Monday, October 18, 2010

.: Coretan kemenangan

Waah..bila dikenang kembali perjalanan kejayaan pasukan inovasi dari PKK ni, huh, agak kontroversi. Dengan kekangan bajet dari jabatan, kami terpaksa mendahulukan wang kami sendiri untuk membeli tiket kapal terbang ke KL untuk bertanding. Belum claim lagi ni.

Pertandingan berlangsung di Hotel Gold Course, Klang pada 12-14 Oktober 2010. Asalnya kami sepatutnya bertanding di Hotel Grand Bluewave Shah Alam... juga atas kekangan bajet, ke Klang akhirnya kami. Tak pe lah, asal ada tempat untuk kami berteduh dan makan...jadi lah.

Pertandingan dibahagikan kepada 7 kategori... pada pertandingan peringkat zon borneo, PKK berjaya memenangi 5 kategori... yg agak kontroversi kerana Poli Kuching agak x puas hati sebab poli kami ramai sangat menang. Poli diorg menang 2 saja. hehehe...  Kami ni kiranya wakil zon borneo (sabah dan sarawak) ke peringkat kebangsaan. Kebangsaan?? ye..kebangsaan...sebab antara poli seluruh malaysia.

Sampai di sana, ada 5 zon keseluruhannya yg bertanding bagi setiap kategori. Jadi, ini bermakna, kami berentap sesama juara-juara dari 5 zon.

Sesampai di Gold Course Hotel pada 12 Okt, pertandingan dimulakan untuk kategori 1, iaitu JKA. Wakil JKA, kak ernie dan suaminya Raub telah mempersembahkan hasil inovasi mereka.

Pagi 13 Oktober pula, giliran Kategori 2(JKE), Kategori 3(JKM), Kategori 4 (JMSK), Kategori 5 (JP), Kategori 6 (JH) dan Kategori 7 (JTMK) mempersembahkan hasil masing-masing.

Saya selaku presentor bagi kumpulan saya tak henti-henti migrain ko! Hari-hari telan panadol...habis sepapan panadol kat sana. Huh...penangan  sebab nak prezent..hehehe.. Habis je present, terus maintain... tak migrain dah.

Melihatkan kesungguhan para peserta , saya hanya mampu mengharapkan ada tempat untuk kami semua..walaupun fokus hanya ditumpukan pada tempat pertama sebelum kami terbang ke KL. Bila tengok hasil inovasi dari kawan2 poli lain, amboiiiii.... terfikir pula.."aku punya ni ada harapan ke???"

Hari khamis 14 oktober... majis penutupan dan penyampaian hadiah. Dengan meja bulat dan lampu suram suram..rasa sungguh santai dan sedikit mengantuk. Geng PKK duduk semeja... masing-masing agak santai, dan masing-masing dengan cerita masing-masing. Tak ada harapan menggunung pun di sandarkan. Cuma harapan yg agak cerah diharapkan pada geng JKA iaitu kak ernie dan Saiful hazman, sebab mereka agak selesa. Kami juga berharap ada anugerah presenter terbaik, sebab harapan pasti tertumpah pada cik Yatt yg telah berdegar-degar mempersembahkan hasil inovasinya sehingga meninggalkan kesan di hati para penonton dan MC terutamanya.

Menunggu ketibaan KP baru, Mejar (K) Hj Md Nor bin Yusof memberikan ruang yg agak lama untuk geng-geng PKK bertukar cerita ceriti. Tiba-tiba MC mengumumkan, ada satu Anugerah Khas Juri yang akan diumumkan di samping, pemenang tempat pertama kedua dan ketiga kategori. Dan pemenang Anugerah Khas tersebut akan diminta mempersembahkan sekali lagi bahan inovasi tersebut. Hehe..agak lucu ..masing-masing rasa bukan pemenang. Si Zilah sempat berseloroh, kalau dia menang dan kena present semula, dia nak present dalam bahasa Jepun. Si haidie geng kumpulan saya tu pulak bertuah... dia cakap nak prezent bahasa Sabah..siap prektis lagi cakap sabah.."Aa.qalau amu tinguk aaa..butang-butang di siring-siring ni aa... amu teqan saja bah...." cess.....

Sekali, bila diumumkan sebahai juara, haidie la yg melopong paling lama..tak percaya dia. Bila diumum anugerah khas juri pun, dia tak bangun-bangun gi ambil hadiah. Saya la yg tukang sedarkan dia.."Haide!! haidei!! banguuun...bangunnn !! Amek hadiah.... kita menang..." wah wah wah..over pulak mak, nyah! Sesampai je kembali ke meja dari ambil hadiah, perkara pertama ku buat, sms kak sham selaku ahli kumpulan untuk berkongsi khabar gembira. baru la sang suami pula... hehehe...

Kemenangan di sambut dengan makan-makan di midvalley bersama kak ida, zilah, yatt dan saya. Penghargaan khas buat Yatt yg telah menaja pengangkutan, saaaayang Jerong si Camry..yg telah membawa kami ke sana sini.... dan juga telah menaja makan minum serta penginapan selepas check-out hotel.. hehe...mmg marvelles sgt. Teringat pula si Aiman yg nakal..dan sgt menghibur hari... kesiaaan dia..demam bila "kakak-kakak" dah balik. Aww..kakak uuu....

Berbaloi-baloi ..walau terpaksa tingalkan anak-anak..sampai demm rindu si Maryam.sorry ye nak. Elok je mama sampai rumah, demam pun kebah...alhamdulillah.

Senarai acronyms:
PKK: Politeknik Kota Kinabalu
JKA: Jab Kejuruteraan Awam
JKE: Jab Kejuruteraan Elektrik....jabatan saya ni...
JKM: Jab Kejuruteraan Mekanikal..jabatan laki eden nih...
JMSK: Jab Matematik dan Sains Komputer
JTMK: Jab Teknologi Maklumat
JH: Jab Hospitaliti
JP: Jab Perdagangan....
OMG: Oh my God.... ada ke nih?
Mejar (K): K for 'kehormat'...

Okeh...harap semua tak pening dgn akronims di atas ye...

1 comment:

  1. tahniah....tp kan satu je,saya ni tak berapa paham la apa maksud all the acronyms tu puan farah..sbb saya bukan orang POliteknik....hehehe...

    ReplyDelete