Monday, August 23, 2010

.: Cerita di bulan Ramadhan [Bhg 2]

Hari ni tak ada tajuk khusus, so, tajuk umum saja lah.. hehe..macam kategori2 puasa pula ...

Di bulan puasa ni, ramai yg mengambil kesempatan menggandakan pahala dengan bersedekah, membanyakkan amalan2 sunat, dan juga meningkatkan kualiti ibadah wajib.

Di bulan penuh keberkatan ini, eloklah kita mula menanam azam menjadi mukminah solehah, dan mudah-mudahan berkekalan lah hendaknya.

Bulan ini juga cukup sempurna untuk mengeratkan tali silaturrahim antara kita ye..

So, untuk mengeratkan silaturrahim dgn rakan-rakan, saya telah beraktiviti mengunjungi bazaar ramadhan bersama kak tipah (bukan nama sebenar) dan juga cik jijah (juga bukan nama sebenar) pada minggu lepas..

kami beraktiviti ke bazaar ramadhan 2 hari berturut turut lagi, supaya yg erat bertambah erat gituh. Tak sudah dengan itu, cik jijah turut saya undang bertandang ke rumah saya untuk berbuka. Namun, disambut oleh cik jijah dengan offer lagi bagus, dia nak datang masak bersama lah pulak.. (wow)

Jadi petangnya itu, masak lah kami berdua, mee sup... yg amat sedap sekali..hihi..setelah ditambah garam selepas waktu berbuka. Jiran setangga dan depan tangga dapat lah merasa jugak mee tu. Pada jiran tangga-tangga lain, saya tak lupa, mungkin turn anda di lain hari... insya Allah.

Saya juga turut mengeratkan silaturrahim dengan menegur-negur rakan-rakan di facebook, kebetulan pada suatu hari, tukang blok facebook di ofis saya telah kasi chance pada kami berfacebook agak lama pagi tu... sebelum dia blok lepas saya letak status bikin panas..ehehe..

Hari ni saya nak masak, saya dah tak nak beli di bazaar ramadhan laa... sebab saya sudah ada simptom2 ketagih bazaar ramadhan semenjak berkenalan dgn bazaar ramadhan Navy. Jadi, saya nak masak ayam golek pada petang berbahgia ini. Harap-harap niat saya itu akan terlaksana.

Malam ni, kalu keadaan terkawal, saya ingat nak gi masjid lah berteraweh, ambil roh ramadhan. Asyik teraweh kat rumah, dah rasa mcm rutin pulak.

No comments:

Post a Comment