Monday, November 29, 2010

.: Saya dapat subjek baru..

Semester baru bermula kembali...

Seperti biasa, perkara pertama kita cek, yeee....jadual waktu mengajar.

Alhamdulillah, subjek-subjek lama masih dikekalkan, dah tak ada yg sudi nak amik subjek saya ... hehehe... Tengok-tengok, ada kod subjek yg tak berapa nak familiar. Huh..subjek baru.. tapi saya suka subjek ni. Ni memang subjek favourite saya nih, Programming. Tapi programming yg basic je nih, budak sem 2. Tapi sebenarnya, yg basic ni lah yg saya dah lupa ni. Asyik ngajar yg advance je, sampai yg basic boleh bikin saya tak keruan.

Jadi tadi saya dah menjenguk silibus subjek baru tu sedikit sebanyak, dan telah buat sedikit homework. Tadi gi library, pinjam 2 biji buku, menambahkan lagi koleksi pinjaman yg sedia ada. Hehehe.... si dayang library tu perli ke serius ek? Dia cakap... "Farah, kau pilih lah tarikh yg paaaaling last ko mau antar... kalau tak hantar juga lepas time tu, aku denda la aaa....." Hihihi... tak terasa punn... Sambil pinjam 2 biji buku tadi, sempat renew buku yg pinjam 2 sem lepas tak hantar-hantar. Hehe..memang patut dia sound saya. Nasib saya tak kena denda pun sukuur lah nak.

Pulang dari library, saya jenguk proses pendaftaran di Dewan Raflesia yg gah itu. Niatnya nak jenguk En Siddiq duk mendaftar pelajar, tiba-tiba jadi pegawai disiplin pula. Menegur petugas yg pakai menyalahi kod etika. Student senior lah tu..bila dah senior, mula nak pakai jeans ketat..jeans longgar pun tak boleh, ini pula jeans ketat. Jadi saya tak ada lah sound lebih-lebih..ayat saya sangat sopan lagi santun berbudi bahasa..bak lagu yg siti nurhaliza nyanyi..budi bahasa budaya kitaaaaa....hak....! heheheh

Sedang saya menulis ni, siku kiri saya tengah bertongkat atas 2 biji buku yg saya panas-panas baru bawa naik opis ni. So, saya sekarang tiba-tiba ada mood nak membelek apa patut, buat sedikit persediaan sebelum memulakan kelas. Senang saya nak menggoreng, cukup rasa....tanpa menggunakan maggie cukup rasa khatijah ibrahim pun.

Adios...

No comments:

Post a Comment