Tuesday, July 20, 2010

.: Nursery Politeknik Kota Kinabalu

Selamat pagi, salam ceria kepada semua pengunjung blog..hehehe...dah lebih 1000 kali dilawat..kena bagi penghargaan kepada para pembaca blog. Semoga anda sihat-sihat selalu hendaknya.

Pagi ni, seperti biasa, rutin menghantar anak-anak ke nursery yg terletak hanya beberapa minit dari blok kuarters saya. Nursery Politeknik ni terletak di dalam kuarters saja. Bangunan yg digunakan tu ialah bangunan kuarters la..kiranya hak milik politeknik kota kinabalu.

Kalau saya tak silap, nursery ni diwujudkan untuk kemudahan para staff politeknik supaya tidak menghadapi sebarang masalah tiada penjaga anak untuk pergi kerja. Saya sebagai salah seorang ibu bapa yg menghantar anak-anak ke nursery ini sangat bersyukur dengan adanya nursery ini. Saya pernah ada maid, tapi saya lebih suka hantar ke nursery. Rasa lebih tenang. Kalau masa ada maid tu, saya rasa tak tenang, selalu nak balik cek, kut dia lari ke, dia tidur tak jaga anak saya ke...yg paling takut, dia hilang dgn anak saya sekali. Nauzubillah! Simpang tau!

Dengan kemudahan nursery dekat dgn rumah, dekat pula dgn tempat kerja, saya senang nak jenguk anak-anak saya. Memang selesa sangat. Pengasuh-pengasuh di sini juga terlatih. Friendly dan cantik-cantik..hehehe.

Baru-baru ni, ramai pula kawan-kawan saya yg baru bersalin. Tapi, bila mereka ingin daftarkan anak-anak ke nursery ni, permohonan di tolak sebab dah penuh..(dh macam sekolah asrama penuh pulak). Kiranya, top school la ni...hik hik hik. Tapi, yg saya musykil, kenapa nursery politeknik ni menerima anak-anak dari luar, dan menolak anak-anak staf poli sendiri? Sepatutnya, diutamakan lah anak-anak staf poli sendiri. Antara staff luar yg turut menghantar anak-anak mereka di sini ialah staf jabatan laut, staf INTAN.

Saya tak pasti samada staff luar dikenakan cas lebih sikit, tp yg penting, kebajikan staff politeknik sendiri perlu lah diutamakan. Ye tak?

5 comments:

  1. Akhaq pun mushkil dek.. Kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan dek..

    ReplyDelete
  2. jbtn laut? ofis aku tuh hahaha.. tp xpe my laling tetap staff poly jak.. :p

    yg lain2 tu no komen la sbb diaorg sendiri yg dtg request nk hantar. budi bicara mcmana eden pun x tau..

    ReplyDelete
  3. alin, nasya tu sah-sah la anak staff, kan laling u lecturer sini..hehe. yg dimaksudkan ialah, yg suami dan isteri dua-dua bukan staff poli.. tak kira la sokongan or lecturer.

    ReplyDelete
  4. to akhaq anonymous...
    ye kak...jgn disamakan pula dgn anak kera kak... adek tak kuaser...

    ReplyDelete
  5. assalam.. hai sis.. tumpang tanya, so far ok ke u hantar anak kt taska poli? sy tgh survey2 taska.. so far taska poli yg plg murah..& sy juga staff baru d sini..hehe..tq sis 4 ur response..:)

    ReplyDelete