Thursday, July 15, 2010

.: Perihal sikap --> TOLERANSI

Situasi Pertama:
Saya telah menukar timing bilik kuliah baggi subjek Mikrokomputer, dari bilik A ke bilik B. Saya telah memeriksa, bilik B tersebut kosong. Jadi, minggu pertama, saya berjaya membuat kelas di bilik B. Penukaran bilik kuliah tersebut hanya di peringkat saya dgn pelajar saja, tanpa pengetahuan unit jadual waktu.
Pada minggu kedua, kelas diteruskan di tempat yg sama iaitu Bilik B. Tanpa pengetahuan saya, jadual telah dipinda oleh unit jadual waktu. Kelas B telah diberikan kepada seorang pensyarah lelaki yg segak bernama Encik Ben (nama samaran).
Sedang saya asyik mengajar, Encik Ben telah mengetuk kelas saya, dan mengkomfemkan, adakah betul kelas saya di situ? (lihat struktur ayat beliau, sungguh berhemah dan bersantun) Ayat beliau seakan-akan inginkan saya mengesahkan, sama ada dia ke yg tersalah jadual, atau saya memang di situ..eheheh.
Jadi, sememangnya saya lah yang salah kan? Lalu, saya dengan segera membuat keputusan untuk memindahkan pelajar saya ke kelas sepatutnya, iaitu bilik A. Namun, Encik Ben sangat toleransi. Melihatkan saya yg telah memulakan kelas dengan semangatnya, Encik Ben pula yg beralah! Beliau meminta saya agar meneruskan saja kelas saya, dan beliau akan pergi ke makmal saja bersama pelajar beliau.
Fuh..sangat lega saya rasa. Minggu seterusnya, saya tidak lagi menggunakan kelas En Ben.

Situasi kedua:
Petang yg indah, saya berjalan-jalan berlenggang kangkung ke kelas yg akan mula jam 2 ptg. Saya berlenggang kangkung kerana saya masih awal. Kelas saya terletak di bilik kuliah C. Setibanya saya di bilik C, wah..kaget saya. Seekor makhluk pun tak ada, apatah lagi seorang manusia. Mana semua pelajar saya? Sepatutnya, mereka tunggu saya, sekarang, saya pula ke tunggu mereka? Saya tunggu ...sehingga dah 5 minit, tiada seorang pun datang. "Ada program ke semua budak-budak ni?" fikir saya. Saya mula kepanasan, oh rupanya, kipas tak hidup. lampu pun tak hidup. SUram sangat. Tiba-tiba saya teringat, saya ada simpan nombor telefon wakil kelas. Lalu saya pun dail nombor pelajar saya si Azroy (bukan nama sebenar). "Eh, Puan. Di siiiini na kami puan (kami disini puan), di bilik kuliah D. Bilik C tu mati karan (tiada elektrik)."
Huh..BERTUAHH punya pelajar2 saya ni. Ada ke suka suki diorg pindah tak dibagitahu saya barang sekelumit pun?? Nasib baik saya call.

Lalu dengan lenggang yg agak laju, saya bergegas ke Bilik D. Huh..geram! Geram Mak!!

Sempat saya syarahkan mereka seminit dua, akibat membiarkan saya mati kutu di Bilik C tadi. Mereka bersenang lenang berbahgia berkipas di sini, saya berpeluh gelisah di sana. Manyak nyantek!

Jadi, kelas bermula juga lebih kurang jam 2.10 minit. Dengan syoknya saya mengajar subjek kesukaan saya, iaitu Pengaturcaraan. Saya mengajar dengan sesungguh hati. Memang saya akan bersungguh2 mengajar subjek Pengaturcaraan ni, sebab saya memang minat betullah. Kiranya, sudah sebati dgn jiwa dah subjek ni. Papan putih memang penuh la berconteng-conteng kat depan tu untuk saya menjelaskan subjek ni. Saya memang tak akan guna nota power point, sebab tak feel. Sebab nanti akan masuk makmal komputer jugak buat amali. So, saya bantai cukup2 teori ni.

