Tuesday, September 14, 2010

.: Aidilfitri 2010 di Sabah

Alhamdulillah, bertemu lagi syawal ke sekian kalinya. Kali ini, buat pertama kali dalam hidup kami semua, Aidilfitri di sambut jauh dari rumah ibu dan bapa tersayang di kota Bharu.

Alhamdulillah, dalam serba kesederhanaan kami mengharung jua 1 Syawal. Sangkaan saya, raya tahun ni pasti sedih, suram, sunyi, sendu..dan telinga saya asyik terngiang lagu Siti Nurhaliza yg Airmata Syawal tu jah... Sayuuuuu....hati ini makin sayuuuuuuuu...... Rindu...........Terkenangkan desa permai.......... Wajah ayah bonda...Bermain di mata.............
Lamaaaaa......ku tungguuuu.....bertemu di hari mulia....Namun tidak kesampaian ............ Airmata jatuh berlinangan........... Duhai ayah bonda ...ampunkan anakanda..Tak dapat beraya bersama...... jarak memisahkan.... lalalallalalaa....

Dengan sokongan moral semua pihak, sebagai ibu, saya cuba jadikan hari raya cukup menyeronokkan untuk anak-anak saya. Berikut, sinopsis raya... hehehe..

Raya Pertama

Pagi raya, aktiviti wajib, ke masjid solat Aidilfitri beramai-ramai (2 saf ja pun). Lepas solat raya, ada jamuan kecil di perkarangan masjid. Lepas balik masjid, sempat bertelefon dengan oran-orang di kampung Kota Bharu.
Lepas tu, aktiviti berkunjung sesama sendiri pun bermula. Saya pula, terus balik rumah kerana tetamu sudah pun berkunjung ke rumah. Saya masak apa? Haa... saya masak nasi dagang, gulai ikan aya (tongkol), gulai ayam, telur rebus dan acar timun. Tidak ketinggalan nasi himpit, kuah kacang dan juga satay ayam. Dan yg paling special, teh susu rebus, yg Ummy saya selalu buat. Alhamdulillah, nampaknya tetamu-tetamu semua tertanya-tanya, teh apa yg mereka minum.. teh biasa saja...tapi rasanya sungguh berbeda... aha! Itu lah rahsianya...

Tetamu berkunjung tiba tanpa putus, rest sekejap masa solat jumaat saja. Antara yg sempat hadir... Caroline dan husbandnya Cosward, Liew, Kak Za dan Abg Lan sekeluarga, Che Na dan Hisham sekeluarga bersama ibunya, Zura Rubayee dan anak-anak (dia boleh gi tinggal husband dia beraya kat umah org lain :p)Kak Na dan Abe Kamal serta anak-anak. Sempat saya menyelinap keluar ke rumah jiran depan, Kak Sheila makan mee sup dan umah Kak Suhaila makan laksa yg juga tidak pulang semennjung. Petang pun, masih ada tetamu bekunjung memeriahkan suasana. Tetamu sebelah petang pula ialah Chicha, Angela dan anak-anak. Turut hadir kak Aslamaitulakma dan kunjungan balas kak Sheila serta Kak Suhaila bersama suami masing-masing. Tetamu paliiiiiing last, Zan dan Zira bersama anak-anak, serta Din dan Kak Aznii bersama anak-anak.

Alhamdulillah, habis juga akhirnya nasi dagang saya sebelum maghrib menjelang. Bila dah maghrib, saya pun tutup kedai laaa... tapi saya masih hutang kunjungan balas di rumah Zan dan Din. Lalu dgn mata separuh terbuka, saya jalan juga ke blok sebelah, beraya di rumah Zan makan ketupat nasi original bukan segera yg dianyam oleh Zira sendiri, bersama rendang dan nasi minyak. Lepas tu saya jalan lagi sikit ke tangga sebelah untuk ke rumah Din. Makan rendang dan lontong pula kat rumah Din. Sedap. Huh... Abg Shady saya ajak lagi ke rumah Che Na dan che hisyam..saya dah tak larat ooooo....

Raya Ke 2

Bermula jam 10, kami memenuhi undangan open house rumh Kak Zura Rubayee makan nasi ayam. Kemudian meneruskan niat yg tergendala semalam, ke rumah Che Na dan che hisyam. Makan spageti, serta bihun goreng serai. memang Wow! Che Hisyam masak. Lagi wow!memang marveles lah... TV umah diorg pula tersedia pasang channel AFC...patutla wow!

Tengahari tak kemana-mana... rehat kat rumah layan Siti nyanyi kat astro, sambung ke TV3..amboi sakan. Time ni la si Wafiy tiba-tiba cakap Siti macam mama. oh my god.... Siti mcm mama..bukan mama macam siti....hihihi... tapi, bila mama nyanyi, muka wafiy berubah jadi kelat...sambil dgn tak bersalahnya dia cakap "Aik! Tak sedap! jangan nyanyi..!" kuang3x.... ye lah..ye lah!!!

Malamnya, memenuhi undangan Kak Ja di Likas. Makan bihun sup. maryam dan Wafiy syok betul layan bihun sup rumah kak Ja.

Balik rumah dah jam 9 lebih, sempat layan Salleh Yaakob sebelum semuanya pengsan.

Raya ke 3

Ikut plan en Zan. Beraya sampai Papar.Rumah kawan-kawan Poli. Dapat kenyang makan kelupis, kueh tradisi Sabah. macam ketupat pulut  juga, bezanya dia tak pakai daun palas..daun apa ek dia pakai, mcm daun kunyit..:P hahaha tak kenal daun laaa...tapi still cicah kuah kacang juga. makan nasi, bihun sup...kelupis la yg byk... Sampai malam kami beraya. Penat...

Raya ke 4

Ada student konon nak datang beraya..tiba-tiba tak jadi sebab tak cukup geng. So, lepak lah. Tiba-tiba, ada jemputan open house rumah kak Neswati....so apa lagi...jalan le ke Tuaran bypass. Petangnya, kak Ja Likas pula buat kunjungan balas. Saya masak nasi dagang kebetulannya pagi tu, elok lah....dengan bihun sup. Layan-layan tetamu, zan pula call, kak Za an Abg Lan buat open house malam tu. Elok2 tetamu dah balik, kami pergi open house kak Za pula di Bandar Sierra. Malam tu, dah balik dari open house, tak larat dah nk berkemas, nasib baik ada yg sudi basuh2 kan pinggan. Terima kasih ye.

Raya ke 5
Dah tak ada raya dah. Sekarang kat ofis..sedang buat soalan untuk final exam daa......

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua kaum muslimin dan muslimat semua. Semoga Syawal kali ini disambut dengan penuh keinsafan dan kebahgiaan bersama keluarga masing-masing.

p/s: ok la raya kat Sabah... tapi tahun depan harap2 dah pindah la ye... kepada Dato Imran..selamat hari raya ye....

2 comments:

  1. selamat hari raya farah...mai la jalan2 ke keningau, bagi kami plak..tahun ni tahun ke-8 kami beraya di Sabah ni.... =)

    ReplyDelete
  2. buat apa pesan kat haji imran...dia dah pencen la...:)
    selamat hari raya

    ReplyDelete