Tuesday, January 18, 2011

.: The bright side...

Ok lah, enough with kisah duka dalam entry saya yg lepas.

Hari ni saya nak berkongsi beberapa perkara yg membuatkan saya rasa bahagia dan gembira sejak pindah ni. Kiranya, pengubat duka lara la...

Pertamanya, disebalik kemarahan saya dgn keadaan rumah yg kotor bersepah tu, saya amat gembira dengan lokasinya yg betul2 terletak di atas nursery. Sekurang-kurangnya, hilang satu beban nak menghantar anak pagi-pagi.

Petang kat sini terasa panjang sekali. Balik jam 5, baru asar 10 minit. Masih cerah untuk anak-anak main sampai berpeluh kat taman permainan bawah rumah tu. Masak, kemas rumah, mandi, pun masih belum maghrib. Waah..mewah betul rasa masa kat sini. Pagi saya masih bermula jam 5, masih terbiasa dgn pagi di sabah. Jadi, punya lah panjang sehari dalam hidup saya.

Ofis saya kat tingkat 3 (aras 2), kurang setingkat dari ofis dulu. Masih lelah. Tapi, kat aras 0 ada meja2 kosong staf cuti bersalin. Boleh le menumpang guna sementara diorg tak ada.

Kat sini, masuk2 je dapat diary. Wah, dah lama tak dapat diary. Seronok betul dapat diary. Dapat calender dan buku nota. Tapi yg tak best, kertas A4 kat sini kena catu. Ramai yg beli sendiri. Bukan tu je, fle, marker, semua diorg beli sendiri. Kawan-kawan kat PKK sana bertuah sebab dalam tak ada kertas pun, belum tahap beli sendiri.
Eh, saya stop jap ye. Sebab saya ada kerja tiba2 pulak. Babai semua. Nanti saya sambung lagi.

1 comment:

  1. sesuai la dgn pepatah melayu "masa itu emas"..
    klu kat sini setengah jam je kt luar dh nk gelap.

    ReplyDelete