Tuesday, January 4, 2011

.: Minggu ni adakah minggu last di KK?

Saya harap begitu.

Hari ni saya harap urusan kontena dapat diselesaikan dengan baik. Pada perkiraan saya, urusan ini patut selesai dari minggu lepas lagi. tapi..entahlah kenapa ia berlanjutan sampai minggu ni. Minggu ni bukan duit sampai pun. Sama juga dgn minggu lepas. Apa agaknya ye yg buat perkara ni jadi lama?

jadi, sehingga itu lah rumah saya sekarang sangat tunggang langgang dengan kotak-kotak dan barang-barang berhamburan di ruang tamu. Keadaan ini amat tidak membantu saya untuk merehatkan mental dan fizikal saya yg tak berapa nak senang ni.

Saya juga menerima beberapa jemputan keraian. saya sangat2 menghargai usaha-usaha mereka yg menganjurkan majlis seumpama ini. Walaupun saya secara fizikalnya tak larat ,  semangat untuk meraikan majlis itu harapnya dapat membawa saya ke sana.

Hari ni saya ada kelas penuh satu hari.. begitu juga esok dan seterusnya. Bila agaknya saya boleh kemas rumah saya ye? saya ingat nak panggil makcik cleaner tolong saya. Ataupun, kalau dah tak larat sgt, saya akan wakafkan saja beberapa barang untuk org yg bakal masuk rumah saya nanti. hihi..kalau dia nak la.

semalam kenduri rumah kak zura. Tak dapat dtg, kerana mmg tak dapat nak bangun. Harap dpt jumpa kak zura lagi di majlis kelab staff khamis ni. Kak zura dan kak limah juga. Seronok diorg sekarang ... rileks dah tak ada kelas. Ada yg pergi membeli jati lagi. Nasib baik saya dah siap2 beli setahun yg lalu. kalo tak, entah bila agaknya dapat saya gi beli, ye?

Saya dah tak sabar nak meninggalkan tempat ni. apa pun yg akan ditempuhi nanti di tg malim, saya dh tak kesah. hidup perlu diteruskan. Terima kasih yg tidak terhingga untuk tempat ini yg byk mengajar menjadikan saya seperti saya hari ini.

1 comment:

  1. insyallah.. kami doakan korang sekeluarga dpt yg terbaik jgk di sana nnt.. :)

    ReplyDelete