Thursday, December 23, 2010

Sabah..PKK...kenangan terindah...

Saya mula memijak bumi Sabah hujung tahun 2005, selesai menghabiskan pengajian ijazah saya. Tidak pernah terfikir akan terjebak dengan Sabah. Bagi saya, Sabah adalah bumi asing untuk dijejaki. (kini tidak lagi).

Perkenalan saya dengan En Sidiq pada awal 2005,(ketika itu beliau sudah bergelar pensyarah di Sabah) merupakan titik permulaan saya mula membayangkan bagaimana lah Sabah ketika itu. Ketika itu saya masih dalam tahun akhir pengajian. Tak sangka pula En Siddiq begitu serius nak berkenalan lebih dekat dgn saya sehingga mengikat saya dgn tali pernikahan pd pertengahan 2005. hah, padan muka en siddiq, dah kahwin tp terpaksa pula tunggu saya habis belajar.... heh heh heh

Habis saja pengajian, tanpa membuang masa, terus saya dibawa lari ke Sabah. Mula-mula sampai sabah, saya tak tahu nak rasa apa. Saya sepatutnya seronok kerana berada dekat dgn suami, tambahan pula saya pertama kali sampai Sabah. Tapi, seingat saya, perasaan saya ketika itu banyak dikenakan tekanan dari keluarga saya dek kerana sy jauh d Sabah. Kalau nak saya tulis dari sudut perasaan saya sepanjang saya di Sabah, saya banyak tertekan sebenarnya daripada gembira.

Namun dalam pada tertekan itu, hidup saya diserikan dengan ramai insan-insan yg saya kenali di sini. Sebelum saya mula bergelar pensyarah, saya mengenali ramai sudah pensyarah2 di PKK, kerana En Siddiq suka mensosialkn saya untuk menceriakan hidup saya.

Awal 2007, sinar baru mula muncul bila episod hidup saya berubah, kerana saya tidak lagi bergelar surirumah (walapun saya sgt suka jadi surirumah)... tapi saya mula melapor diri sebagai pensyarah di PKK di jab Kejuruteraan Elektrik. Tidak sia-sia juga saya belajar..hehehe ..Sekurang-kurangnya, saya dpt juga kerja yg saya harapkan.

Dulu, cita-cita saya byk, berubah-ubah. tapi bila saya berkahwin, saya mula berfikir untuk mencari pekerjaan yg sesuai dgn pekerjaan suami dan sealiran dgn bidang dan minat saya. Saya berpendapat, saya perlu kerja sama tempat dgn suami saya memandangkan suami saya bekerja dlm sektor awam, dan berada di Sabah pula. Sekurang-kurangnya, kalau nak transfer balik semennajung, sekali urusan saja. Tambahan pula, saya memang suka mengajar, dan saya tak suka kerja dgn mesin. Jadi, untuk menjadi seorang engineer, adalah jauh menyimpang dari minat saya.

Maka, sejak itu, saya mula membuka lembaran sosial yg baru. Tekanan yg dikenakan ke atas saya juga saya rasakan semakin berkurangan. Namun, ketika itu, saya pregnant anak pertama... saya rasa tekanan dari sudut lain pula. Jadi, masa saya pregnant anak pertama, saya tak habis-habis tertekan. Hmm..bila difikirkan balik, saya sepatutnya enjoy, dan happy... sedih pula ingat balik.

Masa awal-awal saya kerja dulu, saya suka berdampingan dengan beberapa senior di jabtan saya..seperti kak Jum, kak wawa, kak isma. Tapi saya rasa paling banyak saya bermanja ialah dgn kak jum. kalau di luar jabatan, saya suka sgt menyusahkan kak ida. masa tu, anak-anak kak ida kecik2 cenonet..sangat cute. Saya sgt gembira kalau dpt outing bersama mereka. masih saya ingat kami pernah ke Muzium Sabah bersama-sama. Alangkah bahagia saat itu... hahah..muzium jah pun.

