Tuesday, October 26, 2010

.: Anak anda berpe'el???

Hmm..anak saya juge..anak siapa yg tak kan???

Rata-rata ibu-ibu dalam usia muda ni, anak-anaknya adalah dalam lingkungan bawah 4 tahun....

Setiap peringkat umur anak, cara didikan adalah berbeza. Bagi beragama Islam, sunnah nabi dan ajaran Islam banyak dijadikan pegangan dalam mendidik anak-anak.

Pada pendapat saya yg baru ada dua anak ni, sorang 3 tahun lebih dan sorang lagi 1 tahun lebih... saya belajar dari pengalaman yg setahun jagung ni, bahawa budak ni banyak belajar dari pengalaman, dan pengamatan sehari-hari... plus ada menurun jugak perangai mak bapak..hehehe.

Anak saya pernah mengamuk nak mainan di pasaraya...mengusik adik dia, tak nak pakai baju, tak nak tidur, tak nak simpan mainan, tak nak makan, dan macam2 pe'el lagi. Saya rasa, perkara ni biasa kan? Tapi ia akan menjadi luar biasa bila dia mula melawan dan agresif.

This is what I do...

Kalau Wafiy minta mainan sambil dah merengek-rengek (hampir mengamuk.. tp sebab Wafiy pemalu, dia ngamuk sambil tarik2 kain mama saja sambil muka tahan menangis)... saya tgk keadaan juga. Kalau bulan tu dia belum lagi beli apa-apa mainan, dan saya rasa bajet belum over, apa susah..beli saja. Untuk perkembangan minda juga tu ..hehe. Tapi, kalo dah tiap2 minggu asik minta mainan, ini dah lebih..nanti jadi anak terlebih manja, kang jadi dialog "Bapak lah yg merosakkan Sazali!!" pulak..... Jadi, pada masa itu..kita gunakan kekdah slow talk...begini...

Mama: Wafiy, wafiy nak mainan tu ke? Jom kita tengok, best ke mainan tu??

Jadi, bila dialog ini bermula, Wafiy yg muka macam biskut Marie pecah 14 tu, jadi ceria sikit, lalu semangat dia naik balik. Komfem lah dia kata mainan tu best... haruss!!
Lalu mama pun mesti la menunjukkan minat juga pada benda tu dan belek-belek... kalau kat Toys'R Us tu, boleh try main dulu..hehehe. Bagi lah masa seminit dua biar dia mesra-mesra alam dulu dgn apa yg dia nak. Anda pernah tak, rasa suka sgt dgn sesuatu barang tu, pada anda, barang tu adalah sgt irresistabel. tapi, bila dah beli bawak balik rumah..oh tak ada lah seindah yg disangka. Hehehe....

Sekiranya, dapat kujumpai apa-apa ciri yg tak best pada benda tu, akan segera ku jadikan sebab, kenapa mainan tu tak patut di beli. Time ni, jgn sesekali janji nak cari yg lain, yg lagi baik pulak! Kang tak pasal-pasal dia ngmuk ajak pegi cari mainan lain pulak...

Seandainya dia lagi teruja untuk beli, dan anda tahu anda tak akan beli punya.... lalu, harus lah digunakan teknik berikut..

Mama: Wafiy suka ye?? Wafiy ada duit tak? Tadi mama beli susu, habis sudah duit mama... Macam mana mau bayar? Mama tak ada duit la hari ni.... Kita datang lain kali lah ye, nanti mama dah ada duit.

nasib baik lah si wafiy ni dah biasa dgn statement sebegini. Dia memang paham punya, sebab kalo nak beli mesti ada duit.

Tapi..wait seminit..dulu, cara ni mmg boleh jalan..dan dgn berat hati tapi redha, wafiy akan melepaskan keinginan nya itu. nak buatcemana, dah tak ada duit.... tapi, sekarang dia dah ada jawapan...

Wafiy: Wafiy ada duit. Duit raya wafiy banyak...

Hhehehe..hambek ko.... apa nak jawab??

Kalo dah tak mampu nak jawab dgn jawapan yg bernas, seperti duit tu patut simpan ke ape, jadi, adalah dinasihatkan pada waktu itu, anda divert perhatian dia pada benda lain yg lebih mampu anda bagi pada anak kesayangan anda. Sebagai contoh, anda boleh mengingatkan dia pada tempat yg dia suka pergi... Dan bila anda janji, anda mesti tunaikan.

Biasakan diri anda untuk maksudkan apa yg anda cakap. Ramai ibu bapa yg sangat suka ugut untuk pukul, tapi tak pukul. jadi anak anda tahu, ada kata-kata anda yg tak bermaksud pun. Namun begitu, saya tak lah pula suruh anda ugut nak pukul. Sebab, budak usia begini biasanya tak faham apa yg anda cuba sampaikan dgn memukul. Sakit percuma saja mereka dapat. Wafiy lebih mudah dipujuk dgn pelukan dan memandang tepat ke matanya sambil mendengar apa dia nak cakap..dan kita pun cakap lembut direct ke muka dia. Cakap biar dekat dgn dia, kalo boleh mulut kita sama paras mulut dia, biar dia hidu bau napas kita tuh..hahhaha....

