Monday, July 5, 2010

.: Ke Pulau Manukan

Pada 4 July, Ahad, kami sekeluarga telah berbot ke Pulau Manukan.

Ini merupakan kali ke berapa ntah bagi saya dan suami, dan kali ke 2 bagi Wafiy dan Maryam naik bot ke pulau. Memang best sangat naik bot. Angin kuat sangat, sehingga menerbangkan topi besball  putih si Wafiy. Maryam pula sampai tak boleh nak buka kelopak mata..jadi ripit mata dia ditiup angin. Tapi mulut tersengih saja. Kali ni, Maryam dah boleh pakai safety jaket. Dulu, Maryam masih kecik, baru 6 bulan, tak pakai pun safety jaket tu.

Sampai kat Pulau Manukan, Wafiy dan Maryam memang excited. Tapi, Wafiy ni cuma suka tengok pemandangan saja. Tak suka nak basah-basahkan badan, kotorkan kaki dengan pasiran pantai. So, Wafiy cuma main kat pasir saja, buat sand castle. Maryam buat apa? Ooo..Maryam cuma berehat dengan Mama dalam khemah yang babah dirikan di tepi pantai kat pulau tu sambil menyonyot... heheh. Tajaan khemah, thanx to Pakcik Naz yang sentiasa maintain! hihihi...

Maryam pun mandi pantai juga bersama babah. Maryam suka sangat kena rendam. kalau boleh dia nak dilepaskan saja main pantai, main pasir. Namun begitu, babah sangat setia mengendong Maryam. Bimbang tertelan air masin. Wafiy pun setelah dipaksa dengan kekerasan oleh babah, berjaya juga dibasahkan. Oh..dia memang tak suka mandi laut. Natijahnya, Wafiy takmau langsung pijak tanah, taknak pasir lekat kat kaki. Aduyai...

Mama pula maintain ayu saja. Langsung tak main air. Sabar je lah. Memang teringin nak snorkeling bila tgk babah snorkeling. Masalahnya, Mama tak suka nak lekitkan diri, sebab nanti ada orang nak nyonyot nenen pulak kan... so, berkorban saja lah.

Kami stay tak lama pun kat pulau tu. Dalam 5 jam saja. Bila dah tengahari, kami pun naik bot balik ke Jesselton Point, dan naik kereta drive balik ke Politeknik. Overall, "Best naik bot je.." kata wafiy.

No comments:

Post a Comment