Wednesday, September 1, 2010

.: Maryam dan Wafiy ... di hari merdeka 2010

Ye, betapa seronoknya 2 beradik ni tak payah nak gi school... tido tengahari baru bangun. Hehe. Kesian kan..hari-hari jam 7 dah dibangunkan, ke taska. Angkat dari katil, dua-dua mata pejam, masuk kereta terus celik mata. Hari merdeka semalam, dapat la tido lama, sampai jam 9 pagi baru bangun.


Sempat mama kemas-kemas rumah, dengan 2 buah bilik yg dah lama tak diservis tu.

Bila dah start bangun budak-budak, terus kerja-kerja I tergendala. Nak melayan budak-budak tu tak boleh sambil lewa, memerlukan komitmen yang tinggi. Tak gitu?


Si Maryam sekarang ni tak habis-habis duk tanya mana mata??? Pastu dia tunjuk lah mata dia, pastu tunjuk mata mamanya pulak. Siap dicabut lagi spek mama ni nak tunjuk mata mama. Dah gaya nak korek bijik mata dah. Pas tu, tunjuk hidung pulak. Pastu tunjuk gigi. Comel jah dia tunjuk dgn jari telunjuk. Sekarang ni memang maryam sangat obses dengan aset dia..hehehe. Kalau tanya mana mata, hidung, mulut , gigi, semua pass lah. Siap cakap lagi...."Taaaattte.. (mata), dowdongg (hidung)!" ok laaa...ada jugak bunyi. Sekarang kira sopan lah, tunjuk apa yg ada kat muka. Kalau dulu, sibuk duk tunjuk nenen dia dgn pusat. Ada pulak diselak bajunya, pastu dgn jari telunjuk di tunjuk kat nenen dia sambil berkata "nenen!" adeh laa...nasib dia tunjuk nenen dia. Kalau orang lain punya???


Ada satu lagi, yang ni cerita kesian sebenarnya, tapi kelakar juga. Teacher si maryam yg report, maryam terhantuk di taska, dia cakap "Aduhh!" sambil pegang kepala. Masa teacher dia cerita tu, saya konfuse, nak tergelak, tapi..erk..anak aku terhantuk???  Hmm... dah besar dah maryam rupanya. Makin banyak vocab dah ni.. Lucu dengar dia cakap, mcm bunyi cakap hindustan. Selalu kalau dia nk cakap.. dia suka sebut perkataan-perkataan mcm hindustan. Padahal, saya dah lama tak tengok hindustan. Darah hindustan mana agaknya mengalir tu?? hehe...Tak lama lagi boleh la jadi teman berbual Wafiy.


Wafiy apa cerita? Wafiy sekarang ni obses pula dgn perkataan gendut. Digelarnya saya Mama Gendut? (apa gendut sgt aku nih?) Sebenarnya puan-puan, saya masih lagi mengekalkan berat badan saya yg asal (sebelum bersalin).. cuma mungkin ada kelebihan dibeberapa tempat yg tak dapat dielakkan..haha... Sampai hati wafiy cakap saya gendut? Dekat-dekat raya ni, saya tension...sebab saya suka makan. Lama-lama, adakah saya akan jadi gendut? Saya tak akan benarkan ia berlaku.


Sempena Ramadhan ni, aktiviti Wafiy lepas maghrib ialah mengaji.. selain dari ikut babahnya ke masjid. Alhamdulillah, Al-Fatihah dah lancar. Selawat pun dah ingat...hari-hari duk dengar kat masjid Sollallah wasallam alaiiiih...dia pun ikut juga. Have I wrote somewhere, nama timangan wafiy di taska ialah Ustad Wafy? Haa...itulah dia...moga-moga nama tu menjadi doa semoga dia jadi anak yg beriman dan soleh. Amin.

1 comment:

  1. comelnyer si maryam tu..eee geram tgk gmbr dia.tapi rambutnya knp tidak diikat@disanggul@didandan?takut tercocok masuk dlm mata je rmbut yg halis itu...-makku-

    ReplyDelete