Kaedah mengurung anak?

Saya tidak setuju dengan kaedah ini untuk digunakan pada budak baya wafiy. Saya tak suka ditakutkan, dan semestinya anak saya juga tak suka duduk dalam ketakutan. Dan saya rasa kanak-kanak tak harus membesar dalam ketakutan. Hish..jgn la dikurung anak tu..ntah masa kena kurung tu dia raung sampai kena sampuk..tak ke naya???

Jadi bagaimana nak bgtahu anak2 kecil ni batas-batasan dan had mereka? Biasakan tabiat yg baik. Ajarkan mereka cara yg betul. Kalau buat salah pada permulaan, jgn cepat menghukum. Biar dia enjoy pengajaran dia..hehehe Enjoy ye nak..sat lagi buat balik mak pukul.

Wafiy suka buat adik maryam menangis... saya akan larang pada mulanya. Jika dia masih lagi ulang, saya tanya, "wafiy tak sayang adik ke? Nasya nak adik wafiy ni tau.." Jika masih lagi degil, saya pukul paha dia. Biasanya, bila dipukul, Wafiy akan berubah air muka nya. hehe..sebab dia kan anak mama..sampai hati mama pukul dia..(tak sakit pun)...lepas dah dia terkesima tu, haaa..masa tu la mama kena peluk, dan cakap.."mama sayang sgt wafiy ni, tapi kenapa wafiy tak sayang adik, usik adik, buat adik nangis???? mama tension tau ...arrgg..tak tahann...tak suka tau dgr adik nangisss.... (dialog mama yg over)" Pandang tepat ke mata ye puan-puan.... pada masa tu, anda akan tengok dia mula berkomunikasi dalam mood yg berbeza, bukan lagi mood budak kena marah..heheheh...cepat kan budak berubah emosi? Jadi, amik lah kesempatan itu ye puan-puan... jadi lah ibu yg pandai menjiwai watak...bukan ibu di pondok plastik tepi pusara je ye...

Selamat mencuba kekdah ini.

6 comments:

  1. tenkiu.. tenkiu.. for da special entry ni.. :)
    blk nnt ni pelan2 la aku praktikkan ilmu yg dpt hari ni. hopefully membantu dlm mengatasi masalah anak berpe'el ni..

    klu nasya menangis2 xmo blk dr umah kekasih hati nk ckp ayat mcmana?hehe.. nk kena tanya jgk ni sbb mama nasya x pandai nk ckp manja2 haha..

    nampak gayanya nk kena pergi byk kursus ni br dpt ilmu byk2 kan.

    ReplyDelete
  2. hoh..ni pun masaalah..masa'alah is problem tu... si wafiy pun sama..dah jadi krisis ni. cakap apa pun tak jalan..divert attention gi 1Borneo pun tak endah. last-last, mama Wafiy pujuk.. dgn layaannn je lah..cakap dgn wafiy.."sian wafiy kan?? nasya nak mandi pulak, mama dia nak bawa gi jalan.. wafiy nak main lagi kan?? esok kita suruh nasya main dgn wafiy lagi ye? wafiy nak main kan?? siaaaannn wafiy..."

    ReplyDelete
  3. kadang tu pening jgk duk pikir alasan apa lg la nk bg ni. ckp nk pi jln x heran dh x nak ikut.. ckp nk mandi dia jwb dah mandi kt skolah. haihhh.. bdk2 ni pandai je menjawab. last2 ayat yg keluar.. " plz mama.. kejap je sikit je. sy nk main dgn wafiy kesian sy takde kawan huhu". terus mama blank nk jwb apa hehe..

    ReplyDelete
  4. tu le..kita bukan x nak diorg berkawan..tp agak merisuakan je..haha..macam laila majnun romeo juliet pulak... hmm..last2...bg je lah main sama2.... gilir hari lah ye..ari ni umah wafiy, esok umah nasya..huhu..jenuh nak jemput pujuk balik...

    ReplyDelete
  5. bagus2......

    yer...actually, nasya cuma nak berkawan, that's what I see

    macam saya pom kalu anak2 cakap byk tak dgr saya wat gini jer..

    " Look at me,"pastu make sure they look at you in the eyes pastu baru la explain itu ini dengan suara yang perlahan, tapi tegas. it worked with my kids.becos they know that you're serious.

    ReplyDelete
  6. ha..setuju dgn kak janna... siapa kata budak2 tak dgr cakap ...diorg dengar.. we parents shud fix cara kita communicate dgn diorg nih...

    ReplyDelete