Friday, September 17, 2010

.: Berbuat baik pada ibu bapa

Hari ni, saya memikirkan sesuatu yang tiba-tiba menerjah pemikiran. Memikirkan tentang beberapa jenis manusia.
Jenis 1: Sedar bahawa dia sedar tentang apa yg jadi. Orang jenis ini akan memikirkan tentang orang lain, least priority untuk diri sendiri.
Jenis 2: Sedar bahawa dia tak sedar apa sedang terjadi. Jenis ni akan cuba mencari jawapan setiap persoalan hidupnya, fikir tentang diri sendiri dan orang lain.
Jenis 3: Tak sedar bahawa dia sedar apa yg terjadi. Jenis ni mungkin mengharungi hidup dengan selamba, tak banyak kerisauan pada diri sendiri dan pada orang lain.
Jenis 4: Tak sedar bahawa dia sememangnya tak sedar apa yang jadi. Jenis ni, agak selfish, sentiasa anggap dia boleh buat apa sahaja asal dia bahagia, kalau cuba ditegur akan memberontak dan anggap orang tidak adil padanya.

Mari renungkan kita di mana....

Kadang-kadang, dalam mencapai impian sendiri, kita telah memaksa orang lain berkorban untuk kita mencapai impian tersebut. Walaupun orang lain itu hampir menggenggam kejayaan, terpaksa jua dilepaskan demi memenuhi impian kita. Betapa selfishnya kita kan? Wahai anak-anakku, jangan lah sesekali bertindak kejam kepada manusia mahupun musuhmu, apatah lagi orang yg menyayangimu. Kerana setiap perbuatan itu pasti akan mendapat balasan Allah s.w.t. Mungkin apabila kita mula sedar betapa banyaknya pengorbanan orang itu pada kita, kita akan mula memujanya, seakan tiada cacat cela pula orang itu. Sehinggakan jika dia melakukan kesilapan, kita seakan buta untuk melihatnya. Sebab itu lah jangan mudah terhutang budi. Dan jangan terlalu ghairah mengejar impian sehingga menjadi seorang yg selfish.

Manusia zaman hari ini cenderung mempermainkan hukum agama, hukum Allah. Diambil apa yg memenuhi nafsu, ditinggal yg berlawanan kehendak. Sedangkan hukum Allah itu amat menyeluruh dan universal. Satu hukum tidak terbatas di dalam satu view sahaja. Nabi mengajar kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Juga kepada ahli keluarga. Bagi anak lelaki, keutamaan adalah tetap pada ibu dan bapa, kemudian pada isteri. Apa hebat sangat kah isteri nak diturut segala mahunya sehingga dibelakangkan ibu bapa? Sudah lah tidur malam pun berteman isteri, jalan2 pun berteman isteri, apa salahnya diutamakan keperluan ibu bapa. Ingatan di hati dan kiriman wang saja tidak cukup.
Anak perempuan juga tidak terkecuali. Walau pun bersuami, ibu dan ayah masih wajib dihormati. Di sini lah letaknya diplomasi. Seorang suami yg baik pula tak akan benarkan isterinya menderhakai ibu bapa isteri tersebut.

Saya kadang-kadang rasa terkilan dengan jauhnya jarak saya ini, saya tak dapat buat apa yg saya nak buat pada ibu dan ayah saya, begitu juga dgn suami.

Namun, jika semua diantara kita berpegang teguh dengan ajaran Islam, insyaAllah, semua akan berada dalam golongan Jenis 1..yg sentiasa sedar, apa yg terjadi dan sedar dengan setiap perbuatannya.

Wallahua'lam.

1 comment:

  1. entry yg sungguh membuatkan fendi terharu...

    ReplyDelete