Sunday, January 9, 2011

.: Di Putrajaya

Alhamdulillah... selamat tiba di semenanjung.

Esok, Isnin. Bermula perjalanan ke Perak, lebih tepat lagi ke Behrang, Tg malim..iaitu Poli Tg Malim.

Dengan harapan semuanya akan berjalan lancar, dapat rumah kuarters, dpt daftar anak ke nursery, dan dapat cari barang-barang asas untuk kelangsungan hidup kami disini.

Keadaan kesihatan dilaporkan agak memuaskan. anak-anak nampaknya sihat walafiat, cuma wafiy kena sakit rindu pada KK dan apa yg ada di KK. Semuanya!

Saya pula lenguh2 selurruh badan, dan rasa macam tak sedap badan, macam nak demam, selsema dah pun. harap2 anak2 maintain la, jgn berjangkit pulak. Saya juga rasa macam nak putus urat kaki, akibat byk membuat kerja2..kerja2 pindah ni memang penat. So, kpd siapa yg nak pindah, boleh packing 6 bulan dari tarikh pindah ye.

Suami saya agak kepenatan nampaknya sebab terpaksa uruskan segalanya. tapi suami saya tetap menunjukkan kemantapan beliau menguruskan segala hal anak2, dan hal saya juga. Saya sungguh gembira kerana beliau masih kekal seperti dulu..hehe..syabas bete. Saya doakan suami saya akan senantiasa sihat walafiat dan bahgia hendaknya, kerana beliau lah tonggak harapan saya. Disamping kekal handsome dan macho selalu. Saya sayang akan beliau sepertimana isteri lain menyayangi suami2 mereka. hehehehe... kang ada yg menyampah pula baca ayat saya tadi, macam saya seorang yg ada suami. Ok lah.

Saya juga teringat pada kawan-kawan di Sabah. Saya sekarang masih dalam proses menyesuaikan diri dan cuba untuk menerima kenyataan bahwa saya sekarang di tempat baru sudah. Ye, saya di tempat baru. Sekarang menumpang teduh di rumah keluarga di Putrajaya. Esok menumpang kasih di rumah adik ipar pula.

Jumpa lagi di lain  masa untuk informasi terkini.

No comments:

Post a Comment