Monday, December 27, 2010

.: Mengunjungi Klinik Desa

Hari ni temujanji maryam untuk suntikan yg terakhir. Saya membuat sedikit persiapan sebelum ke klinik desa karambunai. Saya call dulu, bertanyakan, sama ada ramai orang atau tidak yg masih menunggu. Nurse yg menyambut panggilan saya masih ada 3 orang yg menunggu. jadi, saya mengatur masa saya supaya tidak lah lama saya menunggu di sana.

Setibanya saya di sana, saya sungguh gembira melihat cuma ada sepasang selipar wanita dan sepasang selipar budak yg ada di tangga klinik tersebut. Ini menunjukkan bahawa, cuma ada 1 pesakit sahaja sedang bertemu nurse yg bertugas. Saya masuk dan meletakkan kad klinik Maryam. Ruang menunggu memang kosong. Saya dan Maryam bersama babah Maryam sahaja yg ada. Jadi, saya bajet, mungkin saya cuma perlu menunggu seketika sahaja. Kelihatan seorang nurse kurus berulang alik dari bilik pemeriksaan ke bilik satu lagi. nurse tu kelihatan sedang meng'handle' kes yg satu itu. Saya yakin dan komfem, hanya itu je kes yg ada pada waktu kejadian. Saya perhatikan pula nurse lain. Ada seorang nurse lain yg agak chubby dan pregnant sedang duduk di bilik pemeriksaan sedang menulis-nulis dokumen. Lama betul dia menulis, macam rekod klinik agaknya.

Kemudian tidak lama kemudian, seorang lagi nurse berpakaian tidak formal (dia cuti kot), dtg berlenggang-lenggang dan duduk sama dgn nurse yg chubby yg menulis dokumen tadi. Pembaca sekalian, nurse tadi jalan berlenggang dari rumah (kuarters) beliau yg terletak dalam 4, 5 atau 6 langkah (bergantung kepada sempit atau luas langkahan si pejalan itu) di depan klinik desa tersebut. jadi, pada fikiran saya, wah betapa bahgianya nurse ini kerana rumah dan tempat kerja nya sama  dengan jarak ruang tamu saya ke bilik tidur saya sahaja. Pada hemat saya, org yg tinggal sedekat ini dapat lah berkhidmat dgn sebaiknya pada pelanggan.

Dekat sejam saya menunggu. ohh..prihatin betul nurse kurus tu dgn pesakit yg sorang itu. Entah apa lah yg dibeleknya sehingga seorang pesakit pun sampai sejam. Saya yg pada awalnya pergi dlm keadaan sehat, tiba-tiba rasa angin satu tubuh dek kerana menunggu lama sgt. Sampai sungguh hati nurse yg berdua tu melihat saja saya yg hampir pitam dan pengsan ni mnunggu, sedangkan mereka tekun menyiapkan dokumen mereka. Apa lah salahnya mereka stop sekejap tulis dokumen tu, dan entertain sekejap saya?? Bukan apa pun, saya cuma nak dapatkan suntikan tu je.

Saya rasa, sepatutnya semua staff kemeterian kesihatan (termasuk jururawat masyarakat pun) patut mengutamakan pelanggan. macam dah tak ada masa lain nak tulis.

Saya rasa, saya ingin mengadu perihal kelembapan staff2 di klinik desa karambunai dalam melayan pelanggan pada BPA. langsung tak kena dgn piagam pelanggan yg ditampal di dinding klinik tersebut.

2 comments:

  1. salam perkenalan...
    pada hemat saya, buat jer aduan... saya pun ada pengalaman sakit jiwa yg sama dgn servis klinik desa ari jumaat lepas... kalo nak tau citer boleh laa visit my blog mamamia-dila.blogspot.com....

    ReplyDelete
  2. hoho.. masih ada lg kes lembab di klinik karambunai neh. ingatkan zaman nasya dulu je. kadang tu buat sakit ati je pegi sana, 1 pesakit nk kena tunggu smp sejam mmg x berbaloi sgt2.

    ReplyDelete