Friday, January 7, 2011

.: Habis kena angkut

Rumah saya dah mcm kena langgar garuda. Habis licin tinggal perabot poli je tak diangkut. semuanya berjumlah 143 bungkusan. Ok la 143...I LOVE YOU..hehe..memang semua harta-harta yg dibungkus tu dikumpul dgn penuh kasih sayang gituh..hihihi..

Pengalaman yg sgt memenatkan lagi menyakitkan seluruh urat-urat ku. Rasa mcm nak gi berurut je.

Alhamdulillah, dapat CahayaPack. memang mantap. Bungkus sebungkus-bungkusnya. Pekerja-pekerja memang cekap dan berdisiplin. datang jam 9 pagi td, dia rehat jam 12-2ptg (atas permintaan saya yg terpaksa menghadiri jamuan kelab staff). Kemudian 1.50 ptg dah melanggut tunggu dalam lori depan rumah.

Petang tu sampai jam 6 ptg, diorg berhenti rehat. Sambung lagi 8 mlm - 12 mlm. haduuu..penat..mak penat...
Mula-mula tu rajin lagi memantau kerja-kerja pembungkusan diorg. Sambil-sambil tu tolong packing baju2 sndiri masuk kotak, sambil duk asing mana nak naik flight, mana nak buang, mana nak sedekah. Ya Rabbi, byk jugak investment kat baju je dalam pada hari-hari duk merungut tak ada baju pun. Ku sangkakan dalam 2 kotak beres la bab baju. Rupanya, banyak kali 2 kotak pulak diperlukan, sampai sakit pinggang mak ni.

Kerja-kerja packing pada siang hari tak ada masalah sgt, tapi bila anak-anak dah balik dari nursery, rimas le pulak tgk diorg duk mundar-mandir tempat org buat kerja. Menumpang kasih kat rumah besan le kejap, Pn halen. Sempat minum secawan dua teh o panas kurang manis ...sebab kurang manis yg habis 2 cawan tu. Tahnx ye Alin kerana sudi menerima pemerempatan I dan anak-anak I berdua tu. Kemudian jemput Pn Halen untuk shopping barang dapur kat rumah... hehe. Tahnx ye sebab sudi menerima En Tiram, Puan Sos, cik rempah, cik garam tu semua ye.

Bila dh tiba part packing bahagian dapur, dah pun tengah malam buta dah. mata saya dah tak dapat nak ditahan-tahan dah, dengan keadaan sakit pinggang menyucuk-nyucuk sampai tapak kaki (padan muka sapa suruh angkat baju , angkat kotak byk2)... nasib baik selamat tak ada apa-apa yg berlaku pada saya ni.
Nasib baik saya yg bijak ni dah awal-awl suruh diorg kemas barang di bilik tidur dulu. jadi, bilik tidur dah clear, saya dgn aman dalam kesakitan tertido. Sedar-sedar rumah dah licin.

Masuk dapur nak buat milo susu, hmm..bukan setakat milo, susu...cari gelas semua dah tak ada. Ceredik betul. kalau ye pun, tinggal la cawan sebijik , pinggan sekeping, sudu sebatang kat tuan rumah ni. cawan plastik pun dia bungkus. Huh... erk... pinggan jiran-jiran sebelah yg tak sempat nak pulangkan pun dah kena bungkus. Minta maaf la ye semua jiran-jiran tetangga semua, nanti claim kemudian ye..huhu. nasib baik mesin air kesayanganku masih ada... itu lah harapanku...barang paling last akan ku pack masuk kereta, mesin air R.O...sumber air.

jadi sekarang, tempurung mana saya nak cekau nak minum air ni??

No comments:

Post a Comment