepas kak ita balik, dekat maghrib diorg dah turun nak bertolak balik ke kota bharu. Belum pun puas saya bermanja dgn umy dan walid saya. Diorg dah nak balik, sebab kakak saya kerja. Hmm... apa boleh buat. Wafiy menangis teresak-esak sampai malam nak ikut tok ayah dia balik. Sedih dan meruntun jiwa. Saya pun geram juga, kenapa cepat sgt mereka nak balik. Tak sampai 24 jam pun bersama. Kepulangan umy dan walid saya membuat saya sangat sedih dan lebih tertekan. Saya sedih sangat. Saya kembali sunyi di putrajaya. Malam tu kami kembali tidur 4 beranak.

Ahad
Sebelum tinggalkan rumah putrajaya, saya sapu satu rumah, basuh tandas dulu. Dah kemas-kemas, jam 10 pagi kami ke nilai 3 cari langsir. Saya bersyukur saya mampu bertahan. Kami dapat cari langsir dengan corak yg saya suka, dan siap tempah dalam 1 jam lebih. Sempat makan nasi campur di kedai makan di nilai 3. Saya rs, maakan kat nilai 3 agak best dan murah. Wafiy makan banyak betul. Dia kelihatan sangat lapar.
Petang tu kami sampai di Behrang dekat maghrib juga sebab banyak berhenti-henti rehat dan rawat. Saya memang dah tak mampu nak bertahan duduk lama atas kereta. Berhenti di R&R dekat Behrang rasanya, makan char kway teaw...dah la mahal, sikit, masin pulak tu. hmm... lain kali tak nak dah makan sana.
Sampai je kat rumah, sebelum hari menjadi gelap, saya cepat-cepat pasang langsir, masak nasi dan goreng ikan. Waaah..sedapnya saya makan ikan selar kuning goreng, dgn sayur lemak lagi. Esok saya nak buat masak kurma pula.

Isnin.
Hmm..sekejap saja dh isnin. Saya tak abis lagi kemas rumah selepas berkecah semalam. Dengan sarung kusyen yg umy saya bukak tak basuh lagi. Saya akan buat pelan-pelan supaya saya tak menanggung kesakitan. Sebab sakit saya, saya sndiri yg tanggung, rumah saya, saya sendiri yg kemas, bukan org lain. Jadi, saya mesti jaga kesihatan, demi diri sendiri dan anak-anak juga.

3 comments:

  1. salam farah....how r u? anak anak sihat? dah lama saya tunggu entry baru dari farah. tiap hari buka blog....bukan apa, saja nak tau cerita terkini d tempat baru. Honestly....saya suka baca tulisan farah, tiap hari memang saya akan buka blog farah...hopefully suatu hari nanti saya pun akan pandai menulis di blog saya yang dah bersawang tu..huhuhu. Semoga misi mengemas rumah farah berjalan lancar....pye... keep in touch

    ReplyDelete
  2. tahniah farah coz ko dah selamat berpindah ke semenanjung..hehehe..mesti penat kan? tp tak per, ko kan superwoman..mesti berkilat rumah tu ko settlekan nanti...cuma kesian gak aku baca citer ko yang panjang berjela tu...berpisah ngan umi dan walid seperti anak yg tak puas bermanja pulak..hehehe..tak per, bila dah duk semenanjung ni, leh lah kerap balik kampung...hehehe..

    all the best at ur new home, new office and new environment!

    ReplyDelete
  3. wawawa.. panjang giler entry pembukaan di tempat baru ni. tp sedey la dgr kisah makan bubur tanpa garam tu hehe.. dugaan kejap je tu lps ni ok la bila semua dah kembali spt sediakala. selamat menjalani kehidupan di tmpt baru dan jgn lupa kami di sini yer..

    ReplyDelete