Monday, November 1, 2010

.: Blogs I follow...

Di masa lapang, saya gemar membaca blog rakan-rakan maya. Ada juga blog rakan-rakan real yg saya follow.

Rakan-rakan sekalian, anda nak tahu apa persepsi saya tentang blog anda semua? Sepertimana anda semua yg bebas berpersepsi tentang blog saya, saya juga begitu. Nama pun persepsi, tapi tak semestinya begitu. Ye dak? Kalau salah persepsi saya ni, mintak maap le...

Kita mulakan dengan blog yg teratas dalam senarai blog teraktif di ruangan My Friends' Blog pada blog saya ini...
1) kak Rin... "rasa ingin bercerita" tajuk blog dia... mengisahkan seorang pendidik wanita yg masih single, yg cekal mencari erti kebahgiaan dengan seredhanya. Blog beliau sarat dgn cerita tentang usaha, erti kasih sayang, kejayaan..kecekalan. Blog yg agak skema, memang blog seorang guru lah. hehe.. jgn marah ye kak rin.

2) Fendi's "The Republic of Effendisme". Tengok nama tajuk blog pun dh tahu... Blog nya sarat! Wah..kalu nak membaca, kena get prepared dan tahu sedikit sebanyak latar belakang penulis, baru paham. Empunya blog juga masih single...hidup dalam dunianya yg sarat dgn impian dan kejayaan. Sgt menghargai sebuah perhubungan dan syg sgt maknya... Sarat juga dgn konflik diri yg agak minima, kerana penulis blog ni seakan tidak terkesan dgn sebarang konflik diri dan terus mengejar dan menggapai impian. Penulis blog seakan sepi. Namun buat-buat tak sepi? Masih mencari kepuasan hidup sebenar. Hmm... tatkala membaca blog beliau, hati kecil selalu bertanya..cemana la rupa bini dia besok? harap2 menghormati org tua la hendaknya.

3) Hardlena's "Home Sweet Home" adalah antara blog yg saya suka sgt baca. Penulisan santai. Tak terlalu ilmiah. hehe... penulis blog ni jiran guwe.. Sesuatu yg menarik tentang beliau, beliau rajin amik gambar dan rajin pulak upload gambar, menambahkan lagi perisa! Gambar-gambar beliau juga sgt cantik, lengkap dgn watermark. Blog beliau boleh saya katakan sebagai blog yg sgt luhur, lahir dari hati seorang isteri yg gila-gila, ibu yg supporting, dan kawan yg pandai jaga hati..tak lupa juga, seorang secretary yg nakal. ngehehe.... seorang usahawan yg risk-taker. I minat lah kt penulis nih. Blog yg sgt feminin. I like!

4) Suriy's "Kenangan Indah Tercipta"... Blog yg banyak bermain dgn emosi. Penulis selalu berjaya mengheret aku menyelami emosinya. Namun, dia tak heret sampai ke dasar. Bila kita nak ke dasar je, kita akan ditarik balik terus masuk umah..hehehe. Penulisan yg misteri. Sukar menyingkap hati penulis ini. Penulis suka membiarkan pembaca berteka teki teka tekup (atau aku yg kurang sensitip dgn apa yg beliau maksudkan?) Banyak berkisar tentang suka suki alam rumahtangga beliau..walaupun sebenarnya byk berkaitan diri beliau sendiri, contohnya, beliau dan alam pejabat beliau.

5) Pakku's "Ceritera Pakku".. blog ilmiah yg amat. Penulisan beliau byk tentang pengamatan beliau. Juga perkongsian ilmu beliau yg kadang-kadang tak terlayan olehku..hehehe. Kalau baca blog ni, kita biasanya dibawa oleh penulis untuk berfikir sejenak. Teringin juga nak menulis macam beliau. tapi selalunya, saya tak akan larat menulis seperti beliau.

6) Ada satu lagi blog yg tak ada dalam senarai "My Friends' Blog" yg saya selalu tak ingat nak add. Iaitu blog http://jankaulu.blogspot.com/. Blog seorang pensyarah lelaki yg agak berusia namun belum berumahtangga dek kerana frust dgn seseorang yg meminati Sharifah Aini dgn mendalamnya. Blog beliau byk melukiskan kesepian, kekecewaan, kedukaan yg lara... walaupun penulis blog ni pada asasnya seorang yg sarat dgn sense of humor. Blog beliau mendatar...blog org veteran begitu kut? Tak ada sgt luahan emosi yg mencurah-curah mcm blog para ibu yg stress dgn pe'el anak-anak, ataupun blog para remaja yg asyik masyuk bercinta. Kadang-kadang agak ilmiah, namun kesudahannya pasti dikaitkan dgn hidupnya yg lara...

Sekian dulu dapat saya kongsikan blog-blog yg saya follow.

Kita bertemu lagi dalam edisi akan datang.

Ape? Blog suami dan blog saya sendiri? Eh... takkan nak tulis pasal diri sendiri pulak.. maybe in the next post I will write about it...heh heh heh

7 comments:

  1. tq farah sbb sudi jenguk blog kak rin....

    ReplyDelete
  2. Tq Farah.. ku sungguh terharu dengan sokonganmu!! *dia x tau yg kiter pun skodeng blog dia setiap kali ada entry baru... hahaha

    ReplyDelete
  3. haha.. ko kan buat i malu je.. :p
    appreciate sgt2 sbb sudi menjadi pengunjung blog i yg setia.
    anyway i pun pemollow blog u yg tegar jgk.. mesti taknak lpskan peluang membaca klu ada entry terbaru..
    happy blogging ya.. :)

    ReplyDelete
  4. Lucu la ko ni farah.. ada je idea nak memblog..
    Penulisan yg misteri?? ekekeke..

    Ekekek aku rasa blog tu dah nak dihapuskan daaa..

    ReplyDelete
  5. kak rin: sama2 la kak rin.. nak harap kak rin bercerita, ntah bila. baca je blog lagi senang..heheh

    Fendi: oo.. u skodeng i ye? nampaknya terpaksalah i menambahkan penulisan berunsur ilmiah and research pulak..:p

    halen: haha..sebab tu la i terpaksa tulis blog hari2 supaya u tak meroyan lagi kat ofis dgn kawan2 ofis u..hihi... asal tension je, baca tazkirah kat blog i.. ekeke...

    suriy: ala..jgn le dihapuskan..aku mmg suka baca cerita alam misteri ... kenangan indah seharusnya terus tercipta...berkembang gituh!

    ReplyDelete
  6. thanks kerana ada membaca blog saya,

    saya suka membaca blog ini, dapat saya melihat kehidupan yang berlainan daripada saya...

    semoga sihat sekeluarga

    ReplyDelete
  7. blog akak x msuk dlm list u la yang..haha..
    (kategori mls nk update).. :D

    ReplyDelete