Tuesday, August 3, 2010

.:Retro LadiesNite 2010 ...DI BALIK TABIR...

Kadang-kadang, sesebuah acara grand itu diingati bukan kerana grandnya acara tersebut, tetapi diingati kerana usaha dan keringat untuk melaksanakan acara tersebut.

Oleh kerana saya adalah pengacara bagi majlis tersebut (hehe...again.. tahun depan tak dah), saya tak boleh nak menggambarkan majlis tersebut dari kaca mata penonton..sebab..saya yg ditonton..ye dak cik senah?

Krew-krew puspanita dah pun meninjau Grand Ballroom 1Borneo pada pagi hari kejadian. Para penari-penari (amatur) pun ada dtg pagi tu ke Ballroom untuk raptai tarian mereka. Semua pun dengan kostum kerja masing-masing..so, tak brapa nak memukau pun siang tu. Saya, dengan Cik Yatt cuma menengok-nengok saja tentatif perjalanan majlis pada malam itu. Cik Yatt dengan Kak Mala (Kareografer tarian) sibuk-sibuk juga memplan dan mengarahkan Mr Geofrey lagu apa nk putar, time mana nak putar, lampu mana nak malap, mana nak terang. Hmm..susah juge ye kalu takdok Mr Geofrey selaku tukang jaga lagu-lagu. Mr Geofrey ni staff Grand Ballroom di 1Borneo. Orangnya macam malu, tp hmm...sempat juga melawak sekali sekala.

Susana pagi tersebut juga digamatkan oleh suara-suara sumbang yg mempraktis berkaraoke utk malam tu. hehe... saya pun ada juga buat ujian suara. ahaks! yg lawaknya, saya tengah test nyanyi lagu sha na na na na in the morning tu.... tiba-tiba saya dengar macam sumbang mambang je suara saya. penat saya ejas-ejas pitching segala, eh apsal sumbang teruk suara saya ni cik jah??? saya cuba diam utk menghayati muzik kejap. eh, saya diam pun suara tu ada lagi. saya tinjau-tinjau kot ada saper-saper lagi cik jijah yg pegang mikropon jugak. hoh..rupanya-rupanya, kak Pora tengah duk me'nyumbang'kan suara bersama-sama saya sejak tadi lagi...huhuhu..patutlerr ..wahaha... penat jer i teran-teran suara i yg lemak merdu ni.

dah tengahari, saya, cik yatt dan kak ida pun balik pejabat semula. sempat singgah beli burger 3 biji kat lorong sebelah pasaraya lintas tu. petang tu, masing-masing dah janji nak make-up kat umah Yatt. Haa...buat pengetahuan kak kak nam semua, make up kitorang (saya, Yatt dan kak ida) pada malam yg vogue tersebut adalah tajaan Mary Kay ye..(ihsan dari Kak Ida..hehe).

Jadi, lepas balik kerja, saya dah kelam kabut masak utk makan malam suami dan anak-anak terchenta dulu. Kang, mak nyer duk galak ber'ladiesnite' bagai, anak-anak di rumah kelaparan pulak ye senah! So, i masak le apa yg patut utk budak2 dan bapak budak. Sempat dinner bersama2, suap si maryam dan Wafiy sekali. Baru lapang dada mak ni haa... Dah tinggal anak-anak dan suami terchenta dalam keadaan yg kenyang dan terurus, lalu i pun chabut la ke rumah Yatt, solat maghrib kat sana, dijemput oleh kak ida yg pun nak ke rumah Yatt.

Kat umah Yatt, masing-masing mula lah mengaplikasikan ilmu solekan yg pernah diajar dalam kursus solekan juga pernah dianjurkan oleh PUSPANITA PKK pada suku tahun pertama 2010 baru-baru ini. Ewwah...macam-macam teknik la ditenyeh ke muka masing-masing. Kak ida dah gaya nak gi Anugerah Bintang Fofular dah, dengan mata lebam, tp canteq gitu. Saya? O...saya bersederhana saja. Kunun nak pakai kontek lense harimau bintang..tp mata saya sejak dua menjak ni asik sensitif je. So, kekal lah saya dengan spek mata saya yg agak-gak retro ni. tapi, tenyeh tetap tenyeh, cik jijah oi! Saya mekap kan juga mata saya mengikut warna rona baju yg saya pakai. Saya pakai biasa2 saja, sesuai dengan imej ustazah saya..ahahaha.... Saya pakai maskara, pakai blusher, semua lah yg asas-asas tu saya pakai. Nasib saya tak pakai bulu mata palsu je. hihihi....

