Monday, August 16, 2010

.: Cerita di bulan Ramadhan

Alhamdulillah.. minggu pertama Ramadhan nampaknya berlalu dengan tenang dan aman damai.

Tapi, andai kata orang suh saya buat graf tenaga/stamina vs. hari berpuasa..nampaknya, graf tu bentuknya menurun la kot. Hari first berpuasa, tenaga maintain, stamina tinggi,boleh siap jahit baju kurung Maryam sepasang lagi pagi lepas sahur tu. Masuk hari kedua..dah mula rasa letih..dan begitu lah hari-hari seterusnya.

Tapi, hari ni, hari Isnin, rasa graf tenaga saya meningkat naik sikit, mungkin after 2 days rest at home saja melayan anak-anak yg tak puasa tu. Masa suap anak tu langsung tak terliur pun. Hmm..berbeza dengan tahun2 lepas, tengok iklan Appollo pun rasa kecur liur. Tahun ni, Iman langsung tak tergugat dengan makanan... harap-harap berterusan la hingga akhir Ramadhan. Walaupun ada sedikit teringin nak makan kueh akok, namun, tak ada sampai tahap buat sendiri (macam tahun lepas). Boleh pendam2 lagi. tapi kalu ada masa, nak buat lah juga...kat sini tak ada jual akok ye akak2 semua. Mungkin kalu kak janna di keningau rajin, buleh order, kalu turun KK, hantar le ke rumah ye..hehe.

Perkembangan solat terawih... Ya..terawih, exclusive di bulan puasa saja, jangan ketinggalan! Memandangkan si Maryam masih kecik, saya solat terawih di rumah saja. Bak kata ummy saya, solat terawih sambil jaga anak di rumah pun dah berganda-ganda pahala...takkan nak tambat anak di tiang semata-mata nak gi masjid kan.. hehe... ummy saya membuat lawak di satu petang ramadan semasa saya bertalian dengan beliau...

Walaupun Maryam merungkas (memanjat) belakang saya ketika sujud, dan masuk dalam kain saya ketika qiam (dek kerana banyak rakaat sangat), saya tetap kuatkan semangat buat 8 rakaat. Itu semua cabaran biasa saja. Ketika tahyat akhir, saya turut ditarik telekung dan di korek hidung dan biji mata oleh anak saya yg bertuah itu. Namun....saya sabaaaaarr...... Itu kira ok dah tu. Apa sangat la lagi dia boleh buat kan kalau bersendirian semasa mama tengah solat.

Wafiy mana? hehe..terawih la dia dengan babah dia kat masjid. Tiap2 malam ikut babah gi masjid. Ada satu malam tu babah terpaksa tinggal sebab malam tu turn babah jadi imam teraweh. So, wafiy tinggal dengan Maryam kat rumah... Hah..bila dah peregu, 2 beradik bertuah ini buat kerja la. Abis diselongkar laci, almari. Bergaduh pun boleh tahan... Maryam pun dah pandai berembas...huhu.

Pada weekend 2 hari lepas, saya ambil kesempatan untuk bersolat teraweh di masjid juga. Saya memang sengaja tunggu weekend untuk berteraweh di masjid, sebab masa tu masjid tak ramai orang, student2 balik kampung. Saya cuba-cuba la bawa maryam skali. Alhamdulillah, malam pertama, baik saja dia, Duduk diam-diam saja kat sebelah saya. Perhati orang solat. Tak mengacau macam selalu kat rumah tu. Pandai. Mungkin ada benda yg lagi menarik untuk ditonton.

So, malam seterusnya saya bawa lagi. Malam yang kedua ini terus membuat saya terpikir, patut kah saya bawa Maryam ke masjid berteraweh lagi? Saya rasa tidak tenteram masa solat. Maryam asyik tak ada kat sebelah. Habis setiap 2 rakaat, dia hilang. Rupanya, dia duk main ciku cak dengan abang kat sebelah tirai tu. Selalu selak kain tirai tu pergi ke sebelah makmum lelaki. Babah solat kat depaaan. Takkan pulak mama ni nak gi bahagian lelaki gi amik maryam kan. Nasib baik dia pandai balik semula melapor diri.  Begitulah pe'el dia sampai habis teraweh.

Berpeluh-peluh mak ni semayang teraweh kat masjid..berpeluh main kejar-kejar.

So, kesimpulannya... solat teraweh kat rumah saja lah....

2 comments:

  1. haha kak senah.. x sangka plak tajuk kita ni sama laa. nasib baik isi kandungan x sama walaupun ada iras2 hehe..

    ReplyDelete
  2. haaa..tu la... i ingat u saja nak pekena i..buat tajuk sama... hihi... rsnya, kalu di google..ramai kot buat karangan tajuk ni..he he he

    ReplyDelete