Wednesday, September 15, 2010

.: U brings back my smile...

Mari kita lupakan ABX yg mingung itu.

Bila marah, saya belek-belek gambar2 anak2 saya. Okey..reda sikit marah.

Tengok gambar boleh rasa lega..tp kalau tengok tuan dia depan mata..ya ampuuuuunnnn....kesabaranku sekali lagi diuji.

Cuti raya yg agak panjang, walaupun cuma 4 hari, telah mengerah segala tenagaku. Alhamdulillah, nasib baik babah sentiasa ada bersama. Teringat kawan-kawan yg berjauhan dari suami, terpaksa membesarkan anak-anak sendirian. Syukur..

Maryam sekarang dah pandai main sendiri dengan abgnya si Wafiy. Ok lah, dia dah boleh bawa diri. Pergi beraya di rumah kawan-kawan pun, dia pandai cari kawan..tapi dia tak suka orang nak dukung dia. Haih... Lebih suka main ciku cak..jinak-jinak merpati bah dia.... Walaupun berbaju kurung, sangat cas-ligas.... (ligat).. Yang agak merisaukan sekarang, kalau di rumah orang, orang lain punya mainan pun dia rebut. dengan bakul sekali dia angkut.

Wafiy pula jadi teruna pemalu. Ada satu rumah tu, banyak sangat mainan. Dia nak sangat main, tapi anak tuan rumah tu ganas sangat. Muncung je dia... nak main tapi malu. Kalu adik dia, redah aje... huhu... Lastnya, si Wafiy bisik dengan mama, suh beli mainan tu kat rumah. Huhu...

Hmm...kalau kat rumah, maryam kejenya duk perabis biskut raya dalam balang. Pandai pulak dia bukak balang, amik sebijik, pastu tutup balik. Dah habis, datang lagi amik sebijik lagi...pastu gi maiiinn lagi. Seronoknyerr..tengok-tengok dah tinggal balang. Bila dah kenyang makan biskut, tak nak pula makan nasi. Nasib baik makan bihun sup lajuuuu jah. Kenyang la jugok. kalu tak, menepek jah la bawah ketiak mama isap nenen.

Raya tahun ni wafiy dah ada semangat mengumpul duit raya. Dah faham erti seronok dapat duit raya. Hehehe... kalu salam tu, dia tahu mesti akan dpt duit raya.

No comments:

Post a Comment