Thursday, October 28, 2010

.: Kenapa saya tak suka MLM?

Namakan apa jua MLM.. sepanjang yg pernah saya jumpa, sama saja konsep dia. Piramid. Win-win situation.

Saya juga adalah Manager dalam sebuah MLM terkenal. Tetapi, saya tak aktifkan diri setelah mendapat title manager.

Saya benci dipaksa, dan saya benci diprovoke, atau dibakar atau apa saja perkataannya. Saya benci mendapat sms dari upline yg bersungguh-sungguh mengajak saya berkongsi / bercerita / berkempen / berjual produk syarikat. It's just not me.

Kalau saya nak berbisness pun, saya lebih suka buka kedai, org nak beli, silakan. Orang tak nak beli, buat apa nak paksa. Memang lah dalam MLM tak memaksa orang beli dan jadi member, tapi kadang-kadang upline punya signal seakan mendesak kita kumpul point jualan dan downline. Saya tahu, point saya tinggi, point kalian juga naik.

Dan saya juga tak suka bila dikritik tidak mahu berusaha. Kalau saya surirumah sepenuh masa, tidak terikat dengan membesarkan anak, tidak terikat untuk melayan suami, alangkah bebasnya. Tapi, saya ni government servant, isteri dan ibu. Tak ada kuasanya saya nak buat part-time malam-malam jumpa customer (yg ntah-ntah menyumpah dalam hati menyampah tengok saya membazirkan masa dia) nak explain psal produk yg belum tentu dia minat nak dengar.

Dan saya paling tak paham, org yg berbisness ni (especially yg berkeluarga), dia cakap, dia buat ni semua (korban masa dan tenaga) segalanya demi keluarga. Sebabnya, asik duk tayang harta benda yg dia kumpul je. Anak-anak membesar cuma sekali saja. kalau masa dia membesar tu selalu ditinggalkan (dah la siang dah ditinggal sebba kerja, malam sebab nak bisness), habis tu masa mana dia kenal mak dia. Masa tu, kalau mak beli stroller harga RM10k ke, pakaian berjenama beli kat overseas pun, semua tu tak bermakna. The children need their parents.

Lagi satu, dalam bisness MLM, orang yg paling atas adalah sgt untung..sebab dia dah boleh kaut yg downline bawah-bawah ni. So, kalau nak masuk MLM ni, kena tgk juga, kat tempat kita tu dah ramai belum join. Kalau semua dah join, siapa yg nak jadi customer? Terpaksa lah kita keluar dari kawasan kita. Upline mmg kelihatan sgt membantu..sebab dia memang kena tolong untuk maintain income. it's a win-win situation u see! Sebab tu ada upline yg marah downline yg bagi byk alasan. Hello, nasib baik downline bg alasan je. Kalau dia bg penyepak?? Nak je cakap PLEASE JUZ LEAVE ME ALONE! Ko nak meniaga ko meniaga je lah! Hehehe..tapi tak sampai hati , kan?

Jadi, tolong lah, jgn paksa saya berMLM. Saya paham, anda nak saya aktif supaya saya dpt income, dan anda pun dapat juga. Tapi minta maaf , saya boleh beli produk untuk saya sendiri pakai /makan..nak cari orang untuk buat macam saya, itu rezeki. Ada yg sendiri cari saya, saya tolong. yang tak nak, biar lah. Mereka ada priority mereka sendiri..seperti saya.

2 comments:

  1. haha.. jgn2 main2 wooo dgn biz mlm ni. dia punya ayat kalah bizman tau. semua angan2 tinggi menggunung ekekeke

    ReplyDelete
  2. angan2 tu semua boleh dicapai, bergantung pada usaha dan rezeki kita. hehe.. saya tak de lah sampai nak ke situ. Juz nk bgtahu kebaikan produk2 yg saya kenali dlm MLM tu, yg memang guna sampai sekarang. Kualiti produk mmg tak perlu dipertikai, kalau lh harga produk tu murah, rsnya ramai je yg beli.

    Yg tak tahan masa buat MLM ni kan, bila kita cerita pasal produk (as suggested by upline), kwn2 yg tak minat tu buat2 minat, dan buat2 nak beli... padahal mmg tak nak beli. Apa salahnya bgtahu direct je, tak minat, tak ada duit dan tak nak beli. Buat dosa je. hehehe... That's why i stop telling people about products that i consume.

    ReplyDelete