Yatt pakai kontek lense hijau/biru. Vah gitu. Yatt pun bersolek ler jugak..pengacara kan, kalu xsolek, kang tak meriah ye kak nab? jadinyer, mekap ler juga. Tapi dah dekat-dekat nak turun tu, saya tengok macam ada yg tak sudah je. hmm..tak berani nak cakap, kang kecik ati pulak cik yatt ni. Hmm..saya tenung-tenung dia yg dah hampir sudah tu. "Ya Allah! Aku lupa pakai lipstik!" Hmm...memang buat lawak betul. Mata punyalah melerek sampai ke telinga dah gaya kucing siam dengan kontek lense biru dan glitter-glitter lagi. Boleh dia tak pakai lipstik??? kalu tak pakai eye shadow, ok lagi. Ni, lipstik boleh lupa. Hah, apa lagi..tenyeh ler lipstik. jam dah menunjukkan hampir jam 7 malam. Saya dan kak ida pun turun le dulu ke kereta sambil disusuli oleh yatt.

Dalam kereta, sekali lagi yatt buat lawak sayu. Selipar dia putus le pulak. Adeh! Kes berat. Itu lah satu-satunya selipar yg ada pada waktu itu. Kak ida ajak singgah kedai india jap, beli jarum dan benang. tapi, sebab macam dah lewat, yatt cakap tak payah. Dia cuba pin dulu selipar tu. Huhuhu...Kak ida pun memulakan adegan sayu meruntun jiwa, "Takpe Yatt, kita sama-sama buka selipar malam ni...biar jadi Elyana giituh....Oh tak mungkin...Kalis rindu....kalis rindu...(nyanyi dah pulak...)...!"

Perjalanan ke 1Borneo memakan masa sepatutnya dalam 10 minit je, So kami tak ada lah berdebar sgt. Tapi, malam tu dibuatnya jem teruk pulak nak ke 1Borneo. Ada polis traffic yg jaga traffic tak bagi org nak u-turn ke sana. Setahu saya, kat sebelah Ballroom kitorang tu ada function bapak-bapak polisi juga. Agaknya, polis traffic tu jaga traffic sebab tu kot? "huh..cair le maskara aku cenggini, nyah..." Tengah-tengah jam tu, sekali lagi yatt buat lawak. "Lerr...aku tak pakai maskara rupanya!". Huh...itu la yg buat macam ada tak kena. Nasib baik ler ada bawak maskara. Dalam ke'jem'man itu, Yatt sempat tenyeh maskara. haih...macam-macam.

Berbalik kepada kes jem tadi. So, kami cuba amik jalan pintas, ke alamesra, dengan harapan dapat lepas jam yg panjang nak u-turn tu. Jangkaan kami namun meleset. Pak Polisi itu nggak mau kami lepas juga traffic light tu. Lampu hijau dah 40 kali hijau, kami tak lepas-lepas juga. Hon dah bersahut-sahutan dah kat lane kami. tapi polis traffic yg telah mendapat nama 'kambing tua' oleh kak ida itu tetap degil tak nak bagi kami lepas. Kami dah hampir 1 jam terperangkap dalam jem tu. Kalau ada roti, dah lama kenyang.

Yatt dan saya nekad utk jalan kaki saja ke sana. Sebab dah depan mata pun 1Borneo tu. kak ida pun suruh tinggalkan saja kereta. Hmm..kami apa lagi...dengan selamba ala-ala britney spears (perasan) keluar dari kereta selamba je lah jalan kaki. Saya nengok-nengok juga polis traffic kat depan tu. Cari punya cari, aihh? mana polisnya?? dah abis shift ke? Tgk lampu isyarat, dah nak hijau. Tengok kereta paling depan, dah nak jalan. Hoh, apa lagi senah....kami pun lompat patah balik ke kereta ler....heh heh heh. malu sekejap. harap2 tak der la yg kenal ye...

