Monday, September 27, 2010

.: Kak Maryam

Weekend yg baru berlalu, banyak undangan open house. Salah satunya rumah Fawwaz dan isteri Kak Rashadah. Kak Shadah baru saja bersalin anak ke 3 beliau yg diberi nama Niyaaz. Nama anak-anak kak shadah cantek2 semuanya, dan juga unik. Tidak terpengaruh dengan nama2 drama Melayu atau novel remaja. Anak pertamanya bernama Najwa..tapi sebutnya macam Nashwa... Anak keduanya bernama Najdaad.. dan ketiganya Niyaaz. Ni mesti walidnya yg bagi nama sebab walid mereka adalah ustad lulusan timur tengah yg terer bahasa Arab.

Jadinya, bila ada baby, saya yg pada ketika itu mengendong Maryam bersama pun menerpa lah ke arah baby. Comey anak dia, putih, hidung mancung. Sesuai dgn nama. Maryam pun excited... tak payah diajar-ajar, Maryam terus memanggil dengan lembut sekali.."Babyyy...".... wah... tak pelat langsung.Siap dengan muka lagi, mcm kakak kakak dah gayanye. Diulang-ulang lagi. "Beyby...beyby......" Baby nak tidur pun tak senang.

Agaknya, betul la kata orang, budak perempuan cepat matured. Sekarang ni, dah makan sendiri. Tak boleh orang pegang sudu dia.

Di rumah Fawwaz depa jamu mee rebus. Rasanya, itu lah mee rebus paling sedap pernah saya rasai ..dan rasanya, itu lah pertama kali saya makan mee rebus kot? Alahai..kesiannya saya rasa pada saya sendiri. Dalam byk2 accesory mee rebus tu, ada sepotong cili merah yg sgt menarik perhatian Maryam. Beriya-riya dia nak makan. Tapi saya tak kasi.

Semalam, jamuan raya PKK, Maryam senyap-senyap telah menculik sepotong cili merah, lalu dimakan. Waaah kau....kepedasan dia. Tapi langsung tak menangis atau bersungut. Dia tepuk-tepuk bibir dia. Haish..tak hilang pedas..tergenyeh pulak mata dia. Mama perhatikan saja, sebab Maryam macam tak nak bgtau mama. Then, maryam terkedip-kedip. Seketika lepas tu, dibaling jauh-jauh cili merah tu. mama offer bantuan, bagi minum air. Tapi eksyen pula dia, tak mau. hehehe.... biarkan dia. Dia cuba pulak benda lain dalam pinggan Mama. Selamba saja....

Bercerita teantang hujung minggu, hujung minggu saya sangat penat. Penat sampai rasa mcm nak MC saja pg td... Tapi digagahkan jua.

Apa yg penat sangat tu Jijah? Hmm..Tak adala berat sgt aktivitinya. Tapi, dengan keadaan anak 2 ni, agak memenatkan le juge. Aktiviti-aktiviti yg menerpa semua dalam satu masa. Rasa mcm nak menduplicatekan diri saja sekejap. Tapi, alhamdulillah, semua telah selamat selesai dengan baik.

Hadiah-hadiah hamper telah berjaya dibeli, menghabiskan RM1K yg telah diamanahkan, siap bungkus segala dan direbenkan. Terimakasih banyak-banyak kepada geng beli hadiah, Kak Ida dan kak Rakiza yang telah sudi menyumbang masa dan tenaga walau masing-masing terramat lah bz. Harap-harap kak ida telah berjaya menjawab ujian dengan baik selepas itu. Mereka ni bukan setakat tak berkira bab tenaga, tapi juga tak berkira bab lain juga. Juga terima kasih yg teramat kepada Kak Rakiza sekali lagi, Azira Puteh (sarat mengandung), Yatt, Kak Azreen, Zilah, Atikah (sarat mengandung), dan Yah JMSK (sory kalo ada tertinggal) yg bertungkus lumus membungkus hamper. Huh..memang sakit pinggang betullah bungkus hamper. lama sangat bersila. Dengan bantuan kalian, kerja-kerja yg saya buat mcm tak terasa. dapat la balik awal sikit malam tu.

Dalam pada itu, saya harap layanan terhadap tetamu yg dtg sekeluarga bersama 2 anak kecil sebaya wafiy dan maryam menginap semalaman di rumah memuaskan lah ye. Lenkali ada rezeki, dtg lah lagi. Anak-anak pun seronok juga berkawan. Agaknya bila dh dtg sekali lagi, masing-masing pun dah makin bijak sikit bermain. Tak adalah byk sangat insiden.

Sekarang ni, saya tiba-tiba teringat laksa yg tak abis jamuan semalam, elok lagi duk dalam peti rumah saya. Banyak betul membazir jamuan semalam. Ramai staff tak hadir. Itu lah makanan byk tak abis. Ini lah antara sebab-sebab Nabi sgt memandang berat tuntutan menghadiri majlis jamuan. Ada rezeki nnti akan kuperlakukan sesuatu terhadap laksa itu ptg ni.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan JKE ku yg telah sama-sama menjayakan menu kita yg sgt mewah, iaitu lemang, rendang, kuah kacang, dan juga kelupis. Apa lah kita semua kan, tanpa kerjasama dan tolong menolong. Tanpa semangat kerjasama, agaknya, meja kita tu hanyalah sekadar meja je lah. masing-masing pakat tak ngaku JKE lah jwbnya. Cuma mungkin dimasa akan dtg, masing-masing perlu lebih bersemangat meraikan apa jua acara yg dijalankan oleh jabatan. Tak mau lah balik-balik muka tule (sama) je yg duk berabis memerah keringat ye...  berat sama dipikul lah ye. Ringan sama dibaling..tak gitu senah?? Semalam saya rasa sgt tak best...sebab saya rasa mcm tak cukup korum saja. Tahun depan saya harap, tak ada lah jamuan ni lagi. Sebab saya rasa tak ramai berminat join kerja-kerja mcm ni. Datang makan lenggang-lenggang mungkin ramai nak. Mungkin jugak tidak...sebab lagi syok lepak kat rumah kot? Yang paling penat, tgk makanna tak habis.... dan yg mana mampu kuselamatkan , ku cuba sedaya upaya. Itu yg penuh sarat peti sejuk rumah saya sekarang ni senah. Kalau semua staf dtg, kan ke meriah dan habis semuanya. Satu poli diundang, tapi macam ciput jah mari.

Atas semangat memenuhi undangan juga, saya dan keluarga telah berpakat dengan besan @ jiran sebelah, si Halen untuk bersama-sama ke rumah Kak Maria di Kg Pasir Puteh pula. Walau pun tengahari tu tetamu baru saja pulang, dan saya pula kena rebus laksa utk jamuan bg pihak JKM di majlis raya PKK, saya tetap bersemangat ke rumah Kak Maria. Kak Maria yg byk menjadi sumber inspirasi untuk saya masak-masak..hehee... Husband kak maria memang sukaaa sgt bercerita tentang air tgn isteri tersayang beliau itu. Kak Maria ni nurse. Saya teringat kat Ummy saya. Ummy saya nurse. Zaman muda-muda dulu, seingat saya, Ummy saya raaaajiiiiiin sgt masak. Hari-hari mesti ada saja ummy saya buat kueh. Kueh yg paling saya ingat ialah sejenis kek yg saya panggil ambong. hehehe..ntah apa nama sebenar dia. Kalu tak buat ambong, ummy saya goreng la apa-apa utk minum petang. Pendek kata, masa saya kecik, saya tak pernah makan kat kedai. Hari-hari mesti makan masakan Ummy saya. Saya rasa, masakan Ummy saya yg paling sedap pernah saya rasa. Masak kicap dia, masak lemak dia, nasi dagang ummy saya lah paling marvelles, walau hanya ditanak dan tak dikukus macam org lain. hahaha. Saya ni bukan jenis penggemar makanan. Saya tak bersungguh mana pun bab makanan. Di kala org duk bersungguh memuji masakan org tu sedap, masakan org ni sedap. Saya diaaam saja. Sebab saya rs, tak leh celen masakan ummy saya. Walaupun org yg masak tu pernah masak 2 ekor lembu sehari. Hmm..saya sgt rindu masakan ummy saya. kalau saya balik, ummy saya akan buat ikan keli masak kuning tu. Huihhh..sedap. Ummy saya memang telah membesarkan saya dengan baik, dengan hasil air tangan sendiri. Tu yg saya dh jadi pensyarah sekarang.

Dah jadi ibu sendiri ni, baru rasa, malas rupanya nak masak. Tapi, air tangan ibu adalah yg terbaik utk anak-anak.

No comments:

Post a Comment