Thursday, October 21, 2010

.: Anda ada MAID??

Saya tak ada. Pernah ada sekejap..tapi maid saya lari... Ya Allah..sumpah saya tak pernah dera dia..fizikal mahupun mental. Kadang-kadang bila dipikirkan, saya rasa saya pulak jadi maid kepada bekas maid saya tu.

Sekarang, saya selesa dengan hantar anak-anak ke nursery daripada saya 'bela' maid kat rumah. Di masa akan datang bila anak-anak dah bertambah dan dah besar sikit dan dah bersekolah, dan saya agak berpangkat ke (hehe)..mana tau saya nak pakai maid pulak...

Tapi sekarang, saya rasa saya tak nak maid, walaupun ada yg mengoffer... Kenapa?

Sebab pertama, anak saya belum pandai mereport. Si wafiy ni memang selalu mereport..masalahnya, kadang-kadang konpius saya, dia report ni kejadian yg bila? Berlaku kat dia ke kawan dia? Maklumat tak konsisten. Pernah dia balik dia cakap teacher pukul. Bila tanya pukul kat mana..dia jawab la pukul kat punggung ke... Pastu bila 10 minit kemudian, tanya sayang teacher tak, dia cakap sayang! Tanya balik teacher pukul tak....?? Dia cakap teacher pukul kawan dia pulak. Bila tanya bila...malam tadi...semua kejadian dia jawab malam tadi...huhu...Bila dia tak nak pegi school dia cakap tak sayang pulak kat teacher..abis, mana satu betul???

Penting ye puan-puan untuk jadikan anak kita pandai mereport kejadian dgn tepat, supaya kita tahu apa yg jadi masa kita tak ada. So, awas la sang maid tu kalau dibuat bukan-bukan.

Sebab kedua, saya jenis payah dah nak percaya orang duk umah saya. Bila ada barang hilang, saya akan jadi tambah berdosa sebab mesti cenderung nak berprasangka maid yg curi..padahal sendiri letak merata. Jadi, saya akan jadi lebih kusut fikiran nak pikir nak simpan barang berharga la, nak pikir mana nak sembunyi gelang mas harta benda..hehe..(macam byk harta pulak)... Dan kalau betul-betul dia amik, macam mana???

Sebab ketiga, saya takut anak saya dilarikan. Ye lah, dah kat rumah tu dia yg berkuasa time saya tak ada..dia nak lari bila-bila masa saja. takkan saya nak kunci mangga kan dia dgn anak-anak saya dalam rumah. Kang apa-apa jadi kang, tak ke menyesal pulak ye??

Sebab ke empat, andai kata saya outstation..naya en sidiq tak balik tengahari la dia.... pastu, siapa nak masak untuk anak-anak saya(kalau bapak diorg bz)? kalau di nursery, diorg ada la juga jadual makan jadual diet tu. Kalau maid saya tu pandai masak, dan masakan dia bersih..syukuuur la sangat.

Sebab ke lima, saya tak suka orang asing di dapur saya. Sebab saya tak suka orang asing ini lah, telah memaksa saya memasak sendiri..dan memasak untuk maid saya sekali..abis takkan nak suh dia goreng asing lauk dia kan?? Dan itu lah jadinya, siang hari dia jaga anak saya, malam-malam saya jadi tukang masak dia. Huhuhu......

Sebab ke enam... maid ni biasanya orang kampung mana-mana ntah yg datang nak kerja umah kita untuk cari sesuap nasi, seringgit dua. Diorg ni tak ada kursus khas atau latihan penjagaan bayi dan kanak-kanak seperti pengasuh-pengasuh di nursery berdaftar. Jadi, tahap kebersihan dan kesedaran mereka ni bergantung pada nasib la. Nasib baik kita, dapat la yg pembersih, pandai jaga budak. Kalau tak, dapat la yg berkuku panjang, etika pakaian tidak sesuai, komunikasi dgn bayi/kanak-kanak tidak sesuai dan byk lagi.

Sebab ke tujuh, maid ni dia dtg kerja umah kita samada balik hari, ataupun tinggal bermalam. Kalau yg tinggal bermalam, ok lah. Kalau jenis balik hari ni, kita nak kena tunggu dia sampai, satu hal..kadang-kadang, boleh dia dtg lambat, lambat la kita nak gi thumb print/punch card. Pastu nak kena gegas balik, sebba maid ni nak kejar bas pulak..kang kita pulak nak kena hantar dia. Yg jenis bermalam pun satu hal... rumah saya tu bilik tidur ada 2 je (lepas tolak 1 dah jadi bilik operasi) ..kalau ada tetamu datang, mana nak letak ye?? Takkan nak halau maid tido dapur ye?

