Friday, October 1, 2010

.: Perhimpunan Bulanan Staff Oktober 2010 Anjuran Jabatan Kami

Tanggal 29 September 2010, giliran Jabatan kami pula menganjurkan perhimpunan bulanan staff. Sebenarnya, tarikh tersebut telah beberapa kali ditunda, dari sebelum raya lagi.

Semua staff JKE melibatkan diri dalam persediaan perhimpunan tersebut. Antara persiapan yg telah dibuat adalah menentukan siapa pengacara majlis, menentukan AJK menyiapkan slide, AJK susun atur dewan, AJK siaraya, AJK kebersihan, AJK maklumat staff dan aktivit staff sana sini.

Persiapan dilakukan secara teamwork. So, kerja-kerja yg banyak tak terasa sangat. Masing-masing berusaha buat terbaik dan termampu supaya segalanya berjalan lancar.

En Din telah ditugaskan buat slide. Memang mantap slide En Din. Malangnya, petang sehari sebelum majlis tu, boleh pulak komputer beliau diserang virus! Tapi, En Din maintan cool. Dalam sehari saja beliau mampu menyiapkan jua slide tersebut.

MC pula dah berkali-kali juga tukar nama. Asalnya nak Bahril dengan Farah Asyikin, tiba-tiba cik farah tu kursus pula. Pastu nama Muizz pun ada naik juga rasanya. Ntah mcm mana tiba-tiba pn Suriya kita pula yg jadi MC, bersama Bahril. Wah...nampaknya pilihan juri tidak sia-sia. MC berjaya membawa peranan pengacara majlis yg terbaik. Kenapa terbaik? Ya, mereka dinobatkan pengacara terbaik oleh saya (hehehe) kerana berjaya mengharungi cabaran getir bila diuji dengan masalah teknikal. Tahniah lah pada Pn Su yg berjaya maintain ayu dan cool gituh, walaupun saya tahu gegaran gemuruhnya sangat dasyat, sehingga memutuskan sandal vogue yang dipakai hari tu. hihi... Apa pun, yg penting, tak ada orang tahu sandal ko putus Su.... Bahril yg turut sama meng'cool'kan keadaan berjaya meredakan keadaan dengan kemanchoan beliau terpacak di hadapan dewan. Nasib baik MC handsem... hehehe.

Apa masalah sebenarnya? Ya, masalah teknikal? kenapa ia terjadi sedangkan kami sudah raptai. Raptai penuh, raptai separuh semua dah. Semuanya tak ada masalah. Elok-elok VIP masuk je tiba-tiba projektor jem. gambar hilang-hilang. Hmm..mesti ada VIP yang ada aura-aura tertentu yg boleh mengganggu signal elektronik nih tak???

Tambah menyemarakkan semangat audien untuk mem'boo' pihak penganjur bila boss besar bangun dan berjalan ke arah laptop yg siarkan slide tu, dan menggodek-godek laptop tu pula. Gaya macam boss besar pula nak setting sistem siaraya tersebut. Wah..wah..boss besar dah turun padang...nampak sungguh teruk sekali penganjur ni kan??

Tapi,ada tak sesiapa pernah tertanya, apa beliau buat kat situ? Huh..sebenarnya..beliau tak buat apa pun, jauh sekali nak tolong godek-godek baiki apa patut. Beliau cuma bukak internet cek email beliau je rupanya. Hmm..saya rasa, boss besar saya ni patut beli i-phone ler...ataupun blackberry. Ke dia dah ada??

1 comment:

  1. huhu itulah nama nya

    "Kita hanya merancang.. Tuhan yg menentukan.."

    Hahaha next time.. aku xkan jadi mangsa lagii ekekekeke...

    Aku jd cool sbb sebelah aku ada MC ensem.. ensem la konon.. akakakka...

    ReplyDelete