Ketua jabatan saya masa saya lapor diri dulu ialah En Pawzi..tp sempat saya tgk mantan KJ JKE yg masa tu tengah nak pindah semenanjung, iaitu En Azlan. En Pawzi adalah KJ yg paling lama saya sempat merasa bekerja di bawahnya. En Pawzi ni menjalankan tugas KJ..jadi, beliau sgt bz dgn tugas hakiki beliau lagi. Sungguhpun demikian, En pawzi seorang yg sgt bersungguh dalam kerjanya, dan sgt prihatin. kalau ngadu apa-apa masalah pada beliau, pasti akan diselesaikan kalau boleh time tu jugak. kalau tak dapat dengan cara rasmi, dia selesaikan dgn cara peribadi. Beliau memang tidak lokek untuk guna henpn peribadi beliau untuk selesaikan masalah staf. Apatah lagi wang ringgit. Setiapkali perjumpaan ke apa-apa function ke, En pawzi mmg akan sponsor. masa tu belum wujud tabung jabatan. Tapi, kalau kita gi bilik en pawzi (KJ ketika itu), memang pening lah. Bersusun bertingkat-tingkat file-file dokumen atas meja dia. Tapi yg bestnya, dia tahu nak locate mana file dia. Kalau staff dia kena marah, pandai dia back-up..hehehe... En Pawzi boleh dikatakan KJ yg tahu banyak perkara dan prosedur. kagum saya. Masa tu saya pernah terfikir, En Pawzi ni hafal semua benda ke? Saya agak takut nak argue apa-apa dengan dia, sebab saya tahu dia mesti lagi tahu. (of cos la kan, dia kan KJ ..ketika itu). Sampai lah sekrang, En Pawzi mengekalkan status serba tahu bila dia membahaskan tentang pasaran emas pula! Saya memang tak akan pernah ingin argue pasal emas dgn beliau sebab beliau pasti mempengaruhi saya untuk membeli emas dari beliau. heh heh heh.... (bukan saya tak nak beli, tapi adik saya pun jual emas...)

Kemudian, pada 2009, En lajim sampai menggantikan tempat KJ. tak banyak yg sempat saya amati ke'KJ'an en Lajim. Tapi En Lajim memang sangat sempoi. Suka cover staff. Yang penting, En Lajim tak suka meniaga emas, sebab menurut beliau, jual emas lapar. Dia suka jual makanan. Pulak? Hmm..short-term, I think yes.

Dan akhirnya, KJ terakhir saya di JKE, Tn Hj Hasnim. Inilah pertama kali merasa KJ yg hakiki. Dan memang terasa sgt perbezaannya. he he he. Haaa..amek ko. Baru rasa ye cemana rasanya ada KJ yg sebenar. Never forget office rule no 1, Boss is always right. Sebab tu dia jadi boss..heh heh heh. Pun masa yg ada untuk mengenali Hj hasnim tidak lama. belum sempat kenal keluarga beliau yg dijangka akan beliau bawa ke Sabah tidak lama lagi. Sometimes, bila kita kenal keluarga seseorang, baru kita lebih mengenali seseorang. Apapun, semoga JKE terus maju cemerlang di bawah pimpinan Hj Hasnim. Sekrang ni pun mcm tak menyempat nak bernapas, asik meeting, program, meeting , program..hih hih hih...makan-makan....

Saya juga ingin menulis tentang En Chin ken Leong. Pada hemat saya, En Chin adalah seorang tokoh JKE yg paling berkarisma, dulu, hingga kini. Kerja-kerja beliau sangat teliti. Saya rasa kalau beliau suatu hari nanti menjadi boss, beliau akan menjadi boss yg sgt bagus bah! Beliau lengkap dgn ciri-ciri kepimpinan, tp humor tetap ada. Dan beliau juga prihatin dgn masalah semasa. Peluang bekerja bersama beliau semasa mengendalikan KSS sgt berharga. Beliau meninggalkan warisan yg cukup berharga untuk KSS JKE. Bila cakap pasal KSS, En Minir Simon turut tidak terkecuali. En Minir pula kalau saya boleh bagi anugerah, beliau ni boleh dapat anugerah workaholic...selepas EN Chin la kot? hehehe... tekun bekerja, sehingga memaksa beliau membuat keputusan untuk memindahkan diri dari pejabat ke makmal. Banyak sungguh experimen yg beliau ingin lakukan agaknya. Dan yang penting, beliau ni bukan jenis cakap je pandai, tapi bila nak buat, asyik tertangguh-tangguh, last-last tak buat.