Tiba-tiba, hampir jam 3, segerombolan pelajar-pelajar memenuhi balkoni tepi kelas saya tersebut. Lain macam geng pelajar kali ni. Sungguh hensem2 belaka yg lelakinya, dan yg perempuannya sungguh bergaya, lawa-lawa, cantik-cantik dan bersih je nampak. Kehenseman dan ke'cute'tan mereka semua telah menyebabkan pelajar-pelajar saya semua (baik yg lelaki atau perempuan) semua nya duk mengushar ke arah jendela je semua. Yang lebih nakal, siap berjuih bibir mereka semua menengok si gadis-gadis tersebut. Saya ibarat bercakap dengan kerusi meja saja. Tak boleh jadi ni! Anasir-anasir pengganggu ni perlu dihalau segera!

Lalu saya keluar kelas. "Apa masalah kami bersidai-sidai kat sini ni?"
"Kelas kami di sini cik.." kata salah seorg pelajar yg saya memang tak pernah nampak pun di jabatan elektrik ni. Emosi saya kembali cool bila dia panggil saya 'cik'. hehe..muda rasanya.
"Eh? Kelas kamu disini? Dijadual waktu ni (sambil tangan saya menuding jadual yg terpampang di pintu kelas) kosong kat sini. Lecturer kamu buat kelas ganti ke? Ermm..mcm ni lah, kelas saya di kelas C nuuun...(sambil bibir dijuih ke depan menuding ke kelas C). Kamu suruh je pensyarah kamu masuk kelas tu. Tu kelas saya skrg sepatutnya. Saya pakai minggu ni je kelas ni."

Tanpa banyak songeh, budak2 yg cumil-cumil tu pun pergi la beramai-ramai ke sana. "Jabatan mana la tu ek?" selalunya, budak-budak pelajar saya di jab elektrik ni agak 'ppughah' sikit. hehe...selekeh, comot, pakaian mcm lusuh-lusuh. Yang pompuan2 pulak, tudung tuh kalo tak putih, hitam, tak hitam, coklat. Kusaaaaam je. Bedak pun tak tepek, apa lagi lipstik, eyeshadow. Yg lelaki tu, rambut pun tak berminyak. Pakai kasut sekolah lagi. memang tak semenggah. Memang berbeza betul dgn studnt2 tadi.

Tiba-tiba, Pn Nyonya Rogue datang menerpa ke kelas saya. Wah..kaget saya! Macam kena serbu saya rasa. "Eh, awak..dalam jadual kelas saya kat sini tau. Kenapa awak masuk kelas saya. Nasib baik awak kawan saya tau. kalau tak gaduh-gaduh ni tau."
"Alah..kak...kelas akak ke (ooo..jabatan *** rupanya...patutlah very the vogue budak-budaknya). Saya dah bagi tau budak-budak akak untuk amik bilik kuliah saya dulu sementara waktu ni. Sebab budak-budak saya ni pergi pindah sini pulak. Kelas saya dah lama dah start ni (papan pun dah penuh bertulis..takkan le nak tulis sekali lagi pulak kat sana..kan ..terbantut idea-idea aku). " jawab saya meminta dia faham situasi tersebut.

Tapi, ahkak ni tak nak paham. Dia nak jugak kelas dia. So, apa leh buat. Saya dan budak-budak saya pun apa lagi, angkat kaki le kami semua....

3 comments:

  1. Haaaa..amik lagi kelas Akaq..Akaq DIVA tau kat sini dek :-p (Bukan Akaq sebenar)

    ReplyDelete
  2. Ahkaq Diva...ahkak Diva ada bayar ke sewa kelas ittew??? sama-sama tak bayar kan??? so saper cepat dia dpt...hihihi.... takder tertulis pun kat situ kelas ahkak tau dlm jadual kt pintu tuuuu...jgn mareeee.....

    ReplyDelete
  3. dah lama berlalu episod nie...baru skrg saya terbaca...kepada tenaga pengajar politeknik, kita di bawah satu bumbung pendidikan yang tujuan utamanya mendidik anak bangsa menjadi Insan berguna di suai hari kelak..saya harap kejadian seperti ini xberlaku lagi...bukan apa...student tgk kita berebut kelas....aduh malu nooo..

    Peace..

    ReplyDelete