Wednesday, October 6, 2010

.: Cita-cita Wafiy

Satu malam, awal Syawal 2010.. sedang Wafiy main-main dgn Maryam, tiba-tiba, Wafiy menekupkan kedua-dua belah telinga dengan mainan yg berbentuk mcm cup.. lalu memanggil mama..

"Mama, tengok Wafiy ni...macam orang di kapal terbang..."

Mama tak faham pada mulanya, apa yg dimaksudkan oleh wafiy... lalu mama bertanya dgn lebih lanjut...

"Orang kapal terbang???" tanya mama, sambil mata dibeliakkan sedikit dan muka dibuat sedikit confused.

Sambil tersengih dan mata yg ripit (disepetkan) wafiy jawab,

"Ye laaaa.... orang di kapal terbang tu, dia bawak kapal terbang. Bawak kapal terbang tak ada stereng tu (tau)... Dia tekan butang-butang.... " jawab wafiy sambil digayakan menekan-nekan butang khayalannya. Pandai pulak dikhayalkan butang-butang tu letaknya kat atas dan kat bawah kokpit.

Hmm..tau la mama, siapa yg dimaksudkan wafiy sebagai "org kapal terbang" tu.

"oooo..tu namanya pilot.... pilot bawak kapalterbang...." macam cikgu tadika mama mengexplainkan pada wafy.

"Haa....itu la...wafiy ni pilot..." hehe...dan dan itu juga wafiy menggunakan istilah tersebut.

Seterusnya, mama tanya lagi... " Tekan butang tadi tu untuk apa?"

Dengan gaya macam profeser serba tahu..wafiy dgn selamba ,menjawab...

"Ye laaa... tekan butang la...sebab nak kasi kipas dia pusing....".

Hoh? mama tanya lagi sambil buat-buat tak tahu.."Kipasss????"

"Ye laaa..kipas yg di bawah iii...ni (sambil tangan didepakan, buat macam gaya sayap kapal)...sayaaap... nanti kipas pusing, boleh terbang kapal terbang tu...."

Waa..sungguh detail penjelasan wafiy... seingat mama, mama tak sedar apa pun pasal kipas, kokpit, butang segala tu. Yang mama tau, masa derejah 1 dulu, kalu cikgu suruh  lukis kapalterbang, yg mama boleh lukis cuma badan, ekor, sayap dengancermin2 kat kapal terbang tu je. Tak sangka pulak budak 3 tahun boleh imagine sampai detail tu. Ni mesti sebab tengok katun Jay Jay the Jet Plane tak??

"Jadi, wafiy besar esok nak jadi apa?"

Tuan sibuk duk main, mata ralit duk perhati mainan..mulut menjawab... " Jadi pilot laaaa..."

2 comments:

  1. huhu bijak bijak budak zaman skrg..

    macam jiran blok D mama dia.. ekeke

    ReplyDelete
  2. mudah mudahan tercapai cita2 wafiy....tp make sure mata tak rosak la yer wafiy....kalu rosak,rabun..alahaii...punah segala harapan.

    ReplyDelete