Wednesday, January 19, 2011

.: sambungan... The Bright Side

Hi all...

Ptg semalam saya terpaksa stop sebab tiba-tiba dapat jadual waktu, dan saya kena gi tgk jadual yg saya ambil alih dari staff yg cuti bersalin tiba-tiba.

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia dariNya, akhirnya bebanan sebakul atas kepala saya tiba-tiba luruh begitu saja. Dari minggu lepas saya tak sedap duduk bila dibagitau kena ajar subjek baikpulih alatan elektrik. Dalam silibus tu ada kena repair TV la pula. Subjek tu memang totally bukan bidang saya, tp saya kena tolong ambil juga untuk memudahkan kerja-kerja jadual waktu.

Tapi Alhamdulillah, semalam, saya dah tak payah pening lagi, sebab saya akhirnya ambil subjek programming saja. Hehe...memang makanan saya. Syukuuurrr sangat-sangat. Kat sini FRP lain sikit dari poli KK. Nampak macam komplicated je, mungkin sebab belum familiar. Audit nanti ni komfem saya kena, sebab org baru selalunya menjadi favourite.

Semalam ada pasar malam. Saya tak sempat pergi sebab nak balik masak. Lagipun, saya belum ada mood lagi nak makan beli-beli lagi ni. Mungkin lepas sebulan dua baru mood beli-beli akan datang. Eee..nak muntah dah makan beli kat kedai.

Saya belum bagitau lagi kan lokasi pejabat saya yg betul-betul depan cafeteria? Hmm..abis la saya. Petang-petang saya beli keropok lekor kat gerai depan saya ni. Pagi-pagi makan roti canai. Tengahari beraneka jenis lauk. Ada ikan keli, ada bergedil, ada asam pedas..macam-macam lah. kang ada org kecur liur pula. Pastu ada stall jambu batu... hmm... memang tak akan lapar la. Cuma malam je saya punya selera kat kedai akan menjadi down. Saya lebih suka masak sendiri untuk anak-anak. Dah cukup sengsara dah beberapa minggu lepas duk suap anak-anak makan nasi bungkus. Benci dan sangat menyampah dgn keadaan itu. Kalau makan kat rumah org ok lagi walaupun menu dia kadang-kadang tak berapa sesuai dgn anak kecil saya ni. Pengalaman ini membuatkan saya sedar, betapa berertinya kalau kita jemput orang yg baru-baru pindah, pulak tu ada anak kecik, untuk makan di rumah kita. Kalau tak nak jemput makan kt rumah pun (kot dia segan, atau kita juga segan), kita hantar makanan yg kita masak kat dia. Jiran baru saya kat depan rumah ada offer nak masak bubur masa malam mula-mula kami masuk rumah. Tapi masa tu saya sgt penat sampai tak larat nak bercakap, saya menolak. Tu yg masak sendiri bubur tak cukup rasa. Hihi..ngada-ngada kan saya. Orang dah pelawa lagi jual mahal.

Saya juga seronok sebab saya boleh gi KL dalam masa 2 jam saja perjalanan. Tapi sekarang ni saya dah mula membiasakan diri dgn suasana Tg Malim. Saya sudah mula rasa selesa dgn pasar kat sini, dan juga 'supermarket' dia. Mula-mula rasa kesian je tgk 'supermarket' dia. tapi bila dah masuk...wah meriah rupanya! Ada ikan patin pulak dalam tu. Sayur segala macam... barang-barang dapur semua ada, barang-barang plastik semua ada. Saya mula terfikir nak cari rumah kat sini.

Oh ya. Lagi satu yg sgt penting untuk saya kongsi. Semalam saya gi mendaftar di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ... KLINIK KERAJAAN ye..hehehhe... saya memang berniat nak berklinik dgn klinik kerajaan kat sini. Kalau kat sabah, saya sanggup ke private untuk mendapatkan ketenangan fikiran dan keselesaan, tapi kat sini, saya tak perlu cari private clinic lagi. Klinik kerajaan kat sini memang sangat mesra. Saya yg tak berapa nak sihat pun rasa terus sihat tgk cara layanan dia. Kena ambil darah pun tak sakit. memang syok la nurse-nurse kat sini. Dari staff nurse hingga jururawat masyarakat, semuanya baik-baik. Tanya la apa pun, semua dia jawab dgn baik. Jimat dah peruntukan klinik. hehehe..minggu depan saya ada appointment dgn doktor pakar pulak. Hmm... seronok berklinik di sini. Sangat berbeza dengan pengalaman saya di KD Karambunai. Tapi, saya tak nak berharap banyak. Asal saya tak sakit hati cukup la. Tak perlu nak layan macam tuan puteri pun.

Ok lah. Saya nak prepare beberapa perkara ni.

Sampai ketemu lagi di entry akan datang.

** Buat baik pada semua. Allah maha adil.

7 comments:

  1. farah, naper ko kene g klinik pakar? ko sakit apa?? huhuhu

    ReplyDelete
  2. mariam dh nk dpt adik ker wei???-makku-

    ReplyDelete
  3. hehehe... penulis lupa memaklumkan bahawa, penulis kini telah pun mengandung anak ke 3..kandungan baru masuk 3 bulan...heh heh heh...

    ReplyDelete
  4. wahhh rupa-rupanya dah 2 3 entry terlepas kat sini. ok la klu seronok dgn kehidupan baru di sana seronok jgk mendengar perkhabaran itewww.. :)

    ReplyDelete
  5. tahniah farah...dah masuk 3 ek..murah betul rezeki engko ek...

    ReplyDelete
  6. tahniah2!!!nampaknya aku pn nk kena ikut jejak gak nih.hehehe..

    ReplyDelete