Wednesday, September 15, 2010

.: ABX yg mengecewakanku!

Saya baru je lepas habis tempoh bertenang ni. Saya rasa cukup tertipu, tertindas, terluka, tergeram yg amat dgn perkhidmatan ABX yg terlampau itu. Lain kali saya akan cuba seboleh-bolehnya untuk tidak melanggan lagi dgn perkhidmatan ABX yang very the low class tu.

Kawan-kawan semua, setia lah dgn perkhidmatan POSLAJU yg tak pernah menghampakan, lagi sangat berpatutan.

Apa jadi ni senah??

Ni, kesahnye.... minggu lepas, beberapa hari nk raya, adik saya di Kota Bharu pesan kat saya pos swarovski, suh saya beli kat Sabah ni..kunun nak tepek kat baju wat raya. Saya pun beli lee... Saya risau kut dia tak sempat nak tepek sebelum raya, jadi, dgn segera saya pos pada 6 Sept 2010. Lalu, saya telah meminta nasihat tuan penasihat saya, mana yg paling laju (walau dalam hati dah tau poslaju paling bagus). Tapi mana la tahu musim2 raya ni poslaju jadi busy. Lalu tuan penasihat saya pun singgah di ofis ABX.

Tanya dgn orang yg makan gaji buta kat ABX tu, dia kata komfem sampai esok. Lalu, saya tak pikir panjang la, terus hantar pakai ABX walaupun cas dia 2 kali ganda poslaju. Janji cepat sampai.

Hari ni,15 Sept 2010..saya pun dah lupa pasal saya pos barang tu. Tiba-tiba dapat panggilan dari ejen ABX kat Kota Bharu. Dia kata, adik say tak dapat dihubungi, rumah tak jumpa dan alasan-alasan yg saya sungguh geli mendengarnya. Macam saya ni duduk kat kampung yg sangat hulu bunyi dia. Rumah saya tu tengah bandar. Tak pernah lagi saya pos barang tak sampai. Dan, saya boleh dikatakan hari-hari jugak berhubung dgn adik saya menggunakan nombor-nombor yg saya bagi kat ABX. Kesimpulan, memang alasan semata-mata!

Saya amat geram. Saya rasa saya nak hempuk saja orang-orang ABX...which stands for Aku Bukan Xpress. Agak-agak, kalau saya saman ABX ni, ngapus tak bayar loyer???

Jadi, kegeraman saya tidak berakhir di situ. Saya telah berhubung dgn manager ABX di KL menyatakan ketidakpuasan hati saya. Nampaknya, manager ABX di KL tu hanyalah manager tunggul semata..sebab dia pass saya balik suruh saya call KK. Baiklah, nak wat cemana manager tunggul tu suh saya buat gitu. Saya pun call la ABX KK pula. Sebenarnya, saya bukan nak tau barang saya tu dah sampai mana, sebab saya tau barang saya tu dah ada kat KB, belum sampai kat adik saya saja lagi. Saya call ABX tu untuk marah!! Yee...untuk marah semata-mata!!!

Sudah saya bahasekan cik minah yg jawab telefon tu, lenkali awas!!! Pesan kat orang-orang you, jangan sesekali menabur JANJI PALSU pada customer kunun barang akan sampai esok, kalau esoknya masih lagi bertimbun dalam ofis! Saya pos 6 hb, 8 hb baru sampai KL..habis, sampai KB bila?? Kunun sampai 7hb.... HARAM! Perkhidmatan macam ni boleh tutup kedai ye. harap maklum.

3 comments:

  1. huhhh.. poslaju pun x ble cayer jgk time2 raya ni. my kek lapis pos ke kemaman seminggu lebey br smp siap huhu. nk je komplen kt pos msia tu.

    ReplyDelete
  2. kat keningau lagi la tak boleh di harap...poslaju ke...ABX ke...Gdex k...ABC ke..XYZ ke..semuanya unreliable, tak boleh di harap. sia2 je bayar mahal2....

    ReplyDelete
  3. kakak ipar kepada hantu rayaWednesday, September 22, 2010

    ABX tu mmg akak dah banned lama dah....ada ke dia boleh ckp yg diorang tak boleh gerenti barang tu akan selamat sampai...dah la tak boleh claim apa2 kalau hilang di tgh jalan.....

    ReplyDelete