Saturday, October 16, 2010

.: Kejayaan besar buat PKK...dan pasukanku

Alhamdulillah, segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t yang telah memberkati perjalanan pasukan PKK ke pertandingan inovasi bahan P&P berbentuk multimedia peringkat kebangsaan.

5 pasukan Poli KK telah berjaya mewakili Zon Borneo setelah berjaya menewaskan pasukan Poli Kuching pada peringkat zon borneo yang lalu. 5 pasukan tersebut adalah pasukan JKA (Ernie, Raub, Rusdi)JKMekanikal (cik yatt dan kak ida), JMathSainsKomputer (Azilah dan Kak Azrin), JHospitality (Chef Saipul, Razhan dan Kak Yana), dan pasukan saya JKElektrik (Haidie, saya dan kak sham)

Kelima-lima pasukan yg mewakili borneo ini telah berjaya merangkul kejayaan yang amat bermakna apabila pasukan JKA dan pasukan saya JKE dinobatkan sebagai Johan kategori, JH mendapat tempat kedua kategorinya, dan JMSK serta JKM masing-masing berjaya mendapat tempat ketiga kategori masing-masing. Apa yang lebih mengejutkan dan semestinya membanggakan buat PKK apabila pasukan JKE telah menang anugerah khas pilihan juri sekaligus memberi makna, kami lah juara keseluruhan pertandingan tersebut.

Johan setiap kategori menerima wang tunai berjumlah RM2000, tempat kedua menerima RM1000 dan ketiga menerima RM700.. walau tidak selumayan mana, namun kejayaan itu sangat bermakna bagi setiap pasukan yang bertnding.

3 comments:

  1. TAHNIAH pn FARAH & RAKAN2....

    KOMPEM 44 dah ni.. ekekek

    ReplyDelete
  2. wow...hibatnya JKE@PKK!
    TAHNIAH!!!hangpa memang layak menang...

    ReplyDelete
  3. congratz farah..
    x sia2 perjalanan yg jauh meninggalkan suami dan anak2. hadiah tu ble la cover spek baru kan hehe..

    ReplyDelete