Sebab ke lapan, saya ni jenis yg tak reti nak order-order, dan cepat kesian. Kesian nak suruh maid buat byk kerja, kang terabai anak saya pulak. pastu kan, tak leh tgk muka kesian. Mula la nak bagi bonus. kalo maid nak mintak berhutang pun, tak cakap byk, terus je bagi..sebab kalo tak bagi, daripada dia mencuri lagi haru. So, I am not a good boss.  Lagi satu, kesian tgk dia gi tahan bas....suka nak mengoffer nak hantar konon sambil2 nak ke pasar... sambil2 tu boleh tahu mana rumah dia, (in case apa2 senang aku nak cekau). Hmm..tapi haramm...tak pernah dia nk tunjuk umah dia, asik masuk belukar je.... mana ntah atap rumah pun tak pnah nampak.

Sebab ke sembilan.... saya nak anak saya bersosial..so, nursery  ramai kawan. Supaya tak ada lah anak-anak saya ni kenal kerusi, meja dan dinding saja..disamping maid dia tu. Di samping itu, supaya anak saya tak ada lah layan TV saja sepanjang hari. Ada la juga aktiviti2. Kat sekolah tu kenal la juga dia teacher2, ABC, 123. kalo dapat maid yg berpelajaran (at least derejah 6) tak apa la..boleh la ajar (kalau dia nak ajar). Kalau dapat yg buta kayu.... hmm...tunggu mama balik kerja la ajar..tu pun kalau mama ada extra energy..huhuhu.

Sebab ke sepuluh, supaya saya lebih rajin mengurus rumah sendiri. hehehehe... sapu rumah sendiri, cuci pinggan sendiri, lipat kain sendiri, gosok baju sendiri..semmmuaaa lah sendiri. hah amek ko....

Kepada yg sudah ada maid yg bagus, jaga la maid tu bagus2..payah nak cari maid yg paham jiwa dan kena selera ni. Jangan kedekut..hulur2 la..tak semesti duit..disamping gaji hakiki(ewah..macam keje gomen pula), bagi la beras ke, milo susu ke sekali sekala...amik hati disamping dapat pahala, tak gitu. lagi satu, mentang-mentang dia maid, semua nak suruh, abis anak saper nak jaga (anak pulak bukan sorang dua...dah berderet pulak tu..kuang3x)? Kita sendiri pun tak menyempat nak jaga anak sambil urus rumah..jadi maid kita superwoman ke? Mungkin la kot???

Hmm...'maid idaman' saya??

Saya nak maid yg pembersih..kalo nak suap anak saya makan, mesti baca bismillah baca doa....pastu pandai ajar anak-anak mengaji..pastu kalo boleh rajin la masak....kenyang anak-anak saya. Rajin buat kerja... pastu mesti pandai..pandai pedagogy...pandai speaking english saya akan kasi bonus la..hehehe... Pastu mesti pandai kaunseling budak-budak. Supaya senang menangani masalah budak2 ni...seperti masalah tak pandai guna tandas..masalah nak berpisah dengan pampers, masalah tak nak makan, masalah taknak tidur siang...Pandai jaga budak-budak kalau sakit... at least tahu buat rawatan kecemasan. hmmm.... rasa-rasanya lah kan..orang yg ada kriteria gini, nak ke jadi maid???

4 comments:

  1. Sebab ke 11..

    Saya selalu balik tgh hari bersama suami..
    Kalau ada maid x privasi uu....!!
    ekekeke..

    p/s: u know what i mean right?

    ReplyDelete
  2. heh heh heh... u don no wat i did last sammer....

    ReplyDelete
  3. haha.. su husb u blk ke tghari ekeke.. :p
    ada bagus dan tak bagus jgk ada maid ni.
    klu maid tu penuhi semua syarat di atas mmg beruntung sgt2 tp tu la aku tgk org2 kt sini susah nk menepati ciri2 camtu.
    nak2 klu yg jenis tangkap muat risau jgk tu.
    nnt la tunggu anak dh 2 ble la kot nk cari maid tp masalah bila..bila..bila..
    tunggu blk semenanjung la senang ble cari org2 melayu hehehe

    ReplyDelete
  4. wah ciri-ciri gitu mau maid gaji beribu tuh.
    macam dah pakar early education sudah.. huhu
    itulah bila isu maid nih.. dilema lah

    aku nih bila time bz tak menyempat urus rumah .. pikir nak amik maid.. tapi bila pikir privacy n security ... macam tanak..

    tak tau lah.. ada yang offer cambodia atau filipina. Katanya yang islam . kalu cambodia ada masalah bahasa sikit tp agak baik kelakuan ..
    kalu filipina gaji mahal n bahasa english tp gaji mahal sikit..
    ntah lerr....
    tengah menimbang tara lagi ni..

    by the way ..aku ni jenis macam mu jugalah ..susah nak mengarah-ngarah.. kat opis punnn...
    tu lah setakat ni nursery jer lah si irfan. tgk sofar cikgu bagus jer..

    ReplyDelete