Thursday, September 30, 2010

.: Kenangan itu datang menyinggah....

Hehe... setakat tajuk, boleh la saya buat ayat ala-ala novel. Seterusnya..kembali kpd diriku ye senah...

Hari ni, saya nak berkongsi tips kepada bekas2 playgirl dan playboy di luar sana yg telah insaf, tetapi mempunyai masalah melupakan kekasih2 atau gewam2 lama itu, lebih2 lagi kenangan ditinggalkan.
Ye lah, melupakan orang yg kita tinggalkan biasanya lebih senang daripada melupakan orang yg meninggalkan kita. Tapi ini tidak bermakasud saya juga salah seorang dari bekas playgirl ye.. hehe. Husband saya tuuuu lah satu-satunya cinta hati saya. Ehehee....

Tips pertama, jangan memaksa diri melupakan si dia. (ewwah..si dia gituh). Kalau dah nak teringat nak buat macam mana. Biar lah ... itu tandanya ingatan kita masih bagus, belum nak alzheimer lagi. Alang-alang dah teringat tu, cuba ingat perkara-perkara bodoh lagi memalukan yang dia pernah buat, dan cuba ingat time dia tengah hudoh. Haha..komfem anda dah tak hingin nak ingat dia lagi time tu.

Seterusnya, dalam usaha untuk memadamkan kekecewaan anda terhadapnya, anda harus belajar menukar pandangan anda terhadap insiden mengecewakan itu. Kekecewaan yg dia berikan pada anda adalah satu rahmat, kerana disebabkan dia telah meninggalkan anda, anda berpeluang menjumpai orang yg lebih bagus dalam hidup anda. Andaikata orang yg anda temui sekarang pada anda tidak sebagus dia, anda harus ingat bahawa, kita selalu memandang sesuatu yg bukan milik kita itu sgt bagus, tp bila sudah memilikinya baru nampak kelemahannya. Jadi anda kena yakin dengan apa yg Allah telah tentukan untuk anda. Dia tak bagus untuk anda.

Bila orang mengecewakan kita, jangan lah kita benci kat dia. Benci menyumbang kepada dendam..kalu dh dendam, itu yg terbawa sampai mimpi.. So, jgn benci pada dia, sebab dia pun makhluk Allah jugak, ye dak? Sayang pun tak payah! Tak guna sayang orang yg mengeciwakan kita. Orang macam ni elok kita berperasaan neutral yg diadun bersama perasaan kesian sebanyak 25%. Ye lah..kesiaaann dia tak dapat kita. Ahak... tingkatkan self esteem anda. Anggap lah anda teramat bagus untuk dia..tak padan... Doakan lah dia semoga dia bahgia setelah melepaskan anda. Entah-entah dia juga dibelenggu mimpi ngeri kerana melukakan hati anda?

Seboleh-bolehnya, janganlah disimpan barang-barang yang boleh mengingatkan anda pada org tu. Sekiranya berharga, bagi je kat makcik cleaner yg menyapu kat opis anda, atau pun kat makcik jual sayur kat pasar. Atau boleh bagi pada mat bangla yg sapu2 kat airport tu? Kalau nak simpan jugak, pastikan ia tidak mengganggu emosi anda tiap kali terpandangnya.

Setakat itu saja yg boleh saya kupas ye tentang isu ni... Sampai ketemu lagi di masa akan datang...

No comments:

Post a Comment