Tuesday, August 10, 2010

.: Soalan Banci

Ni haa senah..ada pegawai pembanci mana ntah tinggalkan soalan banci dia kat sini ni. Dia suruh org2 yg sekitar Kota Kinabalu, Sepanggar, Menggatal je jawab. Selain dari tu, yg berada di area lain di Sabah boleh juga nak jawab. Yang kat KL dan semennjung tu, tak payah le menjawab, buat dengki saya je nanti dengan jawapan2 korang tu. hehehe... hah..sila lah jawab..

Anda suka shopping?
Tak suka sgt..sebab perabis duit je..(ada dia tanya kenapa?)

Dimana anda shopping barang dapur (kering)?
Semestinya servey likas...kalau rajin Servey KK.


Shopping barang basah mcm ikan, ayam kat mana?
Kalau malas, kat Telipok, rajin sikit, kat Pasaraya Lintas, rajin banyak, kat KK le beli ikan.


Berapa kerap anda shopping untuk barang basah dalam sebulan?
Kerap juga..seminggu sekali at least...


Anda rasa, pasaraya mana paling tak berpatutan dalam menjual barang dapur?
Entah..tak pernah try selain dari servey..eh ada juga sesekali kat Giant..huh..memang tak patut..beza RM6 tu untuk huggies!!


Anda rasa, kat mana jual pakaian yg lawa, berjenama dengan harga yg anda rasa sungguh berpatutan?
Kat Vunfa kot? Berjenama ke sana? Hmm..ada aku kesah jenama ke tidak..janji lawa... tapi kat Reject Shop Suria Sabah best juga!


Dan, anda rasa, kat mana jual baju dengan harga yg langsung tak masuk akal?
Semestinya Dubai! Yg dekat Jakel alamesra tu. Dengan Jakel tu sekali tak masuk akal. After 90% diskaun pun still mahal dari kedai yg tak dak diskaun. bajet2 le diskaun puuunnn...

Okey, kepada rakan2 sekitar KK yg nak jawab soklan mak-mak kat atas ni, sila la jawab..nnti jgn lupa bgtau saya, saya pun nak tengok jawapan anda..

1 comment: