Tuesday, November 9, 2010

.: Sakit leherku... mengurutlah di MSJ Urut Tradisional

Amaran keras... jgn mengurut dengan org yg belum tentu pandai mengurut..especially bahagian leher.

Kisahnya bermula minggu lepas. Seperti kebiasaan, malam-malam hari, saya breastfeed sepenuhnya bayi saya yg dah besar panjang tu, Maryam Raeesa, 1tahun 5 bulan. Satu pagi, dek kerana posisi breasfeeding saya yg agak terlampau, saya mengalami rasa lenguh-lenguh di kawasan leher. Saya tahan saja, sambil saya gosok-gosok sendiri. Dua tiga hari juga saya rasa tak selesa di leher kiri saya tu. baru lah saya mengambil keputusan untuk pergi berurut dgn tukang urut favourite saya, Kak Mainah.

Kak Mainah adalah seorang tukang urut wanita yg masih muda, dalam lingkungan usia awal 30an yg menjalankan operasi urut-mengurut di sebuah rumah urut bernama MSJ Urut Tradisional, di pekan Menggatal (mmg sungguh pekan tu nama dia Menggatal). Beliau berketurunan kadazan-dusun, kecik-kecik, gebu-gebu orangnya. Sungguhpun beliau masih muda, saya sgt kagum dan menyenangi teknik urutan beliau yg sentiasa tepat dgn kehendak saya. Beliau mengurut di sebuah rumah urut yg saya konfem bebas dari segala aktiviti tidak bermoral. Tapi, kadang-kadang telinga saya terdengar juga orang lelaki di urut pengurut wanita di tirai sebelah. Namun, saya yakin, hanya aktiviti urut-mengurut yg sebenar sahaja berlaku. Kalau tak, dgn saya sekali kena cekup... tak dapat saya bayangkan, masuk paper "Seorang pensyarah wanita politeknik kota kinabalu antara yg ditahan..di rumah urut menggatal" ...Ngeri!!

Semasa saya diurut dgn kak mainah, saya cuba kelentong mengatakan saya bru saja sakit leher tu. tapi dia berjaya mengesan bahawa saya sebenarnya sudah berhari-hari sebenarnya sakit leher.Lalu beliau pun menggunakan teknik-teknik urutan yg agak mengkagumkan. Walaupun leher yg sakit, dia tak terus terjah leher. Namun, di urut dulu belakang, hujung bahu, ketiak, lengan dan dada. Memang best sgt. Yang penting, kak Mainah ni tak akan serang tempat yg sakit dan memaksa saya untuk menahan sakit. Dia pandai tarik urat yg betul. Saya tak pernah rasa takut berurut dgn beliau. Selesai sahaja berurut, sempat dia bisikkan pada saya.. "Sekarang ni sudah naik harga... sebab sewa tempat ni dah naik"... sepanjang berurut di sana, dah dua kali saya mengalami peristiwa naik harga. jadi, hari tu, saya membayar RM25 untuk urutan bahu dan belakang. Yang paling penting, saya kembali boleh berpaling... hehehe..

Selang tak sampai 2 hari, leher saya yg sebelah kanan pula terkehel, disebabkan saya asyik beratkan sebelah kanan nak kasi leher sebelah kiri recover. Dengan sedikit pengalaman berurut dari kak mainah, saya minta suami saya yg mithali itu tolong urutkan. Lain yg diharapkan, lain pula yg jadi. Keadaan menjadi semakin teruk. Kali ni, saya bukan setakat sakit leher dan tak mungkin berpaling, malahan saya tak boleh tunduk sekalipun. keadaan lebih sukar bila pergerakan solat saya jugak terbatas... ye..saya kan org islam... solat tak tinggal..hehehe...

