Monday, August 2, 2010

.: Kawan-kawan Wafiy

Hari ni, mama nak bercerita tentang kawan-kawan wafiy.
Dah lama nak bercerita tentang kawan-kawan Wafiy, siap ada yg dh pindah pun... so, hari ni baru berpeluang.

1st yg mama nak cerita, tentang kawan Wafiy yg juga merangkap jiran sebelah kita, iaitu Nasya... Nasya ni kat sekolah Teacher dia panggil Tasha.. namanya Natasya Aleya...(salah eja ke? ampun ye).
Lahirnya awal 2 bulan saja dari Wafiy. Tapi budak ni agak semangat..mana taknya, mak nya tokeh kek and bakery. Nasya ni lincah dan cerdik budaknya. Selalu lepak kat rumah dengan Wafiy. Masa kecik-kecik dulu, time diorg cakap yg satu haram pun tak berbutir, macam itik cakap dgn ayam. Tapi masing-masing memahami bahasa masing-masing.. Sampai sekarang, masih lagi bestpren gituh. Nasya ni, walaupun girl, dia lebih tangkas. Cepat aje. Wafiy pasrah je lah kalau berebut dengan nasya ni. hehehe...gentleman gitu si Wafiy. So, kalau ada anugerah kanak-kanak cergas, memang nak bagi award tu kat si kenit nasya ni hah...

2nd, kawan sekolah wafiy juga...si Wani. Wani ni anak ofismate Mama. Orangnya, kecil molek, muda 2 bulan je dari Wafiy. Tapi badan dia bulat. Memang badan org sabah, kecil, tegap...montel dan montok. Orangnya very the ichiban gituh. Hehehehe..macam Sizuka. Kalau jumpa dia kat taska tu, dengan ayu dan comel dia menyapa.."Hai mama wafiy".. huh..meruntun kalbu betul tengok senyuman dia yg manis, mata melirik manja, mulut sejemput...kepala melentok. Happy je sepanjang masa. Kalau jumpa, senyum dengan mata sekali senyum. Oh..mmg sweet sgt budak ni. Mata dia mcm kartun jepun time tersenyum tu. Wani ni, kalo ada anugerah kanak-kanak termanis dan ayu, hah dia lah tu.

Seterusnya, kawan wafiy yg bernama Dami Aiman. Aiman ni mcm tua dari wafiy sikit. Orangnya agak garang..hehe kecik-kecik dah garang. Di taska, wafiy banyak juga main dgn aiman. Sebab bila tanya main dgn siapa, nama aiman mesti muncul. Tak byk sgt yg boleh cerita pasal aiman ni, sebab aiman ni tak byk cakap. Serius ja memanjang.

Seterusnya, si Luqman Hakim. Ha..Budak ni, kalo ada anugerah lelaki macho, boleh bagi kat dia. Dengan gaya rambut ala-ala Roy (faizal hussin) zaman dulu. Hehehe...tubuh besar ikut ayah dia. Rasanya, tak pernah nampak Luqman ni menangis. Mesti macho je selalu. Kalo tak macho pun, control hensem je. Memang cool lah.

Seterusnya, haa...si Atikah. Atikah adalah kawan wafiy yg paling tinggi walaupun sebaya je dgn Wafiy. Tinggi dia tu, rasanya wafiy paras bahu dia kut?? haa...mmg tinggi. Rambut kerinting. Atikah ni serius juga. Dia cuma cakap bila kita menanya je. tak macam Wani dan Tasha yg org belum tanya dh jawab..hahaha. Kalau pergi taska tu, nampak si Wani dan Nasya, baik sembunyi kalo nk cepat...ngehhhehehe.... kalo nampak Tikah tak pe. Dia memahami gituh.

Seterusnya, kawan taska wafiy yg baru masuk gred sama dgn wafiy, si Auni. Auni ni muda setahun dari Wafiy, tp badan dia masya Allah..sihat wal afiat. lagi besar dari wafiy ni hah. Kecik-kecik dulu hari-hari makan telur. Sampai jadi obesiti. Mak dia sampai senget tulang belakang pergi buat rawatan dgn pakar tulang dah ha...hahaha.... Auni ni comel, putih, rambut kerinting macam Mellcy Spice Girls tu..ha..mcm maggie.  Rambut dia coklat pulak tu. So, kdang-kadang nampak macam anak org puteh pun ada. Tapi, Wafiy tak suka auni ni. Hahha... sebab auni suka rebut mainan dgn dia... Ye la, auni tu muda lagi, belum pandai main macam Wani dgn Nasya walaupun badan dia lagi besar dari diorg semua. So, kalau tanya Wafiy kenapa tak suka Auni, boleh pulak dia cakap sebab rambut dia besar...hehehhe....tak kuaser ....

Setakat ni, ni saja kawan-kawan Wafiy yg mama kenal. Yg lain-lain tak brapa kenal, so tak boleh nak tulis.
Next time, kalo ada story, mama tulis lagi.
Adios.

3 comments:

  1. alaaa ibu mertua apa ni salah eja nama menantu.. nur aliya natasya la bkn natasya aleya haha.. :p

    rasanya mmg ni je la geng2 gbs diaorg kot. klu tanya nasya mmg ni je nama2 yg slalu di sebut. tp tertinggal sorang lg la AISYAH.. :)

    anugerah gadis ayu sesuai aisyah yg dpt wani ble bg anugerah gadis talkactive.. mcm bertih jagung masak klu dgr dia ckp. very2 friendly..

    ReplyDelete
  2. ha'ah kan..ayu nyer si Aisyah..bertih gorengnyer, si Wani. Dah tu, Nasya anugerah ape pulak?

    ReplyDelete
  3. hurmmm.. nasya nk bg anugerah apa erkkk.
    x tau la bila tang anak sendiri terus x tau sbb duk tgk mcm2 pe'el.
    mak mertua dh bg anugerah kanak2 cergas ok la tu hehe.. :p
    nnt anugerah tu akan di past pada maryam raesa plk ekeke

    ReplyDelete