Saturday, November 27, 2010

.: Kembali ke Kota Kinabalu

Alhamdulillah, percutian kami ke kampung halaman (yg bukan di kampung pun) berakhir dengan selamat. Kali ni, ada sedikit kelainan dari segi jadual penerbangan. Entah kenapa Babah beli tiket naik petang dari KB dan tengah malam ke KK. Jam 12 tengah malam baru cecah landasan KK.

Saya tak maklumkan kat sesiapa pun kawan-kawan di KK bahawa kami akan pulang semalam. Sebab dah tengah malam, kesian pula nak minta orang datang ambil. Plan nak ambil teksi saja. Tapi petang sebelum check-in dari KB ke KL, Cik Yatt (yg pernah saya tulis dalam entry sebelum ini) call, tanya bila balik. Awal-awal terus cakap kat dia, tak pe jgn risau,tengah malam sampai amik teksi je. Dgn nada sedikit marah, cik yatt berkeras nak amik juga. Huhu..terharu mak.... Thanx yatt...

Punya lah gigih yatt. Start enjin Livina babah tak hidup, diusahakan pulak cari kereta lain. Menambahkan keterharuan saya... Bateri livina tu agaknya dah nak tamat tempoh kot, cuti 2 minggu dia dah merajuk tak nak hidup. Nasib baik pagi tadi Babah dah ejas apa patut...dapat la bawa Wafiy jalan-jalan bersama Maryam.

Wafiy ketiduran sepanjang perjalanan pulang dari airport ke rumah. Sedar-sedar saja pagi td, dia tersengih.."eh kat mane ni? Waa..rumah kite???" Terus dia keluar bilik tido dan menjengah bilik permainan dia. Gaya dah macam mak rindu kat anak-anak. Semua mainan dipetik... rindu sungguh nampaknya.

Sempat dia cakap "Wafiy seronok balik rumah kita...."

Hmm... macam mana la agaknya bila dah betul-betul pindah ye???

2 comments:

  1. haaa akhirnya balik jugak menantu mak ni yer.. 2 3 ari lps balik ke kg aritu ari2 nasya duk tanya. smlm balik dari labuan nampak pintu sebelah terbuka terus muka ceria tanya wafiy dh balik ke. tak dan nk masuk umah sendiri dh bg salam umah sblh hehe..

    ReplyDelete
  2. haih..nasya ni mmg dah ceredik, dah memahami erti friendship... wafiy masih lagi main2... tak ada lah pulak dia nak rindu2 nih...maaainn aje. tapi kalo tanya, dia cakap juga rindu. hihihi... tak sentimental langsung. tu lah nasya bawak diri ke labuan.

    ReplyDelete