Saturday, November 27, 2010

.: Tentang Putera dan Puteri... di LCCT

Walaupun mama sgt anti dgn airasia dan Low Class Carriage Terminal (LCCT) itu, mama terpaksa redha juga, sebab dah itu yg di bagi oleh pihak majikan.

Terbang dari KK, sampai di KL dah tengahari. LCCT sangat panas. Dengan sesaknya, ramai org, tak cukup kerusi, kalau bangun saja, komfem ada la org datang duduk. Kotor pula, ye lah, bila dah ramai, macam-macam pe'el. Paling tak suka tgk rombongan yg bersari, dari india kot? Rasanya, India Malaysia tak la mcm tu. Ni India original ni, berkampung buat bulatan duk makan..bersepah..kat tengah balai pulak tu.
Aircond pun mcm tak rasa, berpeluh nak tunggu filght seterusnya ke KB pula. Kesian tengok Wafiy yg mula kerengsaan, tak tahan panas. Maryam pun tak selesa, asyik menangis nak melepaskan diri saja, tak mau dipegang. Pantang dilepas, Maryam nak lari...saya risau dia hilang. Mana le tau,dalam ramai-ramai org tu ada yg merangka strategi kan?

Jadi, saya rasa, perjalanan di siang hari sgtlah tidak sesuai jika anda berniat untuk transit di LCCT bersama anak kecil.

Perjalanan pulang dari KB ke KL, dan KL ke KK pula tak bermasalah sgt, sebab perjalanan adalah dari petang ke malam. Jadi, masalah panas tak timbul lagi. Saya pun selesa, sbb rupanya di LCCT tak ramai pula org malam-malam. Lengang sikit berbanding siang tu. Nak lepas Maryam berlari-lari pun agak tenang sikit sebab dia boleh dilihat dari jauh pun. Orang dah tak ramai. Kerusi pun banyak. Boleh main pindah-pindah lagi. hehehe....

Maryam si jinak merpati. Sangat tak suka bila org mengagah dan mengushar untuk ambil dia. Tapi, bila org buat tak tahu, baru dia nak ajak berbual.

Maryam mengushar seorang Chinese Lady yg tekun membaca. Maryam menyapa .."hey..."..Aunty tu jawab "Halo.." Dia pun jawab juga.."Halo..." lepas tu bila aunty tu mula nak sentuh pipi dia, dia pun lari..sambil mulut masih duk ulang.."Halo...halo...halo.."

Maryam juga suka mencuit org yg sedang ralit. Di atas dukungan babah, sempat dia cuit seorang pkcik yg sibuk duk cari boarding pass...cuit dan senyum. Hehehe... teringin juga nak tahu, macam mana sebenarnya perangai Maryam bila mama dukung dia. Lalu, masa babah dukung maryam di airport, mama perhatikan dari jauh. Hmm..wah wah wah..... sana sini dia duk tegur..lambai...cuit.... Tapi bila org dah senyum balik, dia buat gaya lentok kat bahu babah pulak, gaya tak bersalah.

Wafiy pula tak habis2 bertanya..kenapa? Apa? mana? memang suka bercaaaaakap je... pening juga nak menjawab soalan wafiy ni. Umur macam ni la otak dia mula nak explore. Wafiy ni suka explore dgn cara bertanya..sebab dia jenis tak suka kotor kot? Kalau selamat baru dia cuba. Dulu wafiy suka kucing. Tapi sekarang wafiy tak nak main kucing, dia cakap "tak boleh sentuh kucing, bulu dia kotor..."

Saya sgt berharap, lepas ni saya tak akan naik airasia lagi.

No comments:

Post a Comment