Wednesday, January 5, 2011

.: Bicara anda yg bagaimana?

Bicara kita ni menunjukkan siapa kita.
Ada org walaupun serba tahu tapi suka buat tak tahu. Tak semestinya org begini org yg suka merendah diri. Mungkin juga jenis suka menguji atau buat surprise kat org.
Ada org pula, cakap dia asyik nak provoke orang saja. Orang mcm ni suka cabaran.
Bicara pasal kebendaan, menunjukkan org yg materialistik. hehe.. saya suka juga kadang-kadang cakap pasal benda-benda ni..seperti jenama tudung, tupperware... memang materialistik pun, apa salahnya. Yang penting tak mencaras poket orang.
Bicara pasal agama... maknanya, ingat mati. Kadang-kadang bila dah habis topik duniawi, bercakap juga saya bab agama ni sedikit sebanyak, contohnya, nak hantar anak PASTI mana?? Kira masuk bab agama jugak tu kan?

Dalam banyak-banyak bicara, saya tak suka bicara org talam dua muka dan bicara org yg tak pikir perasaan org lain. Contohnya, yg tak pikir perasaan org lain, "hai, dah pindah besok ni anak-anak komfem demam". Apa masalah pulak hamba Allah ni nak mendoakan anak org demam. patutnya didoakan org selamat sentosa , kalau ye pun akan demam, doakan lah juga kebaikan utk org. kata-kata tu kan doa. Lepas tu dgr masalah org yg terpaksa naik tangga turun tangga bertingkat-tingkat setiap hari, doakan lah semoga itu menjadi senaman utk org tersebut. Bukan bawak fakta boleh buat sakit jantung! kalau nak cakap juga pasal sakit jantung, biar lah berlapik. Hmm.. ke aku yg over sensitip?

Ha..anda tentu kenal kueh talam kan? Talam dua muka? org yg depan kita cakap mati-matian tak suka seseorg tu, tapi belakang kita bukan main mesra nyaaaaa....  Ye lah, mungkin nak jaga hati kita sebab dia tahu kita tak berapa suka seseorg tu, dia pun cerita la begitu begini yg buruk2 psl org tu... Tapi rupanya bukan main mesra lagi sebenarnya. Ah, bukan aku jeles pun. Aku pun tak ada masa nak kesah, terus terang je lah yg awak tu suke sgt berkawan dgn org tu walaupun awk tu dh berlaki. Dah la buat masalah dgn kawan aku, mentang2 kawan aku cuma pengusaha kereta sewa yg tak berpangkat lagi tak berjasa pada org ramai mcm uncle awak yg berpangkat tapi berkira nak bayar sewa kereta. Buat malu I je tolong kenalkan. kalau awak tak menyewa pun, kereta sewa kawan saya tu pun tak manang tgn pun tau. Geram tul aku.
Hipokrit !

Para pembaca sekalian, nampaknya penulisan saya sudah semakin berbaur emosi ye. hehe..maaf lah ye.. apa pun..enjoy! biar lah si talam dgn si mulut laser dgn hidup mereka. Jangan kacau kita lagi, pergi main jauh-jauh...shoooo.....

2 comments:

  1. knpa ni farah sabar...jgn emosi....banyakkan bersabar....k....

    ReplyDelete
  2. haihhh... ni kes mahkamah mana plak ni marah btol yer hehe. anyway kuih talam keladi sy sedap tak.. :p

    ReplyDelete