Thursday, October 28, 2010

.: Bila Perempuan patut berhenti beranak ye??

berderet anak kak jolie ni...suka sungguh dia beranak...
Tiba-tiba je buat posting tajuk ni..hehe...

Saya melawat ke sebuah laman blog yg mengutarakan soalan ini. Dan saya rasa nak menulis tentang tajuk ini. Pandangan peribadi je tau senah... saya bukan lah doktor atau mereka yg pakar bab kesihatan..tapi saya ada pegangan yg kuat untuk menyokong syarahan saya selepas ini...

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian....

Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak smash saya dengan mengatakan anak itu rezeki dari Allah, Allah dah atur yg terbaik untuk kita..dah...saya rasa biarlah terhenti di sini jua..sebab yang tu, saya memang tak reti nak jawab..memang dah gitu. Kalau dah Allah nak kita beranak umur 50 tahun, maka beranak lah kita ye senah...

But there's something out there, called science. Nabi suruh kita belajar. Dan Nabi cakap, ilmu yg baik kena diamalkan. Bak kata pepatah arab, ilmu tanpa amal ibarat pokok yg tak berbuah.

Ada satu cabang ilmu tentang pembiakan. Saya percaya anda yg pernah sekolah menengah, tingkatan 3 ada belajar tentang pembiakan... bagaimana terhasilnya bayi. Ye...bayi terhasil dari percantuman XX dan XY. Percayalah senah, milah semua... hanya Nabi Isa yang lahir tanpa bapa. Korang tak perlu berangan untuk jadi Maryam kedua walaupun nama korang Maryam. Jadi, untuk mengelakkan terhasilnya bayi, maka elakkan lah percantuman XX dan XY ye senah..bagaimana nak elakkan percantuman itu, boleh lah merujuk doktor peribadi anda atau google Family Planning.

Berbalik pada persoalan di atas...bilakah agaknya kita patut berhenti beranak??? Jawapannya... anda tanya balik, anda nak anak bongsu anda masuk sekolah masa anda umur berapa?? Anda rasa, by the time anak bongsu anda ajak anda lari-lari kat taman atau ajak shopping mopping, anda masih fit dan larat lagi ke melayan? Anda yg tahu betapa fit atau betapa lembiknya anda , bukan? Kalo anda rasa umur anda nanti dah 70 (kalau pjg umur), pun masih fit...sila lah. Anda yg menanggung.

Menjadi ibu lebih bermakna bila kita dapat menyelami dunia dia bersama.

Saya juga berpendapat, wanita di usia emas, sepatutnya menghabiskan masa yg berkualiti untuk dirinya sendiri pula. Kalau di usia 40 anda masih lagi beranak... umur anda pencen (55 tahun) anda masih lagi duk risau anak anda yg duk bersekolah menengah lagi. Kan best kalau anda dah pencen, anak-anak semua dah masuk U, dah kawin... anda boleh lah menikmati masa berdua kembali dgn pasangan anda... pergi melancong..buat umrah...buat haji (kalau tak buat lagi)..pergi kelas ugama (better late than never)... bertaichi, berpoco-poco dgn senang hati...

Tapi, kesian juga kepada wanita berusia emas yg terpaksa pula menjaga cucu.... Ye lah..kadang-kadang, ibu-ibu ni kesiankan cucu tak ada org nak jaga. Sebagai anak, kita mesti usahakan juga supaya anak-anak kita besok ada yg jaga kalau kita gi kerja, kesian mak kita.. Dah penat jaga kita dulu. Kalau terpaksa pun juga minta mak jaga, usahakan supaya mak kita guna tenaga seminima mungkin. Sebelum ditinggal anak tu dgn neneknya, siapkan segala makanan...pakaian... ruang main.... ...hmm keluar topik pulak dah.

Jadi, usia paling sesuai utk stop beranak..i vote for 33-35.

Tapi, untuk mereka yg belum ada anak... maybe not applicable. Saya doakan, semua wanita dapat lah menimang anak sebelum usia 30an ni... Amin.

4 comments:

  1. saya setuju dengan pandangan/penulisan tersebut, pandangan yang tulus, ikhlas dan bijak.

    Saya vote 35.

    ReplyDelete
  2. nampaknya en sukimang haruss mencari pasangan yg berusia 35 ke bawah...

    ReplyDelete
  3. Abang Sukiman bila nak mendirikan gerbang + rumah + tangga ?

    ReplyDelete
  4. nak juga En Anonymous tanya soklan ni yea??? macam ku kenal saja en anonymous ni...

    ReplyDelete