Monday, July 19, 2010

.: Ingat aku buta IT sgt ke???

Hmm..cerita ni tentang hari Ahad kelmarin..sehari selepas birtday saya. Tuan-tuan dan puan-puan tau lah kan, dah jadi mak orang ni, nak sambut birtday sendiri tak dak lah semangat sangat. Tak berapa hirau pun lah. Kat henfon orang duk wish hepi birtday pun, senyuum je lah. Tak se'excited' macam masa muda-muda dulu. So, tak ada lah nak merajuk pun kalau ada yg tak ingat birtday saya ni.

Husband saya, En Siddiq yg beriyer lebih dari saya. Terharu mak!!

Ehehe..

Jadinya, malam birtday saya tu, dia ada bukak facebook saya. Dia cakap ramai org wish happy birthday kat saya. Saya masa tu dah mamai pun, rasa mcm dah dalm mimpi pun masa dia bgtau tu.

So, petang Ahad tu, masa saya sibuk-sibuk duk mop laintai (duk kejar masa sbb anak-anak tengah tidur), suami saya yg baik hati lagi penyayang itu dan kacak macho pula telah berbisik di telinga saya yg sedang busy mengemop, sambil hanya berbaju kelawar sahaja..."Yang..nak abang bukakkan facebook untuk sayang???" Hamboi?? Ayat?? Bukan main!? Apsal pulak tiba-tiba??

Melihat saya yg tercengang sambil memegang batang mop sambil buat-buat busy membilas mop pula..beliau seraya menyambung ayat beliau tadi "..bukannya apa..sayang bukannya tahu nak tengok kat mana orang duk wish-wish birthday kat sayang, kan??"

Hmm... tak tahu ambo nok kato apo....

Yang penting, rumah ambo dah berkilat...

1 comment: