Tuesday, August 10, 2010

.: Antara ILMU dan AMAL...

Salam sejahtera salam 1 Malaysia..dan yg paling penting Salam Ramadhan Kareem kepada semua...

Bersempena Ramadhan yg bakal disambut esok, hari ni, saya ingin menulis tentang tajuk di atas. Sepatutnya, dia 3 sekawan, ILMU, IMAN dan AMAL. Tapi, saya agak sukar untuk menulis tentang IMAN kerana topik tersebut level dia tak terjangkau penulisankuu..huhu..

Baiklah musalmah, markonah semua...
penulisan saya ni tema dia ringan saja. sebab saya tak suka beratkan kepala saya.

Marilah kita semua menanamkan azam tahun ni untuk berpuasa dengan sepuasa-puasanya. Jangan hanya berpuasa golongan umum, yang hanya berpuasa makan dan minum disamping mengorek apa yg boleh dikorek tu.

Hayatilah maksud puasa sepertimana yg telah dianjurkan oleh Baginda Nabi s.a.w, iaitu berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi juga menahan segala nafsu jahat yg mengarah kepada mengumpat mengata, mencerca, memperabis duit laki beli emas, beli perabot dan handbag ye senah... (nasib baik dan setel beli belah sebelum puasa)

Yang paling penting, jaga hati. Sentiasa bersangka baik kepada semua, sangka baik pada Allah dan sekalian makhluk. Kalau kita bersangka baik, insya Allah, baik lah jadinya. kalau kita sangka buruk, hah sambung lah sendiri ye senah...

Kita semua banyak mempelajari ilmu2 teori, tak cukup di sekolah rendah, sambung ke sekolah menengah..sambung pulak degree..dan seterusnya ada yg dah ada PhD pun. Ada yg tittle Dr, Ir, Cr dan macam-macam lagi. Masalahnya, ketinggian ilmu tu kadang-kadang tidak berserta dengan ketinggian amal. Sebab tu jarang kita jumpa doktor yg merawat pesakit, dalam masa yg sama mengingatkan pesakit bahawa penyakit itu dari Allah, dan Allah juga lah yg mengubatinya, bukan ubat yg dibekalkan tu tau.

Kita juga pernah dengar kes pendakwah yg bergaduh dengan jiran sendiri hanya kerana perkara remeh. Amboi senah, masuk tv bukan main lagi berdakwah ye senah..dengan jiran sendiri sampai masuk mahkamah ye... hehehe... Sometimes, kita jumpa juga orang berilmu dalam bidang kaunseling berpangkat Cr, pun gagal menyelesaikan masalah bersama rakan sekerja sendiri. Toksah ngata orang la senah, kadang-kadang, kita ni salah orang je nampak, masalah orang je sibuk nak tolong, tp diri sendiri?? Ha..jawab sendiri. Sebab tu ada orang tu, ngajar repair komputer, tapi komputer sendiri hantar kedai..hah..sapa la tu???

Fikir-fikirkan..selamat beramal...

Selamat menyambut Ramadhan ye semua...

1 comment:

  1. selamat mengerjakan ibadah puasa ye jiran ku..
    sama2 la kita beriman dan beramal.. :)

    ReplyDelete