Monday, July 12, 2010

.: Memang dia macam tu atau kita yang ajar?

Di tengahari yang panas terik, di tepian pantai di Pulau Manukan... Wafiy dah merengek-rengek kepanasan + Nak minum susu. (Memang selalunya begitu lah kalau di rumah, wafiy akan minta dipasang aircond kalau panas. Pernah aircond York kami yg vah itu buat hal, tiap-tiap jam dia bangun suruh repair.) Ok..berbalik pada cerita tadi.

Babah dengan muka concernnya cuba menenangkan wafiy, dengan janji-janji manis akan mengipas wafiy sambil wafiy minum susu di dalam khemah yg terpasang mengadap laut.

"Kenapa ni?" tiba-tiba seorang member menegur melihat keadaan wafiy tak senang duduk. "Dia panas, memang tak boleh panas..nanti ruam.." Jawab babah (dialog dah tukar sikit)
"Hmm...bukannya apa budak tu, korang jugak yg ajar..." bidas member bertuah tu lagi.

Pada situasi lain...

"Wafiy takut air ke?"
Dengan malasnya Mama jawab "dia tak suka basah-basah....memang takut juga la kalau air laut, takut ikan makan kaki dia"
" Tak bawa dia berenang ke?" hmm.... kami ni, kolam pun dah beli, dah dia memang tak suka air. Kalau dalam kolam yg kecik tu pun dia berdiri je, tu pun dah bising2 bila seluar mandi dia basah.....

Hmm...beginilah, saya rasa, budak-budak ni ada fasa-fasa perkembangan tersendiri. Dan fasa-fasa ini memang absolutely berbeza antara satu budak dengan budak yang lain. Contohnya, pada usia 3 tahun, ada budak memang galak mandi laut, mandi kolam, main pasir, main kotor...dan sebagainya. Tapi, ada jugak budak yg jenis tak suka kotor, tak suka comot dan basah, tak suka main peluh-peluh, tapi lebih suka main game komputer, iPod, main game mix-match shapes...yg lebih ke arah IQ.

Dan, lagi satu, tengok baka dan genetik. Saya ni memang tak suka tempat panas, dan memang tak suka peluh-peluh. Anak saya pun tak suka..so, apa peliknya?? Like mother like son..tak gitu....ehehehe...
Kami ni memang keturunan tak boleh panas, kalau panas mula lah beruam berbintik dan berjeragat. It's not because we are anti alam semualajadi what.... Wafiy sangat excited tgk pantai, tgk gunung, naik bot, tgk kolam renang, tgk perlawanan bola..memang excited mcm kanak-kanak normal yg lain. Cuma, dia sendiri akan rimas dan mula gatal-gatal kalau dah berpeluh-peluh dan berpanas. So, dari pengalaman itu dia belajar untuk menolak dari melakukan activity tersebut dengan seriusnya. hehe...

Jadi, pada pandangan saya yg menjaga anak saya sendiri sejak dia lahir sampai sekarang, saya amat tak setuju bila orang tuduh saya ajar anak saya supaya tak boleh panas, tak boleh berpeluh dan sebagainya. Saya juga amat tak setuju bila orang cakap anak saya takut air sebab saya tak ajar bawa dia kat kolam, pantai dan sebagainya.

Begitu juga dengan tahap kelajuan dan kecepatan seseorang budak belajar sesuatu skill baru. It's not a matter of how good the mother teaches her kid. Budak tu sendiri sudah membawa genetik tertentu yg membawa kepada minat dan keupayaan dia. Ajaran kita hanya peratusan kecil saja. Sebab tu ada kes mak dia beriya-iya ajar ABC tapi anak dia tak jugak ingat. Tapi ada kes mak tak pernah ajar pun, tiba-tiba dah pandai. Tapi, parents still bertanggungjawab untuk mendidik dan mengajarkan apa yg seseorang budak perlu tahu dan belajar.

No comments:

Post a Comment