Thursday, December 23, 2010

.: Makan2 JKE

Kelmarin, 22 Disember 2010, Rabu telah berlangsungnya majlis makan-makan di jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) sempena meraikan 3 perkara sekaligus. Pertamanya, sempena selamat tiba Hj Ismail dari tanah suci Mekah Al-Mukarramah, kedua sempena Krismas dan ketiga sempena perpisahan En Zaharudin dan Pn Nor Farahwahida (saya tu).

Dalam majlis itu juga diadakan meeting. Semua dalam satu. Menu pada petang semalam ialah mee kari yg sangat sedap nyum nyum nyumm...ditempah oleh Pn Suriya dari Pn mastura jab hospotality..teh o panas...dan kueh mueh...

Semua yg hadir mendapat goodies... iaitu berupa jeng jeng jneng..sebuah paper bag yg berisi air kotak soya, jelly panjang serta snek mameeeee...khrrppp!!

Pada majlis tersebut, JKE telah menghadiahkan En Zaharudin sebingkai cermin jati yg berbentuk tingkap, yg memang sgt sesuai sangat digayakan di rumah-rumah Johor, sempena kepulangan beliau ke JB. Manakala Pn Farahwahida pula menerima hadiah berupa set 'Vantage' (hihihi) dan juga barangan perhiasa rumah ala Inggeris memandangkan beliau juga akan pulang ke kampung halaman di Kota London. :p

Majlis ini telah selamat dianjurkan dgn jayanya di bawah kelolaan Unit Kebajikan dgn pimpinan Pn Suriya dan juga rakan-rakan yg lain. Memang pantas, tangkas, cekap dan efisyen. Boss baru bagitahu hari Isnin lepas je, dalam 2 hari mereka dapat siapkan semua persiapan majlis. Suriy...terharu..aku tahu ko penat sangattt.. Terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan-rakan yg bersusah payah menghidupkan majlis yg bagi saya memang agak cepat sgt, tak sangka secepat ini.

Majlis kurang berseri kerana beberapa org wanita penceria JKE tidak ada, iaitu Caroline dan Kak Shamsiah yg cuti bersalin.dan tidak lupa juga Muizz dan Diyana pun tak ada. Kalau ada mereka, mesti tambah ceria.

Hmm..thanx pada Bahril yg berusaha bawa kek dari Damai ..mmg sedap. Mesti Su yg suh beli kek tu..

Terima kasih utk segalanya..JKE!

3 comments:

  1. KEPADA PN FARAH..

    Sejujurnya saya sangat sedih kerana majlis perpisahan itu diadakan dlm jangka masa yg sgt2 pendek dan pengisiannya pula berkongsi dgn isu2 yg lain.. Tidak seperti majlis2 perpisahan yang kita pernah anjurkan ...

    Namun.. apakan daya.. nak susun bilik meeting pun saya x mampu.. baru angkat satu meja saya dah bermengah2an.. Masing2 ada PnP x mungkin saya mahu mengganggu.. Saya dan bahril telah mencuba sebaik mungkin.. 3 hari notis mmg terkujat kami .. hadiah pun x sempat di balut dengan indah..

    MAaafin kami ya dong....

    ReplyDelete
  2. takpe su.. yg penting keikhlasan hati tu hehe. aku plk yg tlg jwb ni ekeke. nnt kita nk mkn kt mana plk farah.. :p

    ReplyDelete
  3. ya betul..tq mrs hardlena kerana tlg jwb. aku sebenarnya spjg majlis tu duk tertanya-tanya, siapa lah lagi org2 yg tolong setting semua tu selain su..sebab tgk yg lain2 semua bz dgn kerja masing2..mmg rs mcm kagum + kesian sgt..sbb i know how tiring it was! I wish I could help... tp Su rahsiakan semua persiapan.

    ReplyDelete