Wednesday, July 28, 2010

.: Wisam Wafiy is now 3 years old

Wisam Wafiy hits 3 years old already..Alhamdulillah.. semoga Allah panjangkan usia Wisam Wafiy bin Norashady, menjadi anak yg soleh dan beriman.

Pada pagi birthday tersebut, 27 Julai 2010, Wisam Wafiy bangun dengan happy sampai terkencing dalam seluar...excited sgt..sib baik sikit saja. Pagi tu tanya, "Wafiy dah umur brapa tahun?"

"Ermm..tiga tawun... (tiga tahun)" pekat juga pelat sabah anak aku ni.

Mama sudah plan nak sambut birthday Wafiy di taska. So tempah mee goreng dgn ayam goreng untuk makan di taska saja. Teacher-teacher sudah buat preparation malamnya, gantung belon-belon, dan tempah kek Black Forest. Kenapa sambut di taska? Sebab 27 Julai 2010 is on Tuesday! hehehe...
So..what wafiy got for his birtday?? No present, sbb tiap-tiap bulan tak payah tunggu birthday pun mesti dapat something kan..hehehe...

At 3 years old... pencapaian Wafiy..
*Solat...the actions. Boleh dah rukuk, sujud dgn betul. Bacaan tak ajar lagi. Dia tiru-tiru saja. Al-fatihah dah boleh baca, tp makhraj out. Hehehe....
*Mengira... until 20?? i guess... because wisam wafiy never show his talent..kena dengar secara rahsia time dia mengira. kalau dia perasan kita terdengar, dia stop dan senyum malu-malu. Boleh pulak gitu?
*Differentiate languages and accent... kalo tengok astro boleh pulak dia request nak bahasa Inggeris. "Mama, tak best bahasa melayuuu...bahasa inggerish la best.." tu kalo tgk mickey mouse and friends laa...
Loghat Sabah, Kelantan dan KL pun dia boleh adapt juga. Di Taska cakap Sabah, balik rumah cakap KL (xkuaser)..dgn babah cakap Klate. Tapi, Wafiy tak suka cakap klate.. hehehe..terpakser ler mama meng"KL"kan diri..huhuhuhu.... hehehe... kalu Mama cakap klate jugak? Nanti dia betulkan lah.."Bukan 'kudo...', 'kuuudeeeee', 'horse'!" Ewah...mengajor pulak dia.
 Sekarang, tinggal huruf S lagi tak berapa nak betul. Org kata 'bas sekolah', dia kata 'bas shekolah'. hehe.. tapi kalu kita tiru cakap 'shekolah' jugak..dia tegur.."Mama, bukan 'SHEkolah', "SHE-KO-LAH"!"..ngehehe..inilah yg dinamakan ketam mengajar anak berjalan lurus.

*Kreativiti pun makin tinggi...berkadar langsung dgn loyar-buruk. Kalau main lego tu, macam2 lah dia buat. Tapi, mesti ada kapal terbang, mesti ada pistol. Sebab cita-cita dia nak jadi askar.. haih..mana dia dpt idea nak jadi askar. Sebab Datuk dia dua-dua pernah jadi askar kot?? Darah perwira mengalir dalam dirinya..hehe, walaupun agak penakut. Daaa....tak kuasa mama!

Haa..cakap pasal buat kapal terbang pakai lego tu, ada part yg mama agak kagum dan terkesima. kalau buat kapal terbang, masa kecik-kecik dulu, mesti ada sayap, ada ekor. Kalau lukis kapal terbang pun, mama lukis sayap dgn ekor je lah. Tapi wafiy nampak ada satu benda lain. Jeng-jeng jeng.....

Heheh..apa dia? Kat bawah sayap tu, wafiy ada tambah satu blok lego. Wafiy explain "Mama, ni sayap dia, kat bawah ni enjin dia...enjin dia ada kipas tu" ooo...
Tapi itu bukanlah bermaksud mama tak berapa cerdik ye. Mama masa kecik-kecik dulu mana pernah naik kapal terbang, mana la tahu bawah sayap ada enjin ada kipas semua... hehehe.
(mama yg tak mau kalah..pulak!)

Perkembangan kesihatan..
Alhamdulillah..dah lama dah lelah wafiy tak menyinggah. Harap-harap, lelah tu dah pergi for good la. Tapi, precautions masih diamalkan. Wafiy pun berselera betul makan sekarang ni. Alahan telur pun nampaknya makin kurang. Boleh dah makan sikit-sikit telur. Tapi, makan nasi sepinggan pun, susu tetap maintain sebulan 4 tin 900gram.. ye..masih Pediasure...apa nak buat..selera dia begitu. Susu lain tak sedap pulak katanya. So, 2 beradik tu sekarang minum susu yg sama. Senang.
Kalau nak tukar susu murah, kang kena pulak "Sampai hati mama!"..ni meniru ayat mama lagi ni.

Perkembangan "abang'hood..
Wafiy abang yg baik. Gaduh baik gaduh baik tu biasala.. pernah sekali tu, gaduh dengan maryam, (berebut mainan), Maryam terhantuk kat dinding, Wafiy cepat-cepat pujuk sambil gosok kepala maryam, pastu ajak maryam main sama-sama. Sweet juga. Protective yg amat. (Macam mama). Nampak sampah je, terus gi buang kat tong sampah, takut maryam makan. Hehe...pun macam mama. Didikan secara tak sengaja. (Resit aku pun nak dibuang!)
Sometimes, datang angin manja, brebut nak beriba. Time Maryam nak menenen dgn mama la dia nak ber'depek' dgn mama juga. Time mama rilex tak ada nak buat apa-apa, sorang pun tak ingin dgn mama yea! Itu lah antara gelagat-gelagat dua beradik ni yg buat mama tersengih sendiri bila menulis ni. hehehe..

mama yg tersengih...

2 comments:

  1. happy birthday wisam wafiy.. :)
    dah bsr dh bjadi anak teruna haa.
    smlm nasya cuti x dpt nak sambut birthday wafiy kt taska owhhh rugi btol sbb x dpt nk celebrate bzday besfren dia.
    insyallah.. nnt klu mama nasya ingat nasya bg backdated present yer hehe..

    ReplyDelete
  2. laa..patutla xder muka nasya dlm camera babah nya..

    ReplyDelete