Dah sampai kat 1borneo, cari parking, cepat-cepat kami ke ballroom tu ha...di sambut pulak dengan ahkak krew yg garang, kak pora dan kak pe'ah. hah..dah lambat kan..MC pulak tu...so, saya cepat-cepat standby je la..nasib baik VIP pun sama-sama sangkut kat traffic jem tadi. So, kami tak der la menyepoilkan majlis kan.

So..majlis malam tu berlangsung dengan aman damai...diacarakan oleh saya, yatt dan kak yana.

Malam tu, saya sempat la menggayakan karegrafi yg diajarkan oleh kak Mala untuk sesi memperkenalkan pengacara tu. Ha ha... mencucuk bintang le malam tu i senahh.... hehe... i pernah pernah saya menari depan orang atas pentas tu. Agaknya, ntah-ntah ada yg tutup mata nengok saya menari. Haha... lantak ler, saya cuba menghidupkan watak.

Kak yana dan yatt pun ada step masing-masing sepatutnya, tp haramm..aku jugak yg over. Huhu... tak pe..yg penting vogue tetap vogue.

Tumpuan mata-mata semua terarah pada group of dancers yg menggelarkan diri mereka sebagai The Lady Dolls. Masing-masing dengan melaram ala retro. Memang cun ler. Tak sangka staff poli ni sebenarnya dah mengalahkan artis gayanya. Dengan bulu mata berkipas-kipas, jeles saya. Sepatutnya, saya pakai juga bulu mata palsu yg gaya burung merak tu..hehehe.....sama panjang dgn mikrofon gituh.

The Lady Dolls tiba-tiba bertukar pulak menjadi The Spicey Queens untuk persembahan kedua. Huh..memang memukau lah persembahan diorang. Agak-agaknya, kalau masuk gengstarz, boleh masuk final kut…hahaha…

Apa pun, kredit untuk Geng Aktiviti yg berjaya mengawal keadaan, bila tiba-tiba last minute Si Geofrey bertuahh tu cakap tak da white screen untuk tayang soalan bagi aktiviti 1, pertandingan berkumpulan malam tu. Terpaksalah kami guna Plan B. Prop untuk aktiviti 2 pun tercicir. Hah..plan apa lagi nak pakai, plan C pulak. Jenuh saya sebagai pengacara nak piker apa nk buat. Nasib baik ada idea Spontan. So, Spontan lah kami. Yg penting, ada pemenang untuk 2 aktiviti tu. Hehehe... kak nam kak nam yg hadir malam ladies nite tu agaknya tau dak semua aktivit yg korang main tu sebenarnya plan B dan plan C kitorang je?? Hik hik hik.... itu lah takdir namanya.

Malam terus digamatkan lagi dengan pertandingan menari. Asalnya, pertandingan menari retro. Yg ni, saya sebagai pengacara pun naik bingung (bukan bengong ye), apsal pulak lagu dangdut, lagu hindustan je yg dimainkan. Si Geofrey ni tak paham konsep ke, atau memang itu kehendak juri? Tak pulak saya pasti. So, saya layankan aje. Tak sangka, memang ramai staff poli KK ni yang mempunyai bakat ’terendammm’. Huhuhu..... yg bakat bersinar pun ada la sorang dua..hehehe...

Malam ladiesnite berakhir dengan pengumuman Lady of The Night..yg dimenangi oleh kareografer saya yg tersayang..kak Mala. Hmm..pada pendapat saya, beliau memang layak lah! Kena dengan konsep retro, aktif, sangat menyumbang untuk malam tersebut, dan PUSPANITA keseluruhan.

Keseluruhannya, majlis malam tu berakhir dengan sungguh memenatkan. Hehhe..sekurang-kurangnya, untuk saya..

3 comments:

  1. tabik spring kepada puan farah kita kerana berjaya memeriahkan lagi acara ladies night tahun ini.....barlah terpaksa menempuhi pelbagai dugaan sebelum dan selepas majlis....yg penting kita enjoy k.....

    from me...

    u know who....hehe

    ReplyDelete
  2. gambar mana? nak tengok gambar......hehehe...gambar ahkak MC yg the vouge the vass gitu..

    ReplyDelete
  3. hehe...gambar censored...hahaha... kena tapis dengan bos besar duluan..very the vasss sangat dekpong...

    ReplyDelete