Saturday, January 29, 2011

.: barang-barang dari Sabah sampai esok...

Dah lebih kurang 3 minggu di sini, akhirnya barang-barang yg ditunggu sampai jua esok.
Betapa saya sgt merindui mesin air R.O Bio Pure saya. Penat juga tak ada Bio Pure saya tersayang ni. Kerap kali juga bekalana air masak kami hampir habis sebab terlupa nak masak air. Buat sementara waktu ni pakai penapis air yg murah-murah tu je.

Saya juga rindu sgt dgn peralatan dapur, TV, astro... dah lama tak layan Astro.. teringin nak tgk Spontan, Oh yeah... dan cerita-cerita lain, walaupun dulu pernah merungut bosan dgn astro yg asyik duk ulang tayang cerita sama.

Wafiy pun asyik duk sebut kotak-kotak mainan dia. macam la ada apa sgt, selain daripada benda-benda yg nak menyepahkan rumah. hehe...

baju anak-anak pun entah-entah dah tak padan nak pakai??? budak-budak sejak pindah ni nampak macam cukup makan pula. Mungkin sebab saya dah boleh masak, dan rajin pula nak memasak. Petang yg lebih panjang di semenanjung ni menyebabkan saya ada byk masa untuk masak makan malam. Sebelum maghrib pun dah selesai makan malam dan kemas dapur. kalau dulu, asyik tergesa-gesa je, dan selalunya makan malam di Sabah adalah selepas maghrib, yg mana pada saya lewat sangat dah. kat sini, balik kerja masih boleh lepak2, masuk dapur jam 6 pun masih awal. Budak-budak masih kat playground kat bawah. Aman damai saya memasak tanpa gangguan.

Poli baru saya ni dikelilingi hutan. Agak sejuk. Saya perhatikan, kulit si wafiy dan maryam makin gebu pulak kat sini. Saat membaca kisah kawan-kawan yg turut sama berpindah, kebanyakan mereka mengalami demam-demam dan gangguan kesihatan. Saya sgt bersyukur kerana anak-anak semua sihat walafiat. Saya rasa, mungkin faktor persekitaran kami yg dikelilingi alam semulajadi, kurang pencemaran, dan jauh dari kilang-kilang. Rumah-rumah di sini jarang yg pakai air-cond. Dan saya pun jarang buka kipas. Malam-malam sgt dingin. Sebab tu saya rasa water heater lebih diperlukan berbanding air-cond di sini. Atau mungkin kah sebab musim sekarang memang musim sejuk? Pagi-pagi kat sini berkabus. Si wafiy asyik nak pakai sweater je gi sekolah. Dia sejuk juga agaknya.

Kat sini, byk masa saya dihabiskan tanpa disedari untuk P&P. Sejak dapat jadual, saya dah berjangkit dengan staff2 kat sini yg asyik duk ngadap kerja je. Memang jarang la saya tgk komputer kat sini terpampang laman website2. Semuanya terpampang document words, excel, labsheet, powerpoint. Pendek kata, buat kerja je diorg ni. pastu, setiap minit cek outlook (emel kerja). Sebab tu la saya agak segan silu nak buka blog saya ni kat ofis. Hih hih hih. facebook?? yg tu diorg cuma buka time rehat je. Yang lagi saya kagum, ada yg sanggup tunggu after office hour (lepas kul 5) baru buka facebook. Perkara biasa je kat sini kalo balik lewat..sampai kul 6 pun entah2 masih ada.

Saya rasa sgt senang dgn situasi kerja kat sini. Walaupun pada muulanya saya rs sedikit tekanan akibat mulut-mulut orang yg mengatakan poli ni begitu begini, pengarah dia begitu begini, saya rasa kita semua kena betulkan balik niat kita kerja kerana apa? Bila kita fikir balik, memang patut pun begitu kan. dan saya sgt tak suka kalau org suka mengata yg buruk-buruk tentang sesuatu organisasi tersebut. Saya bukan lah seorg staff yg bagus dan smpurna pun. Tapi, dgn adanya sedikit ketegasan, sekurang-kurangnya ia membantu saya menjadi staff yg lebih bertanggungjawan, dan saya harap ini akan lebih membawa keberkatan dalam hidup saya dan keluarga.

saya dengar, fasha sandha dan putus cinta dgn bekas suami nora danish tu. bagus la. bagus putus cinta dari bercerai berai besok lepas dah kawin.eh, bukan dia ke yg dulu yg...ooopss.. Tuhan maha adil.

Tak baik tau amik org punya..

Yg penting besok barang saya sampai, bukan org ye.hehehe..
babai..

1 comment:

  1. tgh2 serius membaca tetiba ble plk terkeluar isu fasha sandha hahaha..

    alhamdulillah la seronok dgr demo sekeluarga seronok dan baik2 di sana. lps ni mesti bertambah seronok bila dh dpt menyesuaikan diri sepenuhnya.

    ReplyDelete