Saturday, December 25, 2010

.: Perhimpunan terakhir di PKK

Kelmarin, telah selamat berlaku Perhimpunan Bulanan Staff yg dianjurkan dgn jayanya oleh jab Perdagangan. Terasa 1Malaysia sangat bila ikrar dipimpin oleh staff baru yg berbangsa India. lain macam je rasanya.

Satu lagi kelainan melihat video klip baru lagu Negaraku yg dibuat oleh Ku Aleya Zahirah... mcm pernah ku kenal nama itu...tapi di mana ya Pakku??? Mmg best la video-video iringan lagu patriotik semalam, dan rasanya, mungkin itu kali terakhir saya menyanyikan lagu Sabah Tanah Airku dan Politeknik Kota Kinabalu dalam perhimpunan. Tanpa dapat ditahan, saya asyik nak tersenyumm saja sambil nyanyi lagu itu, tambahan pula cameraman asyik nak teropong saya saja (perasan pulak). maklum laa, cameraman pada hari tu adalah cameraman tak bertauliah, En Sidiq. (lama benar agaknya dia terliur nak jadi cameraman majlis perhimpunan ni, sehingga tak tertahan lagi, dia buat jugak di perhimpunan last ini..hehe...) tapi biasanya cameraman tak malu-malu, pengarah berucap pun dia boleh tertonggeng, terngendap-ngendap cari shot yg baik, tp cameraman yg ni malu-malu je gayanya..hihihi..

kali ni, pengarah pertama kali berucap sebagai Tn Haji. Banyak unsur-unsur agama diterapkan dalam ucapan beliau. Dan seperti biasa juga banyak teguran-teguran membina dari beliau untuk staff demi kecemerlangan politeknik.

Antara teguran beliau ialah, teguran tentang berfacebook di kalangan pensyarah. Aii..kan dah kena ban laman tu masa ofis hour? Mungkin pensyarah yg masih dapat menembusi laman sosial tersebut sebenarnya menggunakan i-phone atau blackberry masing-masing? atau broadband masing-masing? atau meng'hack' akses masuk ke laman tersebut menggunakan kemudahan internet poli dgn cara tertentu?? hehehe...

Pendapat peribadi saya pula mengatakan, kerja saya tidak terkesan dengan penggunaan facebook. Sebab, saya tak buka facebook selagi kerja-kerja saya (cthnya siapkan RMS, nota, labsheet, tanda assg dan quiz) belum siap. Begitu juga dgn berblog. Saya biasanya akan meng'organize' masa saya diwaktu pagi. jika ada kelapangan, apa salahnya bersosial bertukar-tukar cerita. yang saya musykil, kenapa facebook yg menerima hukuman, tidak laman-laman lain seperti public Gold ke, forex ke... sekadar menyebut beberapa laman... Mungkin sebab facebook ni kalau kita online org boleh nampak kot??? email poli pun saya online juga sepanjang masa. bagaimana pula dgn yahoo messenger? main game? tgk movie, download movie... Perkara ini sudah berlaku sejak lama dulu, tp politeknik tetap maintain, malah setiap tahun ada saja pencapaian cemerlang staffnya. malah org-org yg saya tahu melakukan benda-benda begini bukan staff bermasalah pun. malah dari aktiviti luar rasmi ni dapat develop banyak pengetahuan baru ...(hehe.. contohnya software-software terkini..) Rasanya, setiap dari pensyarah ni sudah dewasa dan matang berfikir mana yg baik dan sebaliknya. Bukan lagi macam remaja yg mudah hanyut. (harap-harap nya lah).

Saya juga tumpang gmbira dgn rakan-rakan yg mendapat anugerah staff contoh, terutamanya JKE iaitu Suriya dan Zaharudin. Hmm..anugerah terakhir utk Din dari PKK sbl pindah nampaknya. Saya pernah rasa perasaan diumumkan sebagai staff contoh. tak tahu la sama ke tak dgn apa yg diorg rasa. Saya dulu rasa , "eh, diorg tak salah panggil kan??? betul ke aku??? eh, bila masa pulak cemerlangnye??"..tgk-tgk di sijil, "Tahniah Kimanis Foof Industries". keh keh keh..lagi la terkejut! Rupanya sijil replika yg diorg bagi dalam frame tu. hihii...berpeluh saya. Seminggu lepas tu baru dapat sijil betul nya.

Pengarah ada menegur, kalau kita nak menegur atau tak puas hati dgn siapa-siapa dalam poli ni, tuju terus kepada org itu, atau hantar cc pada beliau. jangan terbuka kepada semua. Ya, setuju. Sebab itu akan memalukan pihak terlibat. Tapi, bila saya letakkan diri saya dalam kasut org yg buat perkara itu, saya rasa mungkin org tu ada sebab kenapa dia buat macam tu. Mungkin dia nak semua org tahu dan sedar tentang perkara itu, dan mengharap buah fikiran atau sokongan kawan-kawan yg lain?? lagipun dia cuma nak suarakan apa yg dia nak. Dan perkara itu pula sudah berulang beberapa kali. Saya sendiri pula tidak menganggap apa yg dia buat itu salah.. sekurang-kurangnya dia menyuarakan pendapat dia, Tidak seperti saya yg hanya akur dan pasrah saja.... Dia dikecam di dalam satu perhimpunan. Adil untuk dia.

Semalam tiada pula cerita dari Tn Hj pengarah. Cuma beliau berkongsi dgn para hadirin, tahun 2010 adalah sgt mencabar dan penuh masalah, masalah yg dtg dari staff. Staff ni tak habis-habis membebankan pengarah, kenapa tak bebankan driver ke, pembantu tadbir atau , penolong akantan atau pengurus stor sahaja? pengarah cuma dapat rasa 45 hari saja ketengangan semasa menunaikan haji di tanah suci. Itu pun bila balik ke Malaysia, berduyuuuuuun tiba sms2 ke inbox handphone beliau. Saya pelik juga dgn org yg bagi sms tu. Orang buat Haji pun nak juga dikacau. Ketua Program saya juga turut mengerjakan haji bersama Tn Pengarah. Sepanjang tempoh itu, segala masalah berkaitan P&P, walaupun hanya ketua program saja yg tahu sesuatu perkara tu, kami langsung tak terfikir untuk meninggalkan sebarang mesej utk beliau. Semuanya diusahakan untuk diselesaikan tanpa beliau. Bila ketua program kami pulang, kami pun dah lupa dah apa masalah2 spjg beliau tak ada. Allah dah tolong selesaikan untuk beliau agaknya.

Mungkin kerja pengarah ni besar sgt sampai org-org ni tak sempat menyempat nak tunggu beliau balik.

Saya mula terfikir, bagaimana pula dgn pengarah baru saya nanti. Pengarah di tempat baru saya nanti adalah seorg wanita. hmm..hebat. Saya tak pernah bercita-cita nak jadi pengarah... saya rasa, saya tak layak pun. Sampai pencen jadi pensyarah pun saya gembira...sebab cita-cita pertama saya sejak kecil ialah menjadi pensyarah... and I am now....

No comments:

Post a Comment