Hari itu hari Sabtu. Rumah urut MSJ tutup. Penasaran betul rasanya. Lalu, saya tanpa berfikir panjang, telah mengajak kawan saya, Yatt yg saya tulis dalam entry kemarin, untuk memandu kereta saya ke rumah seorang tukang urut yg kononnya seorang bidan. Yatt sebenarnya mempunyai sebuah kereta, tapi kereta beliau mati road tax. Sebab tu beliau pandu kereta saya. Sesampai saja di rumah urut itu, saya pun mula la bagitau masalah saya. Tukang urut tu berasal dari negeri yg sama dn saya, kelantan. Senang saya speaking. Maka bermula lah episod ngeri saya. Saya sepatutnya dah boleh agak, org kampung saya kalo mengurut memang begitu ler kekdahnyer..suka sangat tekan-tekan yg tempat sakit tu. Makin sakit makin ditenyeh...ditenyeh..ditenyeh.. rasa nak tersepak je..tp saya sabaaaaarrrr...Tukang urut tu agaknya kalau boleh dia nak genyeh dgn tapak kaki dia agaknya? Nasib kat leher. Dia tekan dgn tangan le. Tapi memang tak tahan sangat lah mak, nyah!! Terpaksa saya tipu dia, dgn mengatakan bahawa, sakit leher saya dh hilang. Huhu..tak tahan! Sudah saya bayar makcik tu RM25, saya pun pulang lah dgn berlakon agak sihat..padahal...huh...sakit ko!

Balik saja rumah, saya rasa koho berat. Semakin parah. Saya rasa bahu saya semakin berat dan membengkak. Agaknya, kalo saya terus bertahan diurut makcik tu, jadi apa la agaknya leher saya. Kesokannya, hari Ahad...terus saya ke MSJ, cari kak Mainah. Kali ni saya bermanja pula dengan Kak Reen yg kebetulan tak ke mana-mana. Bagus tul kak reen ni, duk umah je. Besok dah kawin ni, memang mitali nih. Dengan bantuan kak reen, berjaya saya sampai ke MSJ untuk bertemu kak Mainah. Terkejut beliau melihat bahu saya yg sudah bengkak. Beliau tak boleh buat apa-apa, cuma urut-urut ringan saja. Saya terpaksa tunggu sampai bengkak surut barulah datang balik. Walaupun beliau cuma urut ringan, sekurang-kurangnya, kelmarin saya mampu juga menaip tentang sahabt saya Yatt. Sekarang ni semasa saya sedang menaip, saya masih belum boleh menoleh ke arah kiri kerana seolah-olah ada urat 'terik' di bahu kanan saya.

Saya rasa, besok boleh lah kot saya kembali berjumpa dgn kak Mainah untuk dibetulkan apa yg tak betul.
Moral of the story, kalo tersalah leher/ tersalah bantal, jgn sesuka hati minta urut dgn org2 yg kita tak biasa. Dan satu lagi, saya rasa, kekdah urutan org kampung saya memang tak ngam dgn saya. Saya tak suka urutan keras. Mungkin diorg yg urut keras tu sebab tak tahu mana punca urat...sebab tu duk pulun gosok tempat yg 'berangin'/ berbiji tu ... gosok ler sampai hilang rs berbijik... hmm...dua kali subuh belum tentu baik terkehel aku..

3 comments:

  1. tq, nnt saya cuba p cari itu tampat

    ReplyDelete
  2. Tq, baru prgi burut tadi.
    Dah 2 minggu susah nak menoleh.. jeritan demi jeritan memang keluar dari mulut saya kerana urutan mengenai point2 yg sakit.. ketika saya masuk, serong gadis berkata kepada yg lain "oh ada customer lelaki"..kemudian seorang tukang urut lelaki menunjukkan bilik urut untuk rawatan..
    Selepas diperiksa dia kata"kamu angkat barang terlalu berat..buat masa ni janfan angkat berat2..

    Syukur la, selesai rawatan abang tu kata rm15 jer lah.. memang berbaloi danleher pun lebih selesa.. recomended..

    ReplyDelete