Wednesday, July 14, 2010

.: Maryam the explorer

Though Maryam is our second kid, but the experience is totally different from our first. So, it's really true that children are different...even though they are siblings.

This morning, Maryam disappeared from our eyes. Not in the room, not in the kitchen, and not in the living room. She's outside. When we found her, she's caught trying to climb the quarters stairs outside of our house gate, with both hands holding toys.

My oh my...

Ok..switch to bahasa melayu.

Pada masa Wafiy dulu, pintu luas terbentang pun dia tak pernah cuba langkah keluar. Kalau nak keluar, dia akan keluar sampai pagar saja, itu pun kalau saya ada bersama. Dan dia akan cari selipar dulu.

Nampaknya, sekarang kami kena lebih berjaga-jaga dan tidak membiarkan pagar grill terbuka saja. Pagi tadi babah keluar letak beg-beg dalam kereta, dah memang nak keluar juga lepas tu untuk ke office. So, sebab tu tak tutup balik. Maryam ni memang tunggu peluang saja.

Tapi ada satu benda yg saya sungguh suka pasal Maryam ni. Dia suka sangat makan supplement. Saya bagi dia spirulina. Seronok dia mengunyahnya. Kiranya, dia ni senang la nk makan ubat. Wafiy pula, akan senang makan ubat kalau ubat tu sedap.

Pagi-pagi, budak-budak ni akan makan madu satu sudu kecil setiap orang, dan juga jus tok guru. Maryam saya bagi extra spirulina lagi. Yg si Wafiy, saya akan hancurkan pil spirulina tu jadi liquid, saya paksa dia minum pakai syringe. Biasanya, bila Maryam nampak Wafiy minum spirulina, dia mula la buat gaya yg 10 markah, minta spirulina lagi. Bagi 10 biji pun dia telan agaknya.

Kenapa saya bg anak-anak saya makan supplement ni? Saja suka suka...hehe...

Dulu, sebelum umur 1 tahun 6 bulan, Doktor tak bagi diorang minum madu. Katanya, takut kena kuman yg boleh bawa kancing gigi? Saya bagi juga. Sebelum saya amalkan bagi madu pada Wafiy, Wafiy selalu kena serang lelah. Nafas bunyi-bunyi..batuk-batuk. Semenjak amal minum madu, alhamudulillah, dah lama dah dia tak kena lelah.  Kalau dulu, setiap 2 bulan sekali kena lah. Memang dalam Al-Quran pun ada bgtau kebaikan madu dalam perubatan kan. So, Maryam pun saya dah start bagi madu sejak dia genap 1 tahun.

Kalau anak-anak tak sihat, memang sangat kesian. So, mencegah lebih baik dari mengubati. Lagipun, saya sangat tak berkenan anak-anak makan ubat-ubatan ni. Even paracetamol pun.

Selalaulah berdoa semoga anak-anak sentiasa sihat walafiat, riang ceria, cerdas dan cergas selalu untuk memangkinkan otak yg bijak pintar dan badan sihat kuat.... sekian.

2 comments:

  1. sbnrnya bagus makan madu ni sbb ianya salah satu penawar penyakit tp tu la nasya x suka makan madu sbb manis sgt kot. dia lebih suka makan scott's..

    apa2 supplement pun mmg bagus spy antibodi anak2 kuat tp jgn overdos hehe.. maryam suka sgt makan spirulina tu yg cpt je nk explore ke luar tu. lps ni ble la maryam join wafiy main kt umah aca yer hehe..

    ReplyDelete
  2. huh...aku risau betul semalam kot si wafiy tu terkencing kat carpet umah ko... nasib selamat...

    ReplyDelete