Tuesday, December 28, 2010

.: Kisah budak baling anjing..

Bila anda baca tajuk entry tadi,jgn lupa buat bunyi suara doraemon ye...

Sebelum saya bercerita tentang kisah ini, saya nak kongsi dgn pembaca semua yg saya telah tersilap tentang sesuatu. Saya ada menulis tentang office rules number 1, iaitu Boss is always right..which is totally wrong! Hehehe... Saya dgr Dato Fadzilah Kamsah bgtau dlm TV astro td. Beliau kata, boss selalu salah..bukan saya kata ye, beliau yg kata. Dan para pekerja kena tegur boss kalau boss salah. Tapi beliau tak bagitau pula caranya. kang silap cara tak pasal-pasal cuti tak lulus..heh heh heh...

Okey, kisah budak baling anjing ..begini kisahnya...

Pada petang kelmarin, selepas thumb print out, saya seperti biasa akan menunggu suami saya yg tercinta lagi kacak bergaya untuk menjemput saya dari office. tetapi hari ini, saya menunggu di anjung tangga jabatan awam sebelah sana, sebab kat bawah jabatan saya berlinangan air dari pembetungan yg entah bila nak disedut oleh En Ban tu.

Semasa saya menunggu di sana, ada seekor anjing hitam yg agak berkurap disebelah saya tumpang berteduh. Tempat saya agak tinggi dari laluan jalan raya. Senang saya nak tgk kalau-kalau suami saya yg kacak itu telah tiba. Sedang saya menunggu dgn tangan sedikit menggigil kerana saya rasa saya punya penyakit darah rendah ingin datang bertamu, ada 3 org pelajar lelaki melewati jalan tersebut. kedudukannya agak jauh di simpang. jauh dari saya dan juga anjing itu, dalam sepelaung jaraknya. Tiba-tiba saya nampak seorang dari pelajar itu mengutip batu sambil memandang saya dan anjing. Processor saya terlebih dahulu sudah mentafsir, budak ni tak dak keja lain, dia nak baling anjing tu supaya anjing tu terkejut lalu saya akan jadi gelabah. Tekaan saya memang benar. Budak itu telah membaling anjing hitam yg agak berkurap tadi dgn batu tadi, lalu seperti dijangka anjing itu terus terkejut kaget, lari lintang pukang  hampir hampir mengena saya! tapi, saya maintain cool..sebab saya dah boleh agak, anjing tu akan lebih terkejut bila tgk saya berdiri di situ, dan akibatnya dia akan terus lari ke tempat lain. Allah telah melindungi saya.

Sakit juga hati saya ini bila melihat kawan budak yg baling tadi senyum-senyum pula melihat saya yg tidak bereaksi apa-apa, malah maintain dgn memegang botol air dan beberapa kertas di tangan..mata saya merenung mereka tajam, sehingga tak seorang pun mampu memalingkan muka lagi pada saya. baru saya perasan, saya tidak memakai tag pensyarah. Agaknya mereka ingat saya ni student kot? Dan sewenang-wenangnya nak tgk saya menjerit dan jatuh longkang besar kat depan tu???

Panas betul hati saya. tekanan darah saya yg rendah tadi naik sikit. Tangan saya yg menggigil lemah kini menggigil menahan marah. Ketika itu saya berdoa semoga budak bertiga itu akan jatuh longkang besar, atau pun tiba-tiba tersadong batu , atau kayu lalu jatuh tertonggeng. Ahhh..itu belum cukup.

Suami saya yg kacak akhirnya tiba. Dengan sepantas kilat (sambil belum tutup pintu kereta lagi) seperti Inspektor Aliza dalam gerak khas, saya cepat-cepat mengarahkan suami saya yg kacak itu agar segera mebgejar 3 budak tadi yg hampir-hampir hilang dari pandangan menuju ke asrama. Suami saya yg kacak itu cepat-cepat menggunakan skill nya mengejar... pada masa itu terbayang di fikiran saya apa saya nak buat nanti. Saya akan buka tingkap grand livina saya itu, dan mengeluarkan tangan saya yg menggigil ni, tarik baju budak itu sambil berkata "hoi budak!! kurang ajar ek ko! ko tak kenal aku saper???" dan saya akan menyepak muka budak itu sambil menarik kepalanya masuk ke kereta dan kemudian saya akan mengepit kepala  budak itu dgn tingkap kereta saya. huh...geramnya...dan saya akan amik kad matriknya, dan saya akan buatkan dia dibuang asrama, sekaligus digantung pengajian.

Erkk..alamak,.tiba kat bdak tu, dia jalan di sebelah kanan jalan pulak. Ah tak kisah lah. kanan pun kanan laaa... Saya minta suami saya yg kacak buka tingkap sebelah pemandu pula. Suami saya berhenti betul2 seinci dari sisi budak itu. Agak terkejut budak itu melihat saya terjojol dari tingkap kereta grand livina saya tu. Saya tarik nafas dalam-dalam... dgn sekali lafaz dalam satu nafas saya jerit " hei! kenapa kau baling anjing tadi???? kamu sengaja kasi takut saya ya??  kalau dia lari langgar saya macam mana?????!!" saya bagi peluang dia bercakap.." tak puan, maaf puan..saya tak maksdu begitu. anjing tu kasi takut saya tadi".

Sah budak tu bohong. Kat sabah ni, anjing takut orang, bukan anjing serang org. Lepas tu, apa hal pulak anjing tu nak takut dia, dah sah-sah anjing tu jauh dari dia, duk sebelah saya.

Saya fikir sejenak (dlm 2 saat), malas saya nak bergaduh dgn budak itu. Budak itu tak boleh buang masa saya lagi. lalu tanpa sebarang kata maaf, saya beredar... saya tinggalkan dia dgn rasa bersalah. Mungkin dia tak lena tidur semalam. Saya langsung tak ambil nama budak itu, dan saya juga tidak mau amik tahu dia pelajar kelas mana. Tapi wajahnya saya tak mampu lupakan. Mungkin kalau saya jumpa lagi saya pasti akan jeling dia tajam-tajam. Saya harap saya akan segera lupakan budak itu.

Saya masih berharap budak itu jatuh longkang.

1 comment:

  1. hhahaha entry yg comel...hehehe marahnyer dier..kekeke..

    ReplyDelete