En Zaharudin juga antara teman pejabat yg rajin dan sgt amat amat berdisiplin. Anugerah pensyarah paling berdisiplin semestinya patut dianugerahkan pada beliau. Beliau antara yg paling awal datang ofis buka lampu, dan beliau tak pernah lewat kembali lunch. Lunch awal pun jaaaaaarang sgt lah. Beliau dah dapat APC dah pun. tapi, kalau beliau dapat sekali lagi di PJB nanti, saya tak akan hairan. kerja-kerja beliau juga mantap, dgn kemahiran bidang komputer yg tinggi. Yang paling best, En Zaharudin ni very down to earth .. suka merendah diri gituh. Yang paling saya kagum, beliau cuma menduduki PTK sekali saja, terus dapat 4,4. Senang je urusan kerja beliau. Hmm..Tuhan tu mmg maha adil.

Itu lah antara tokoh-tokoh JKE yg sempat saya tuliskan.

Di samping tokoh-tokoh ini yg byk memberi impak dalam kerjaya saya, turut mewarnai lukisan kerjaya saya ialah teman-teman yg seiring dan sejalan...seperti kak Isma (tokoh kerja on time), Suriya (tokoh pensyarah berjiwa pendidik), Safira (tokoh pendiam), Daily (tokoh toasmaster), Azie (tokoh setiausaha), kak dayang (tokoh personaliti paling lembut), Alester (tokoh iron lady), Caroline (tokoh sahabat ceria dan cantik), Hanum (hmm..my junior but i learn a lot from her), Kak Aizilah(tokoh staff wanita sempoii), Liew (pun rajin ni), kak Shamsiah (tokoh qualiti dan kekemasan) dan tak ketinggalan kak jum. (tokoh penyayang). tak ketinggalan yg baru dikenali farah asyikin yg manja, semoga jadi setiausaha yg setia berusaha utk JKE... hehe.. serta kak norinah yg suka kongsi pengalaman keibuan, kak dollite (suka kongsi pengalaman kecantikan), dan gracie..(yg hampa kerana tak sempat tunjuk dia kurus balik.. tapi grace cute bah). Hmm..harap-harap anda semua tak lupakan saya ye nanti. Untuk staff lelaki JKE, anda semua mmg best. Namun, tak byk pula cerita yg sempat dikongsi. Thanx for everything! haidie..teruskan perjuangan dgn inovasi bersama kak sham..! nanti kita lawan tahun depan aaaa....! hehehe....


Banyak tempat di Sabah ni yg telah dilawati. Semuanya best sepatutnya kalau kita pergi dgn mood yg best. jadi bestkan mood anda untuk melancong di Sabah. Trip yg paling best ialah trip ke Sandakan-Lahad Datu-Tawau-Semporna bersama keluarga Pakku. Memang seronok sakan... boleh tgk entry lama tentang trip tersebut. Tak dilupakan juga trip ke Labuan bersama geng JKM. Pun best sbb ada kak ida. Ke Kudat pun best, tip of Borneo.

Awal-awal dulu, Sabah ni mcm tak best sbb tak byk kedai makan yg boleh kami lepak. tapi sejak dua menjak ni kedai makan best tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebelah poli pun berjujuk kedai makan. memang tak lapar lah duk sini. Cuma, kadang-kdang tak kena dgn selera semenanjung saya ni saja. Tapi, bila dh nak pindah ni, takut pulak kang kat sana mengidam nak makan makanan sabah pula. parok!

Huh..2005-2010... 5 tahun ..pjg untuk diceritakan.
Yang paling penting untuk dicatatkan, agak sedih untuk meninggalkan tempat kerjaya ku mula bertatih.
Sayu, meninggalkan tempat lahirnya putera dan puteri tersayang.
Hiba, meninggalkan tempat cinta dan persahabatn terjalin.
Gembira..akhirnya aku kembali ke semannjung memenuhi hasrat keluarga semenjak 5 tahun lalu.

1 comment:

  1. bila dh nak pindah ni semua benda2 yg tak best hilang dari fikiran dan yang teringat benda2 yg menarik je. begitu la adat kehidupan ada suka dan duka.. takpe semoga korang semua bergembira di tmpt baru nnt.

    ReplyDelete