Tuesday, August 24, 2010

.: Ramadhan bulan ujian

Di kawasan perumahan saya sekarang, macam-macam sakit pula, berkebutalan bulan Ramadhan pula. Saya sendiri pun sakit tekak, dan batuk-batuk dan sedang mengambil ubat antibiotik untuk masalah sinus... Tak sedap pula saya rasa macam berkahak saja di anak tekak saya ni. Semasa puasa ni kita kena hati-hati kan, telan hingus dan kahak boleh batalkan puasa..apatah lagi tahi gigi. hehe. Itu lah ujian, ujian kecil.

Anak-anak pun batuk juga. Kawan-kawan mereka di taska pun ramai juga yang tak sihat. Musim sekarang pun agak tak menentu, Tiba-tiba panas, tiba-tiba hujan, tiba-tiba berangin.

Ujian datang dalam berbagai bentuk. Ada orang yang kena cerap untuk kenaikan pangkat pun ada time puasa ni. hehe..semoga semuanya tabah menghadapi.

Ujian yang saya rasa palign hebat, ialah ujian fitnah. Fitnah ni sgt besar dosanya. Sehingga Rasulullah s.a.w bersabda "Fitnah itu lagi dasyat dari membunuh"

Kita kena hati-hati, sebab membuat fitnah ni mudah saja. Mungkin dalam kita tak sedar, kita terfitnah sesiapa? Fitnah jiran tetangga, rakan-rakan sekolah lama, rakan-rakan university dulu, rakan sekerja, adik beradik, saudara mara, dan mungkin juga bos-bos kita termasuk yg di Putrajaya sinun?

Saya ingin mohon maaf dan keampunan walaupun raya belum tiba kepada semua umat Islam, kerana saya yakin, pasti ada yang pernah tersinggung dan makan hati tak lena tidur kerana marahkan saya. Saya juga sudah memaafkan segala salah orang-orang lain (sama ada mereka buat salah kat saya secara sedar atau tak..hehe)... bak kata Dato Fadzillah Kamsah..kita kena maafkan orang. baru hati kita tenang. So..maafkanlah saya juga ye. Senah, tipah, joyah semua... maaf ek.

Bulan Ramadhan ni juga elok kita ambil kesempatan untuk muhasabah diri, mensucikan diri dari segala dosa, ikhlaskan diri beribadah kerana Allah. Berapa ramai org yg puasa tapi sekadar mendapat lapar dan dahaga, dan berapa ramai yg berteraweh tapi hanya mendapat penat dan letih sahaja, kerana tiadanya IKHLAS? Namun, berapa ramai juga yg langsung tak teraweh... hehehe...

Kita mesti melakukan segala kebaikan dengan ikhlas. Ikhlas ni apa? Ramai orang tahu sebut ikhlas, tapi tak faham maksud ikhlas. Kalau ikut saya, ikhlas ni kan.. kalau kita buat sesuatu, niat tak ada lain, hanya nak mendapat redha Allah saja. tak ada agenda tersembunyi, nak naik pangkat ke, nak supaya nampak rajin ke, nak supaya lepas ni ramai orang nak berkawan ke, atau lepas buat ni, nanti dapat kuruskan badan, cantikkan kulit. Niat-niat sampingan ni kadang-kadang tak boleh nak elak. Cuma kita boleh tegaskan niat untuk mendapat redha Allah itu lebih dari niat-niat sampingan yg dibisikkan oleh setan tu.

berbalik kepada tajuk di atas pula, ramadhan bulan ujian..berapa ramai orang suka ujian? Student saya paling tak suka ujian. Sedangkan, kalo tak ada ujian, sia-sia saja belajar, tapi tak dapat apa-apa pengiktirafan. Hidup pun sama la. Kalau tak ada ujian, terbukti tak iman kita? Kalau hidup ini sentiasa setilam bunga mawar (life is not a bed of roses), tak ada lah orang masuk neraka ye... Sedangkan Allah dah tegaskan, dunia ni adalah tempat ujian. Kalau kita fail, abis lah kita.

Salah satu tips untuk pass ujian-ujian Allah, kena banyakkan sabar. Macam mana nak sabar, kena banyakkan zikir, hadiri majlis ilmu, jauhi laranganNya. Tapi, tak sabar-sabar juga? Sabar ni bukan boleh dapat macam tu saja. Kita tak boleh aplikasikan sabar terus bila musibah datang kalau kita tak buat latihan pengukuhan sebelum ujian datang, betul tak. So, masa sebelum datangnya ujian tu, kita kena reti bersyukur. Macam mana nak bersyukur? Kena la sentiasa ingat padaNya. Banykkan zikir, kerana sesungguhnya dengan zikrullah, hati menjadi tenang.

Manusia ramai yg kembali kepada Allah hanya apabila musibah datang... terbuktilah, musibah itu salah satu tanda Allah masih sayangkan kita. Dia mahu kita kembali ingat padaNya. Namun, orang-orang soleh dan beriman pun turut diuji. Yaa...ujian itu hanyalah untuk mengangkat lagi darjatnya.

Sekian dulu dari Ustazah Viva...renung-renungkan. Selamat beribadat!

1 comment: