Monday, July 19, 2010

.: Words of the day...

Pagi tadi, saya minta tolong anak sulung saya si wafiy yg hampir berusia 3 tahun itu melipat blanket dan mengemas katil. Mcm biasa, wafiy ni ada-ada aje kalau mintak tolong dia.

"Wafiy, tolong laa...pandai tidur jah, kemas tak pandai.."

Anda tahu apa dia jawab? "Tak kuaser.."

Hoh??? Macam ayat akuuuuuuuu........

Nampaknya, lepas ni, saya kena lebih berhati-hati dengan ayat-ayat saya. Nampaknya wafiy ni cenderung nak meniru ayat-ayat saya dah. Jadi, sebelum saya lagi tension dengan jawapan dia, baik saya sendiri yg behave. Kepimpinan melalui teladan kan???

Anak dara saya yg sorang tu, si Maryam Mi Amor pula dah tambah satu lagi vocab. Masa tengah main-main dgn abg dia, dia nak lalu kat celah antara kerusi dengan abang dia berdiri tu. Sempit sangat tak boleh lalu...Dengan spontan dia sebut "(Te)piiiiii......piiiiii......" Agaknya nak cakap "tepi...tepi..."

Sebelum tu vocab yg berjaya disebut ialah "Tuh.." untuk 'jatuh'. Heheh... vocab baru ni kalau kita mula-mula dengar, kita mesti sangka dia sebut secara tak sengaja. Tapi bila dah berkali-kali kita dengar, dia akan sebut "Tuh!" bila mainan dia jatuh dari meja tempat dia main. Ha..maknanya, dia mmg maksudkan apa yg dia sebut tu.

DI rumah, aktiviti favourite Maryam sekarang ialah main stack. Alah, yg susun-susun mainan jadi piramid bunga, pastu disassemble balik piramid tu jadi sebongkah balik, yg kecik masuk yg lebih besar. Boring main stack tu, dia main mix-and -match shapes. Memang mencabar buat permulaan. Permainan tu mula-mula dia tak tau nak buat apa pun, cuma main masuk mulut baling-baling je. Sekarang Maryam dah macam faham, dia kena match shape tu dgn lubang yg sama dgn shape tersebut. Selalu jugak salah-salah. Tapi bila dah dapat, dia seronok tepuk tangan le. Mainan tu nama dia apa ntah..cookie jar ke apa. Ada muzik...best la. From fisher-price. Nampak macam simple je, tapi melatih anak-anak berfikir la. Wafiy yg dah besar pun sibuk nak main jugak. Lepas tu mula la boring sbb dh tak brapa nak mencabar minda dah. haha...

2 comments:

  1. hahaha.. i can't imagine mcmana la wafiy ckp erk. adakah bunyi ala2 suara itik itu.

    tak kocerrrrr!!!!

    ReplyDelete
  2. ahaha...suara angsa kot?? bukan tak kocerr la aunty.. "tak kwasyer"... hih hih hih

    ReplyDelete